KEHEBATAN MASJID RUSILA

Perihal Masjid Rusila dan kehebatan pengasasnya
Roslan Shahir
Mon | May 26, 08 | 10:56:48 am MYT



Artikel Prof Dr Mohamad Tajuddin "A tale of three mosques" dalam ruangan mingguannya "Architecture inside out" dalam The Sunday Star baru-baru ini sungguh unik dan menarik atas beberapa sebab. Profesor pensyarah senibina Universti Teknologi Malasia (UTM) ini telah membuat perbandingan antara 3 buah masjid di Malaysia dengan menggambarkan bahasa senibina yang terkandung dalam binaan masing-masing masjid.

Dan bayangkan di antara banyak-banyak masjid di Malaysia yang boleh beliau buatkan perbandingan, Profesor ini telah memilih Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Rusila di Marang.

Ya, siapakah yang pernah terfikir bahawa Masjid Rusila yang mana Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memimpin kuliah pengajiannya serta tinggal pula diperkarangannya boleh menjadi bahan perbandingan, dibandingkan pula dengan dua ikon negara yang tentunya hebat dan megah itu.

Kehebatan dan kemegahan Masjid Negara dan Masjid Putra sudah tidak perlu disentuh dan dijelaskan lagi kerana ia sudah sememangnya menjadi pengetahuan umum. Tetapi Masjid Rusila, saya pasti selain daripada orang-orang PAS dan beberapa kerat daripada Umno, yang lainnya pasti tidak kenal atau tidak pernah mendengar berkenaannya.

Prof Tajuddin menulis bahawa Masjid Rusila bukanlah sebuah masjid yang telah dirancang dan direka pembinaannya, sebaliknya ia tumbuh dengan sendiri daripada sebuah bangunan asal berstrukturkan kayu kepada sebuah bangunan 4 tingkat. Tambah beliau Masjid Rusila memiliki kekuatan tersendiri dari sudut lokasi serta lanskapnya. Ia adalah sebuah masjid dan juga madrasah ilmu menempatkan para pelajar di tingkat-tingkat atasnya.

Masjid ini terletak di kawasan yang tidak berpagar dan dikelilingi oleh rumah-rumah tanpa sempadan khusus. Dan lanskapnya pula terdiri daripada pasir laut yang dibawa oleh Laut China Selatan yang sekadar 60 meter jaraknya dari masjid berkenaan.

Dan yang paling menarik dari pemerhatian Prof Tajuddin adalah apabila beliau menyebut yang Masjid Rusila ini bukan sebuah monumen simbolik (sebagaimana masjid-masjid lain) tetapi ianya sebuah pusat kegiatan masyarakat. Masjid-masjid lain tambah beliau yang seratus kali lebih mahal kosnya dari Masjid Rusila tidak mampu menjadi pusat masyarakat seperti ini.

Abdul Hadi menurut Tajuddin memiliki fahaman politik Islam yang berpegang teguh dengan tradisi sebenar agama itu. Sebagai seorang ulamak beliau melibatkan diri di dalam PAS dengan tujuan membentuk dan melahirkan sebuah generasi yang tidak memisahkan antara agama dan dunia dalam penghidupan mereka. Kata beliau lagi mudahnya seseorang memasuki masjid ini dan berjumpa dengan pengasasnya (Haji Hadi) adalah selaras dengan amalan rendah diri Rasulullah s.a.w di dalam masjid Baginda.

Saya sendiri pertama kali menjejakkan kaki ke masjid ini sekitar tahun 1983-84 apabila berada di tahun akhir di ITM (sekarang UITM). Ketika itu Tuan Guru baru berada di penggal pertamanya sebagai Adun setelah memenangi kerusi dalam PRU ke-6 tahun 1982. Pada ketika itu lagi perkarangan masjid ini sudah dibanjiri manusia pada pagi Jumaat bagi mendengar kuliah pengajian Tuan Guru dan kemudiannya khutbah Jumaat beliau, dan kebanjiran manusia itu terus konsisten sehingga kini sebagaimana yang diakui oleh Tajuddin sendiri.

Begitulah kehebatan Masjid Rusila dan Tuan Guru. Beliau akan seboleh mungkin mengelakkan sebarang program parti pada hari Jumaat bagi memberi ruang kepadanya untuk terus memimpin pengajian dan berkhutbah di Rusila. Semasa saya pertama berada di situ kira-kira 24 tahun dahulu saya duduk mengikuti kuliah pengajian Tuan Guru dengan seorang tua yang tidak saya kenali berada di sebelah saya. Tuan Guru ketika menyampaikan kuliah tafsirnya pagi itu sebak ketika menterjemahkan sepotong ayat, ramailah yang hadir turut sebak termasuk orang tua tadi. Apabila dia perasan yang saya memerhatikannya, lalu ia berbisik kepada saya, Tuan Guru adalah kurnia Allah kepada penduduk tempatan di Rusila. Sebagaimana Tajuddin yang mengakui kehebatan Tuan Guru, saya sendiri tidak dapat menafikan kenyataan orang tua itu.

Terbukti hari ini, pemimpin PAS dari Rusila ini telah membawa partinya dari kemenangan beliau pada tahun 1982 jauh ke hadapan. Beliau kini kekal sebagai Adun di kerusi yang sama dan malah juga sebagai ahli parlimen serta menerajui pula kemenangan partinya memegang tampuk Menteri Besar di 3 buah negeri, bersama membentuk kerajaan di 5 buah negeri dengan 83 kerusi Dun serta 23 wakil di parlimen. Sebagaimana hebatnya Masjid Ruslia begitulah hebat juga pemimpinnya dan mereka yang terus konsisten menjunjung perjuangan Islam yang suci ini.


MAMPAT: Kempen Kembalikan Royalti

Sabtu 24 Mei, hari Mtest (saya tak pergi pun) berjalanlah satu program kempen royalti di dataran syahbandar. Seronok lihat ramai rakyat Terengganu turun ada tu yang naik basikal konvoi dari Perak pun turut menyumbangkan tandatangan.



Ni Penegrusi Persatuan Profesional Muda Terengganu


Ni Tengku Paduka tersenyum selepas menandatangani petisyen


sapa tak kenal, Ustaz Azhar Idrus.

Manhaj Nabi SAW fi Ad Dakwah


Oleh : abufFateh

Kupasan atau olahan daripada kitab ‘min Khilali as-Sirah as-Sohihah’ – Manhaj Nabi saw dalam Dakwah Berpandukan Sirah yang Benar, tulisan Ustaz Dr. Muhammad Amakhzun

Dalam menyampaikan dakwah perlu di sedari bahawa terdapat 2 aspek yang menuntut faham para pendokong harakah islamiyyah, manhaj dan uslub.

Manhaj para nabi as dalam menyampaikan dakwah merupakan perkara yang bersifat taufiqi yang mana ianya merupakan perkara yang tidak boleh dikompromikan. Justeru manhaj merupakan asas yang tidak dibuka padanya pintu ijtihad.

Manhaj para anbiya dalam menyampaikan dakwah adalah tetap dan tidak berubah hingga qiamat menjengah, sebagai contohnya seperti kemestian menerapkan aqidah pada permulaan dakwah, menanggalkan daki syirik yang pelbagai, berlepas diri daripada musuh agama dan sebagainya. Semua ‘isi’ dakwah ini merupakan perkara yang tetap dan tidak menerima sebarang pindaan. Ianya merupakan perkara yang mesti! Tuntas para daie mestilah tegas lagi teguh dalam pelaksanaan tuntut ini.

Manakala uslub dakwah merupakan perkara yang bersifat ijtihadiyyah dan boleh berubah mengikut kesesuaian masa, tempat dan skop madue’. Uslub atau wasilah merupakan cara bagaimana dakwah mampu disampaikan kepada sasarannya. Contoh mudahnya tv, radio dan internet sebagai agen penyampai maklumat, mendirikan sekolah, pepustakaan, yayasan kebajikan, NGO dan sebagainya sebagai pemangkin wasliah. Usrah, tamrin, mukhayyam, khatibah, kuliah umum dan variasi dalam dakwah fardiyyah juga antara cara bagaimana dakwah mampu tersalur.

Keperluan kepada pemilihan wasilah ini bergantung kepada skop madue’, adat masyarakat, masa, keadaan dan sebagainya. Perkataan lainnya ialah fahami waqie’ (keadaan). Perkara ijtihdiyyah ini bukanlah sebab untuk para daie’ dalam harakah islamiyyah bercakaran sesama sendiri. Tuntasnya, jemaah yang unggul mampu menyediakan penggerak dawkah yang mampu membaca waqie’, bukannya statik dan kaku dalam penyebaran Islam. Wasilah perlu kepada perancangan strategik yang teratur bagi menjamin keberhasilannya.

Kecelaruan dalam memahami antara manhaj dan uslub ini akhirnya melahirkan banyak penyelewangan dalam gerakah Islam. Percakaran antara jemaah yang merugikan pelbagai pihak malah melambatkan kemenangan Islam antara impak yang terpaksa ditanggung ummah.

Kecelaruan ini juga melahirkan jemaah yang hanya mementingkan aspek-aspek tertentu dalam dakwah dan mengetepikan aspek yang lain. Ada jemaah yang mengutamakan tarbiah semata-mata tanpa menghiraukan politik, ada juga yang memperjuangkan politik tanpa tarbiyyah diambil peduli, ada yang mengutamakan kebajikan tanpa menitik beratkan skop ‘isi’ islam yang lainnya.

Islam merupakan sistem lengkap dalam mentadbir kehidupan manusia, bermula daripada tarbiyyah pembentukan diri, keluarga dan masyarakat sehinggalah pembinaan negara yang adil berasaskan hukum Allah Ta’ala. Syumulnya Islam hinggakan tidak ada sedikir pun elemen kehidupan manusai tidak disentuh.

Pengkajian dan pemahaman sirah Rasulullah saw dalam kehidupan para daie’ merupakan ilmu penting untuk memastikan dakwah mencapai hadfnya dan tiada penyelewangan yang berlaku sepanjang jalan dakwah ditempuhi.


Isu baju kurung putih pelajar perempuan jarang, seksi




Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan lebih 40 tahun dahulu. Matlamat persatuan ini antara lain adalah untuk mengembalikan pelajar-pelajar Islam Malaysia kepada idealisma Islam yang sebenar yang komprehensif sejajar dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

Badan ini walaupun aktif khasnya dikalangan para siswa Islam namun kadangkala oleh pelbagai sebab aktiviti, program dan kenyataan-kenyataannya tidaklah tertonjol sangat.

Baru-baru ini Pengerusi Halehwal Wanitanya (HEWI) Munirah Bahari telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran menukarkan pakaian seragam pelajar perempuan di sekolah-sekolah.

Kata beliau ini bagi menangani jenayah seksual yang melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dikalangan pelajar.

Menurut Munirah lagi baju berwarna putih (baju kurung sekolah) yang digunakan di sekolah-sekolah sangat jarang dan menyebabkan ada daya tarikan disitu.

Lalu beliau mencadangkan jika tidak ditukar sekalipun, pelajar-pelajar berkenaan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung labuh yang tampak lebih kemas, selesa dan selamat.




saya bersetuju benar dalam perkara ini,bayangkan dalam kebelakangan ini, ramai remaja sekolah dijadikan sasaran. mereka tertarik dengan apa yang 'dilihat' itu, mungkin beberapa pembaharuan boleh kita perhalusi.

Bayangkan di Universiti pun anak gadis (ada juga yang tak gadis) berpakaian tak senonoh di dalam dewan kuliah, ambik syarat je. Islam dari dulu lagi mengariskan etika pemakaian di dalam surah Nur.

Ambik yang hak buang yang batil...

MENGGEMPARKAN



Mahathir Keluar UMNO

makbul doa Al Marhum Ustaz Fadhil Nor, itule..orang ajak masuk PAS tak nak berkeras jugak, ada pulak sebahagian nak perbaiki UMNO dari dalam, nanti keluar jugak. At least satu keluarga dah keluar kecuali Mukriz, nak tengok reaksi penyokong kuat Tun ada berani ke nak keluar Umno.

Ya Ummi






Ini video berkenaan seorang anak yang buta mahu tahu macamana sesuatu itu, dengan lembutnya ibu terang satu persatu...Allah...nangis rasanya. Lihat kisah 'Demi Masa'


bagaimana seorang anak yang boleh derhaka walaupun cerdik tapi berkat doa ibu yang siang malam besusah payah berdoa untuk anak itu lebih bahagia sekiranya turut mendoakan kebahagian ibunya juga. ini ringkasan lirik lagu di atas.

Oh Mother, what is the shape of the sky? what is light?
what is the moon?
with its beauty you talk
and i see no trace of it
is this world full of continuous darkness?
O mother
give me your hand ,
may my loneliness goes away
when i walk i fear tripping
in light or darkness?
i don't walk well
where the road was short or long
i fear facing danger when i walk
and i tell no difference betwenn hole and smooth roads
my lees is my sight
is there sight in objects?


Doakanlah Kesejahteraan Ummi ku Ya Allah...Ibuku, Ibu Mertua Ku, Ibu Negara Ku,

Lihat lah Wahai Manusia Bongkak




Azab Allah amat pedih bagi orang yang beriman ini hanyalah ujian...bersabarlah

Hukum Handphone Semasa Solat

Soalan

Surachei Suksuvan a/l Ron < surachei@aicsemicon.com > wrote:

ASSALAMUA'ALAIKUM UST,

Saya muhammad yusuf surachei b. Abdullah dari kulim, kedah.. Saya adalah saudara baru yang telah convert hampir 4 tahun, saya telah baca beberapa artikel yang telah ust huraikan dalam website ust terutama mengenai isu2 semasa seperti pelaburan internet, asb, dan sebagainya.. Di sini saya ada satu attachment mengenai hukum mematikan hp ketika solat.. Apa pendapat ust tentang perkara ini? Terima kasih.. ..


Tutuplah ia semasa solat

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Selamat datang ke web saya dan terima kasih atas kesudian membacanya.

Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

1) Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.



2) Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Ilmu Yang Dicari


Kini Buku ini sudah saya miliki, ingat nak jadi bahan tazkirah bersama dengan zaujah selepas solat. Banyak benda yang baru diketahui umpamanya cara angkat takbir mengikut Sunnah, doa ambik wudhuk dan lain-lain lagi. Good luck for Ustaz Zaharudin (dulu Pres GAMIS). Saya sedang mencari mutiara ilmu untuk diisi di dlaam dada.

Semalam juga dengan siaran IKIM sambil tonton AQ, camner ye dua2 serentak nak concentreate, tapi banyak saya dengan kupasa buku terbaru Ust Zaharudin berkaitan Halal Haram Wang kita. Nak cari pulak buku ni nak buat bhn Usrah pulak sesama sahabat.



semalam juga Ustaz ada bagitau tentang insurans , menarik isu ini untuk dikupas.

SIARAN MEDIA

SIARAN MEDIA
JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA (JPR)
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA DESAK AGAR PENGANJURAN KONSERT SEMPENA MALAM PERASMIAN STADIUM BARU TERENGGANU PADA 10 MEI DIKAJI SEMULA


Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang membuatkan kami tidak berpuas hati berkaitan malam sambutan perasmian stadium baru pada 10 Mei ini yang akan dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong. Kami melahirkan rasa tidak puas hati terhadap perkara berikut:
Sempena memeriahkan malam perasmian tersebut, beberapa artis telah dijemput untuk mengoda halwa telinga penonton agar terhibur dengan alunan muzik. Ini menyebabkan kami rasa bimbang terhadap peningkatan gejala sosial yang berkaitan dunia muda mudi. Sepatutnya malam tersebut diraikan dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.
Antara artis yang menghiburkan pengunjung pada malam tersebut adalah saudara Anuar Zain yang sebelum ini mencetus kontrovesi dengan membuat kenyataan pada Majlis Makan Malam “A Nite with Anuar Zain” yang telah berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008 lalu; “Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka semua boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu,”. Ini bukan contoh terbaik bagi golongan remaja untuk ditampilkan sebagai role model mereka.
Besar harapan kami agar kerajaan negeri membatalkan penganjuran konsert pada malam tersebut atau mengadakan satu panduan penganjuran konsert yang selaras dengan syariat agar negeri Darul Iman terjaga dari penyumbang peningkatan masalah remaja yang semakin meruncing kebelakangan ini.

Mohamad Aswadi Mohamad

Setiausaha JPR Terengganu


Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu

33 Tmn Sri Intan , Jln Sultan Omar


20300 Kuala Terengganu
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.