ECER

Extra Curriculum for East Region Not Economic Corridor East Region

hari ni Pak Lah akan merasmikan ECER di Batu Buruk kira-kira 200 meter tempat berlakunya PBB 09 baru-baru ini. Dipendekan cerita perasmian koridor pantai timur ini adalah untuk memberi nafas baru pada wilayah pantai timur dengan kerancakan ekonomi dan juga pelaburan yang akan diurus oleh Petronas.

Tapi bagi hambe, sepatutnya kerajaan perlu memberi penekanan pada Kurikulum lebih pada pembangunan insan, dengan peningkatan gejala yang ditayangkan oleh TV3, barulah kerjaan mengisytiharkan modul pembangunan insan yang akan di'pilot project' SMKA. Sepatutnya pengumuman hari ini ialah pada projek pembangunan insan secara holistic.

Apakah peranan guru dan pengetua di sekolah, memotivasikan pelajar yang bermasalah dengan ilmu terkini, PIBG perlu memainkan peranan dengan pihak berkuasa dalam menguruskan program sekolah. Polis dan tentera mungkin dijadikan SB untuk menewaskan musuh-musuh sekolah. Dan paling penting pelajar itu sendiri tahu halatuju diri masing-masing.

Setakat ini sekolah hanyalah untuk diberi pelajaran, dikejar berapa banyak A, bukan kemantapan sahsiah dan keperibadian yang tinggi. Lihatlah akibat dan kesannya.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.