KENYATAAN SUDAH PASTI

9 februari 2010. Sedang online bersama anilnetto, wak banjar untuk mengetahui keputusan Mahkamah mengenai kes MB Perak yang sah.



keputusannya memihak kepada Zambry 5-0, Hakim menyatakan

Court rules affirmative to question 1 n no need house vote to question 2 meaning sultans action to deem nizar’s post vacant is valid. For question 3, court agrees that sultan may remove MB n appoint new MB who commands confidence of majority of members.

Kuasa sultan mengatasi segalanya dalam perundangan negeri. Semoga Allah gantikan yang lebih baik selepas ini. kerja kuat wahai pemimpin-pemimpin rakyat sekelian.

Tq mr Anilnetto & Wak Banjar.

Sekitar perbicaraan berlangsung



PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM



semoga Allah beri petunjuk kepada kedua-dua pihak tertuduh dan penuduh.

HIDUPKANLAH JIWA AL FATEH DALAM DIRIMU

22 JAN 2010 | Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah Tok Jiring

Anda perlu rasa hebat kerana anda merupakan pimimpin yang terpilih dalam 600 pelajar di sini. Jangan rasa rendah diri, jangan cuai dalam melaksanakan amanah kerana Allah akan soal balik setiap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Abu Bakar membela yang lemah ketika ucapan pertama dilantik menjadi Khalifah. Kita jangan bongkak dan terlalu bangga dengan diri apabila terpilih menjadi pimpinan.

Begitulah antara intipati ucapan kepada adik-adik pemimpin sekolah di sini. Keperluan persediaan dari segi masa, susunan gerak kerja, tenaga kerana jika kita menjadi pemimpin kita perlu melebihi dari orang biasa, jika orang biasa solat 5 kali semalam kita perlu tambah dengan amalan sunat. Jikalau orang lain tidur 8 jam sehari, kita perlu kurang untuk fikirkan diri.

Ditanya idola pemimpin masing-masing rata-rata adik-adik memilih pemimpin parti Islam Osama Laden, Tg Haji Hadi, TG Nik Aziz, Abd Aziz Rantisi, Mohd Sabu dan pelbagai lagi. Apabila kita menyebut nama pimpinan kita perlu meladani mereka.

Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk menayang filem 1453H Costantinople untuk melihat kekuatan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad Al FAteh menawan kota Istanbul tersebut.



Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Begitulah kehebatan baginda yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW, semoga diri kalian dapat mencontohi baginda...



Gets ready to conquer the world

Thanks guru-guru yang membantu tayangan

Adik-adik banat yang hilang idea

Anak Naqib Ustaz Bob yang pemalu

Kumpulan 1: yang sentiasa dibuli & membuli

REHAT DIRI KERAH MINDA

15 & 16 jAN 2010 , Kami sekeluarga telah ke D' Teratai Rantau Abang, mengambil peluang bercuti sekeluarga sambil saya ke Program Skuad WaJA anjuran JPR.

Sambil saya mengerah minda zaujah bersama Syamil menghirup angin pantai, namun nasib kami tak seberapa baik kerana angin ketika itu sangat kencang. Tak boleh nak mandi pantai. Semoga percutian kali ini dapat merelease perasaan umi dan anak buat seketika...

Umi & Syamil ketika di pantai

Syamil seronok bermain tayar

Team Skuad WaJA Negeri & Kawasan lepas main bola & tarik tali..penat wo..
tapi team kami menang.


Nak bertolak balik dah ni..makan nasi minyak dulu..emmm.best sangat

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH.



Berikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS;



ADA MEREKA PEDULI TAK?

TAPI KRISTIAN TERUS BEKERJA.

ARTWORK



Emmmm.............nak design kartun banyak kerenahnya ni....ish2

SELAMAT TAHUN BARU & HARI LAHIR AEMAN



Hati seorang lelaki…
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki…
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pesti lurus perananmu sebagai LELAKI!

Lelaki.. sama ada seorang anak, ayah, suami mahupun seorang dai’e, mereka tetap seorang lelaki. Mereka mengasihi dan ingin dikasihi. Memberi bukan untuk menerima. Memimpin dan dipimpin.

Mereka adalah satu golongan yang mendapat peranan yang penting, memainkan peranan itu dan menjadi orang yang penting di dunia.


Jika mampu, jadilah pohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput tapi jadilah rumput yang paling hijau I muka bumi.

Gunakanlah prinsip: Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.

Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertamu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia.

Semua itulah yang terpapar melalui kisah dan peristiwa yang ditulis begitu menarik, jelas dan indah dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki ini. Membacanya, seolah-olah melalui lembaran-lembaran kehidupan dengan sorotan mata hati yang seni dan murni.

Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah yang mana orang, situasi dan kondisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita. Sentiasa ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripada semua itu. Inilah inti pati daripada buku Nota Hati Seorang Lelaki yang sedang anda tatap ini.

Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan. Carilah kebaikan itu. Dan inilah yang cuba dipandu oleh penulis menerusi kata-katanya yang bersahaja tetapi dalam maknanya.

Jangan mengeluh, kenapa anda tidak berjaya seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi. Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!
Jangan memberontak, asyik mempersoalkan mengapa dan kenapa? Justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti. Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya, ya itu telah berlaku, ya itulah keadaannya … tak kira bagaimana keadaannya sekalipun anda tetap hamba Allah. Jangan cuba jadi “Tuhan” walaupun pada kehidupan anda sendiri.

Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir. Jadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.

Seruan penulis, carilah kebaikan, milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang daripada racunnya.

Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan. Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri. Nikmatilah kisah-kisah menarik yang memaparkan hakikat ini nanti.

Berkali-kali penulis berpesan (menerusi anekdot-anekdot) agar kita menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan menjadi semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

Dan inilah maksud didikan Tuhan ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (“co-existence”) di atas dunia ini. Bukankah ini bererti seolah-olah Tuhan telah berpesan, belajarlah sesama insan nescaya kita akan terasa kesan didikan-Nya. Ya, inilah yang anda akan fahami, hayati dan rasai apabila mula membaca Nota Hati Seorang Lelaki… Selamat membaca.

SEMINAR KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Fuh.. semalam dapat dengar penjelasan Kurikulum peringkat Prasekolah yang akan diaplikasi kepada Tadika Swasta berkuatkuasa 2010.

1. Peperiksaan 'DIHARAMKAN' kepada students tadika
2. Komponen ditukarkan ke Tunjang
3. Masa belajar sehari kepada 4 jam Solid
4. Pengenalan kepada kaedah yang sistematik berasaskan Standard seluruh kanak-kanak 4-6 tahun
5. Kanak-kanak Tadika Swasta akan cepat bosan apabila meningkat ke darjah 2, kerana pelajaran mereka lebih advance berbanding Prasekolah

satu lagi , ada sorang Pegawai dari Kementerian bahagian kurikulum beritahu dia jemput juga PASTI untuk beri taklimat berkenaan program ini tapi tidak dapat nombor perhubungan. (Ye Ke????)

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA MUHD SYAMIL



21 November 2009, genap setahun Muhd Syamil di atas muka bumi ini, menghirup udara atas nikmat Illahi, dikurniakan kudrat untuk berlari, namun dirinya belum tumbuh gigi, semoga dikau menjadi insan yang dikasihi.

Dalam mengejar program Konvokesyen anak anak TTG, kami sekeluarga terpaksa berpisah seketika bersama anakanda tercinta walaupun kasihan melihat dirinya yang masih kecil terpaksa berpisah dengan uminya tapi apakah daya, itu saja yang mampu untuk dilakukan ketika ini.

Selepas selesai program syarikat, kami berehat seketika bagi melepaskan keletihan namun kek yang dibeli sudah disediakan. Tersedar dari tidur ketika itu keletihan masih lagi menyelubungi diri namun untuk meraikan anakanda terpaksa kami gagahi.

Sampai sahaja di rumah bonda, anakanda sudah bersedia. Tangisan di hati kecil menyambut dengan pelukan anakanda yang terpisah buat seketika. 'Ya Allah terima kasih ke atas kurniaanMu, memberikan kami anak yang sihat dan ceria, semoga dirinya menjadi insan yang soleh'

Seusai ayahanda pulang dari kedai, disambut kelahiran bersama ayahanda yang selang sehari. Mencari hadiah untuk ayahanda tapi kedai yang menjual pakaian memberitahu tida menjual baju mekayu untuk Raya...pelik Raya Aidiladha tidak perlu memakai baju raya jugak ke???

Akhirnya kami menyambut dengan penuh sederhana dengan ahli keluarga, terima kasih kepada Mak Teh yang membuta air, Mak Ngah yang mengambil gambar dan juga Pok Su yang menjaga si kecil Syamil.

" Ya Allah lanjutkan usia kami untuk terus beribadat kepadamu..Amin'

TAHNIAH ANDA SUDAH DEWASA.




Semoga dengan kehadiran anda pada tahun 2010 dapat menjamin generasi Berilmu , Beriman & Beramal yang dapat berbakti kepada umat di bumi Allah ini.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.