MOTIVASI PMR- MTT Tok Jiring





Salam pada adik-adik PMR 2008 MTT Tok Jiring, best tak tadi ustaz bagi motivasi. Tu le sape suruh pergi motivasi kan dah di motivasikan oleh ustaz.

Okey firstly ambil kata-kata hikmat dulu " Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu " kata-kata Saidina Umar R.A.

Tips RESQ [1]BERSEDIA
Semalam dapat arahan dari boss untuk mengantikan tempat beliau bagi ceramah motivasi di MTT, apalagi nak menolak rasa rugi tapi dalam hati macamana nak perfom okey bahan maklumat tak cukup ni. Tapi akhirnya bersetuju juga coz dah lama tak buta program sebegini.

Tips RESQ [2] CARI IDEA DENGAN BERKONGSI MAKLUMAT AUDIEN
dah tak tahu apa yang nak dicakapkan walaupun banyak cakap, saya kongsi idea dengan si Naim ( anak Ustaz ABC), MUslimah ( Maggi), Otak-otak (Kelantan), dan semua yang terlibat sori pada semua ye...Anak Ust Bob(dah besar ye awak).

Tips RESQ [3] DATANG AWAL SETTING AWAL
Tadi berlaku problem Laptop tidak detect dengan LCD, nasib baik dah standby dengan LCD ofis, kena datang awal baru boleh prepare awal. Tak ke kelam kabut tadi ye adik-adik

Tips RESQ [4] IKRAR & RESOLUSI
adik Naim diberi penghargaan mengetuai ikrar untuk menjadi pelajar cemerlang (walaupun Negaraku ala-ala nasyid) Aku Mahu Jadi pelajar Cemerlang. semua adik-adik yang menjadi harapan berikirar untuk majukan diri demi bonda, ayahnda, gurunda, sekolahnda dan nda..nda lagi.

Pesanan untuk adik semoga berjaya ye. "make your schoool proud and your sucess is your resposinbility" ingat tak semua orang agama di jaga agama mereka.






PILIHANRAYA PERMATANG PAUH




"Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu (Muhammad), mereka berkata, 'Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.' ..... dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta." (63:1)

"Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang mereka buat" (63:2)


PILIHANRAKYAT

kini 3 orang calon akan bertanding merebut kerusi Permatang Pauh.
Datuk Ariff Shah- BN
Datuk Seri Anwar Ibrahim- PKR
Hanafi Mamat-AKIM

hari ini 26 Ogos rakyat akan menyerbu dan menonton siri pengeledahan maklumat, rahsia peribadi untuk sesi serang-menyerang. Kata-kata politikus adalah untuk menyelamatkan karier politik masing-masing akan kedengaran.

Bagi pengundi Permatang Pauh berfikirlah secara rasional, di mana satu pilihan kalbu (bak kata P Ramlee) untuk melantik wakil anda di parlimen kelak.

Semoga berjaya semua.




CERITERA DARI OLIMPIK




Perenang Iran, Mohammad Ali Rezaei, telah membatalkan penampilannya dalam acara 100 meter gaya kuak dada di Sukan Olimpik Beijing 2008 setelah diundi untuk bertanding dengan perenang Israel, Tom Beeri.

Keputusan membatalkan penyertaan Ali Rezaei berlaku hanya beberapa minit sebelum acara tersebut bermula. Lorong pertama yang sepatutnya diduduki oleh Ali Rezaei kosong ketika acara dimulakan.

Atlet-atlet sukan Iran selama ini sering menolak setiap pertandingan yang membabitkan atlet-atlet sukan dari Israel sebagai lambang perpaduan terhadap perjuangan bangsa Palestin. Akibat penarikan diri dalam pelbagai acara sukan antarabangsa itu, para atlet Iran sering menghadapi pelbagai sekatan. Meskipun demikian, pasukan Iran menyatakan pembatalan penyertaan Ali Rezaei adalah disebabkan perenang itu sakit dan perlu dibawa segera ke hospital.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Iran, 'Ali Kafashian menegaskan bahawa tidak ada masalah untuk atlet Iran tampil dalam acara renang tersebut kerana beliau tidak berada dalam posisi "berhadapan satu lawan satu" dengan perenang Israel. Ali Rezaei sepatutnya berada di lorong pertama sementara perenang Israel Tom Beeri berada di lorong ke tujuh.

"Ali Rezaei berenang di lorong pertama dan wakil negara regim zionis itu berada di lorong ke tujuh. Jadi, mereka tidak berhadapan antara satu sama lain," tegas Kafashian. Ali Rezaei adalah perenang pertama Iran yang layak ke Sukan Olimpik.
Pada Sukan Olimpik di Athen pada tahun 2004, seorang atlet Judo Iran yang memegang status juara dunia ketika itu, Arash Miresmaeili telah menolak untuk bertanding menentang peserta Judo dari Israel, Ehud Vaks pada pusingan yang pertama. Penolakan itu dilakukan sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada bangsa Palestin yang hingga ke saat ini masih terus berada di bawah cengkaman Zionis Israel.

Demi perpaduan yang ditunjukkan itu, Iran rela kehilangan potensi untuk meraih pingat emas yang menjadi idaman setiap atlet di Sukan Olimpik termasuk Arash Miresmaeili. Allahu Akbar !


PEPERANGAN ERA BARU



ketika kita sibuk berbicara tentang sukan olimpik yang bertujuan menghimpunkan atlit semua negara atas dasar kesepakatan dan keharmonian. Meletus nun di eropah Timur satu peperangan dua negara berjiran Rusia & Georgia.



lantas si Bush mengarahkan tentera 'Putih Mata Merah Hati' bersedia ke Georgia untuk membalas serangan tersebut. Putin seakan-akan berdendam dengan negara jajahan Amerika tersebut. Ye lah pasukan bola Euronya kalah dengan Sepanyol 4-1. (apa kaitan dengan Georgia)

Dah 1600 orang pun tewas di Russia...ish..ish...


Nak dapatkan Illustrator CS3 percuma...




senang ana dah gunakan, cepat dan senang untuk designer bagi bantu Islam je.....
untuk bisnes sila beli okey...

Klik here

لا تحزن

Entah mengapa hati ini terlalu sedih arini, Ya Allah aku memohon kepadamu agar diberi kekuatan untuk mengharungi hidup ini.





KEMALANGAN YANG NGERI


KARANGAN UPSR
NAMA CALON : XXXXX XXXXXXX XXXXXX

KEMALANGAN YANG PALING NGERI

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.

Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.