BLOGAWAN TERENGGANU

Apa? Blogawan..amende tu? Angkasawan or blog yang berada di awang-awangan.

Ye...itu mungkin persoalan yang ditanya bagi sesiapa yang mendengar istilah baru yang direka amdang81 ni. Ianya merupakan komuniti baru yang akan ditubuhkan bagi mengumpul semua bloggers anak kelahiran bumi 'Ninja Turtle' dalam satu wadah. Seolah-olah Bloggers Network Malaysia. Tapi just untuk anak tranung je...

So bagi sesiapa yang ber'blog' dan mempunyai IC bernombor 11 di tengah boleh join , atau ada nombor lain boleh refer kat ajk penaja nanti.

Kemungkinan tertubuhnya komuniti ini dapatlah membantu anak seluruh daerah Terengganu menyebarkan maklumat kepada umum dengan telus dan berkesan. Dari rakyat untuk rakyat.

1 Terengganu : Bloggers Dicarikan, Maklumat Diutamakan


PM Turun Padang


wah...ambe nak ucapkan tahniah buat Datuk Seri kerana turun padang melihat rakyat marhean yang sering merungut dengan kesesakan lalulintas, LRT jem ( walaupun kat terengganu tiada LRT), perhentian bas yang daif.


Ubah gaya hidup anda. Teringat kat satu filem yang dilakonkan oleh Anil Kapoor watak Sivaji di dalam filem Nayak: The Real hero , yang mana satu scene Sivaji diberi tanggungjawab memberi kegembiraan kepada rakyat dalam masa satu hari. Walaupun mustahil namun jalan ceritanya memberi banyak makna.



apa khabar bekas BOS Malaysia sekarang, tentu tringat janji nak settlekan masalah pengangkutan awam kan. Ni naik orang baru janji baru pula. InsyaAllah moga Allah makbulkan niat untuk bawa kebaikan pada rakyat.

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN

YB Halim (berbaju kuning) dan YB Zakaria menunjukkan repot polis yang telah dibuat mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu awal pagi ini






KEBERANTAKAN BERLAKU LAGI DI TERENGGANU.



waduh-waduh..tak abis-abis lagi isu politik di Terengganu. semalam 10 ADUN terpaksa 'tidur' di Hotel Felda Residence kerana bimbang keselamatan diri untuk menghadirkan diri ke sidang DUN. Kah..kah...kah.....




Ini pertama kali berlaku di sidang DUN, ADUN takut kerana keselamatan diri untuk menghadiri diri ke sidang dun. Bimbang kot2 MB Ahmad Said bawak pistol tembak sorang-sorang.




antara-antara sms yang diterima



PADA 13.4.2009 JAM 11.21 MALAM, SEMASA SAYA BERADA DI DALAM BILIK NO 906 HOTEL FELDA RESIDENT, JALAN BALIK BUKIT K/TERENGGANU SAYA TELAH MENERIMA SATU SMS UGUTAN YANG DITUJUKAN KE TELEFON SAYA YANG BERNOMBOR 019-9186181 DARIPADA NOMBOR TELEFON +60199158369 DIPERCAYAI MILIK SETIAUSAHA SULIT KANAN KEPADA MENTERI BESAR TERENGGANU YANG BERNAMA HAJI WAN AHAMAD BIN WAN MUDA YANG BERBUNYI “BAIK JANGAN TERUSKAN NIAT YB. YB TAK SAYANG NYAWA?” SAYA MERASA AMAT TAKUT DENGAN UGUTAN TERSEBUT YANG MENGANCAM NYAWA SAYA, MAKA SAYA DATANG KE BALAI BUAT REPOT. SEKIAN REPOT SAYA

http://203.115.192.117/wednesday/index.html


apa nak jadi ni umno terengganu. kopeh lah lagu ni...










KEPIMPINAN MELALUI PRESTASI

“ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

SATU MANIFESTO UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

sedikit ulasan untuk PASUKAN KABINET SATU MALAYSIA

Najib Tun Razak- Membina diri di kalangan pemimpin yang terbaik untuk menjadikan rakyat sebagai aset dan harta yang paling bernilai. Ini contoh kabinet yang terbaik bagi DS Najib untuk rakyatnya tapi cukupkah dengan melantik anggonta yang kalah di dalma pemilihan & yang ditolak oleh rakyat untuk mewakili kawasan diterima dalam pasukan , padahal ini Kabinet Rakyat.

- Melantik jentera dan pemain dalam pasukan memerlukan perubahan dalam sruktur organisasi itu sendiri. Bagai contoh kementerian Pelajaran memerlukan pakar cerdik , cendikiawan yang tidak berorientasikan politik semata-mata untuk membuat dasar. ( Bagaimana PPSMI lepas ni?)

- Berusaha untuk berubah, masih dikekalkan lagi ahli pasukan yang sama untuk mengisi posisi yang sama, walaupun ahli tersebut tidak membuat sebarang perubahan dalam mengatasi masalah.

ini lampirannya

Prime Minister - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui KeongDatuk
Dr Mashitah IbrahimDatuk
SK DevamanyAhmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaranTan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Reblog this post [with Zemanta]


SURAT TOK GURU PADA NGA KOR MING



13 Rabiul Akhir 14309 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.


Menemui YB Encik Nga dengan ucapan
salam sejahteraYang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB.

Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.Saya mempunyai sebuah impian.

Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.

Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
*(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

KEMENANGAN UNTUK RAKYAT



Tiada ungkapan melainkan syukur pada Illahi di atas anugerah dan amanah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.





Semalam 3 kemenangan yang diraih oleh setiap peserta pertadingan Pilihanraya, Tahniah diucapkan kepada IR Nizar YB Parlimen Bukit Gantang, YB S Manikumar YB Bkt selambau & YB Malcom YB Batang Ai.

"katakanlah wahai Allah tuhanku yang memiliki kerajaan, mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau rampas dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, ditangan kekuasaan Engkau sahajalah wahai tuhan segala kebaikan dan Engkau maha berkuasa di atas segala-gakanya".











PESANAN UNTUK WAKIL RAKYAT
  1. Jangan hampakan rajyat yang dahagakan demokrasi dalam pembinaan fizikal & spiritual
  2. Teruskan menghampiri rakyat marhaen yang sering dugla-gulakan apabila tiba pilihanraya, mereka bukan tidak cerdik mengambil 'itu & ini' tapi itulah hakikat bahawa mereka adalah golongan terdesak.
  3. Berusahalah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman & damai, satukanlah hati-hati yang menderita kekusutan akibat politik.
  4. Serahkanlah pada Illahi agar dibantu urusan YB dalam melaksanakan proses mencapai matlamat yang ingin dicapai.

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepada-Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurga-Mu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia" Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

LATEST CALON PARTI BABY

NAMA CALON : MUHD SYAMIL AIMAN MOHD ASWADI
UMUR : 4 BULAN 10 HARI
KELEBIHAN : MEMILIKI SUARA YANG TIDAK BERHENTI-HENTI PABILA BERCAKAP
SUDAH BOLEH MENIARAP, MENGHISAP DUA JARI TANGAN YANG BELUM LAGI DITINGGALKAN TABIATNYA.
PLEASE VOTE FOR HIM....PARTI BABY
BERTEMU DENGAN PENGUNDI BELIAU, DR ROHANA
BAKAL YB MENHITUNG HARI

RENUNGAN YB BAGI MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN & KEYAKINAN


KEAYUAN UNTUK MENARIK SIMPATI PENGUNDI


RENUNGAN YB MENARIK SOKONGAN


BERSAMA WAKIL CALON DALAM SESI BERTEMU PENYOKONG










SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

27 MAC 19......
BEGITU INDAH PABILA SEORANG INSAN YANG MENDAMPINGI DAN DIDAMPINGI INI MENJADI SEBAHAGIAN HIDUP DI ALAM INI. KETEKUNAN MENJADI ISTERI KEPADA HAMBA ILLAHI INI MENJADIKAN DIKAU PENEMAN SETIA DI KALA HATI INI KESUNYIAN & KEGEMBIRAAN.












DITAMBAH KEGEMBIRAAN PABILA GENERASI KITA DILAHIRKAN, ALANGKAH BAHAGIANYA RASA HIDUP INI. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN SAYANG.

PERAYAAN DEMOKRASI




Hari ini 7 April 2009, sejarah bakal dilakarkan oleh rakyat Malaysia bagi memberi satu tunjuk sebab kepada PM baru kita YAB Datuk Seri Najib.




Pilihanraya ini berlaku serentak kerana kematian & pengunduran seorang YB di Bukit Selambau. Ini merupakan satu cara bagi rakyat memilih antara Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat.

Mengikut SPR pengumuman keputusan dijangka keluar pada pukul 9 malam ini. Semoga segala keputusan yang dikeluarkan dapat memberi satu petanda bagi kita Rakyat Malaysia.

lihat kata-kata setiap calon


"Jauh di lubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia' IR Nizar Calon PAS Bukit Gantang


"Dengan faktor-faktor yang ada kini, peluang BN untuk menang memang cerah sekali. Dan ikrar saya jika terpilih, pengundi akan saya jadikan saudara mara saya kerana sebagai anak tempatan saya mengetahui akan segala masalah luar dan dalam di Bukit Gantang ini," Ismail Safian Calon BN Bukit Gantang


“I was born at the Sungai Division Estate here and spent my school years here. As I was born here, I believe that I will get strong support from the local people" S Ganesan BN Bukit Selambau

"The other five pledges are to work with the police to reduce crime in the constituency; improve amenities; conduct people’s empowerment programmes; provide services to all constituents; and helping the underprivileged" S Manikumar Calon PKR Bkt Selambau

"PEOPLE OF LUBOK ANTU,
BEYOND ALL QUESTIONS PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
IS THE RIGHT PLATFORM FOR US. AFTER MORE THAN 35 YEARSOF SUFFERING & HUMILIATING UNDER BARISAN NASIONAL.DON’T WAIT FOR ANOTHER 35 YEARS, ONE THE SPUR OF THE MOMENT" Jawah Gerang Calon PKR Batang Ai

“I hope they will give me a chance even though I’m new in politics. But with over 20 years in government service, I don’t have problems in serving the farming community. I have experience in implementing projects throughout the state,” Malcom Mussen Lamoh Calon BN Batang Ai

BEBERAPA HARI DI BUKIT GANTANG

SALAM....

KESEJUKAN DARI BUMI PERAK DARUL RIDZUAN. DI SINI BUMI BKT GANTANG DILIMPAHI AIR RAHMAT WALAUPUN PANAS DENGAN SUASANA KEMPEN.

SEMALAM BARU SAMPAI BERSAMA BOS UNTUK MENJALANI PRAKTIKAL DI BKT GANTANG. SEUISAI SAMPAI DI SINI DENGAN BEBERAPA JAM DI ATAS JALANAN GRIK BERBUKIT BUKAU, PEKENA SATU NASI AYAM GORENG DAN AIR SIRAP. PEH...BEST NYE.

PADA SEBELAH PETANG PULA TERSEREMPAK DENGAN SAUDARA AMDANG, DAN KAMI DIAJAK MAKAN BERSAMA-SAMA MEE GORENG UDANG DI CHANGKAT JERING. WOW TERANGKAT ABIS RASANYA. WALAUPUN HARGANYE BOLEH TAHAN TAPI DAH ORG BELANJA BELASAH AJE.

MUDAH-MUDAHAN DENGAN SUASANA BEGINI DAPAT DIRASAI LAGI DI LAIN TEMPAT. SELAMAT BERKERJA SAHABAT-SHABATKU.

PS:// MANA LIZA PUNYA RUMAH? KOME NAK MAKAN DORIAN

NAJIB KETUA BARU KITA















Tahniah & Takziah Datuk Seri, tapi seluruh negara sedang memerhatikan kamu. Ingat kata-kata Saidina Abu Bakar semasa dilantik menjadi Khalifah. "Tegurlah aku sekiranya aku melakukan keslahan".

Moga dengan keberkatan Illahi Datuk Seri mampu menjalankan amanah dengna penuh tanggungjawab.






 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.