Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH.



Berikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS;



ADA MEREKA PEDULI TAK?

TAPI KRISTIAN TERUS BEKERJA.

ARTWORK



Emmmm.............nak design kartun banyak kerenahnya ni....ish2

SELAMAT TAHUN BARU & HARI LAHIR AEMAN



Hati seorang lelaki…
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki…
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pesti lurus perananmu sebagai LELAKI!

Lelaki.. sama ada seorang anak, ayah, suami mahupun seorang dai’e, mereka tetap seorang lelaki. Mereka mengasihi dan ingin dikasihi. Memberi bukan untuk menerima. Memimpin dan dipimpin.

Mereka adalah satu golongan yang mendapat peranan yang penting, memainkan peranan itu dan menjadi orang yang penting di dunia.


Jika mampu, jadilah pohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput tapi jadilah rumput yang paling hijau I muka bumi.

Gunakanlah prinsip: Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.

Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertamu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia.

Semua itulah yang terpapar melalui kisah dan peristiwa yang ditulis begitu menarik, jelas dan indah dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki ini. Membacanya, seolah-olah melalui lembaran-lembaran kehidupan dengan sorotan mata hati yang seni dan murni.

Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah yang mana orang, situasi dan kondisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita. Sentiasa ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripada semua itu. Inilah inti pati daripada buku Nota Hati Seorang Lelaki yang sedang anda tatap ini.

Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan. Carilah kebaikan itu. Dan inilah yang cuba dipandu oleh penulis menerusi kata-katanya yang bersahaja tetapi dalam maknanya.

Jangan mengeluh, kenapa anda tidak berjaya seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi. Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!
Jangan memberontak, asyik mempersoalkan mengapa dan kenapa? Justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti. Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya, ya itu telah berlaku, ya itulah keadaannya … tak kira bagaimana keadaannya sekalipun anda tetap hamba Allah. Jangan cuba jadi “Tuhan” walaupun pada kehidupan anda sendiri.

Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir. Jadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.

Seruan penulis, carilah kebaikan, milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang daripada racunnya.

Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan. Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri. Nikmatilah kisah-kisah menarik yang memaparkan hakikat ini nanti.

Berkali-kali penulis berpesan (menerusi anekdot-anekdot) agar kita menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan menjadi semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

Dan inilah maksud didikan Tuhan ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (“co-existence”) di atas dunia ini. Bukankah ini bererti seolah-olah Tuhan telah berpesan, belajarlah sesama insan nescaya kita akan terasa kesan didikan-Nya. Ya, inilah yang anda akan fahami, hayati dan rasai apabila mula membaca Nota Hati Seorang Lelaki… Selamat membaca.

SEMINAR KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Fuh.. semalam dapat dengar penjelasan Kurikulum peringkat Prasekolah yang akan diaplikasi kepada Tadika Swasta berkuatkuasa 2010.

1. Peperiksaan 'DIHARAMKAN' kepada students tadika
2. Komponen ditukarkan ke Tunjang
3. Masa belajar sehari kepada 4 jam Solid
4. Pengenalan kepada kaedah yang sistematik berasaskan Standard seluruh kanak-kanak 4-6 tahun
5. Kanak-kanak Tadika Swasta akan cepat bosan apabila meningkat ke darjah 2, kerana pelajaran mereka lebih advance berbanding Prasekolah

satu lagi , ada sorang Pegawai dari Kementerian bahagian kurikulum beritahu dia jemput juga PASTI untuk beri taklimat berkenaan program ini tapi tidak dapat nombor perhubungan. (Ye Ke????)

TAHNIAH ANDA SUDAH DEWASA.




Semoga dengan kehadiran anda pada tahun 2010 dapat menjamin generasi Berilmu , Beriman & Beramal yang dapat berbakti kepada umat di bumi Allah ini.

TAZKIRAH UNTUK BLOGGER


Menyebar maklumat bohong ke neraka

(Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun Jabatan IT PAS Pusat)

Oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat.

Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.

Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai.

Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.

Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.

Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.

Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam.

Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.

Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT.

Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.

Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar.

Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.

Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.

Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita.

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.

Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.

Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.

Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.

Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat .

Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.

Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.

Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.

Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar.

Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.

Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.

Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.

Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda.

Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.

Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.

Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.

Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita.

Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.

Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.

Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia
Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.

Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.

Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.

Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT.

Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.

Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.

Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.

Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini.

Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.

Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.
Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”. Kita rasmikan majlis ini.

Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt

UCAPAN RAYA

PEMERGIANMU MENGHADAP ILLAHI




Semalam sebelum berita pagi berakhir, pembaca berita mengeluarkan kenyataaan bahawa Jacko (Mickhael Jackson) telah meninggal dunia.

Ada sesetengah orang keliru samada dibacakan fatihah atau tidak memandangkan Jacko telah meluk Islam tapi belum disahihkan beriat tersebut, namun dalam berita perdana semalam disebut Allahyarham.

Jacko merupakan fenomena baru dalam dunia muzik ketika umurku di sekolah rendah, cara tarian breakdance dia. yang menjadi gilaan ramai orang di Malaysia ini.

Selamat Tinggal Jacko, semoga ruhmu diterima Allah dan ditempatkan di Syurga sana.

SELAMAT HARI AYAHANDAKU



ayahanda ketika kemalangan

Dicubit telinga, dirotan malahan pernah dipukul. Masih teringat lagi hari tersebut diri ini ketika berusia 7 tahun penat bermain ketika itu ayah sudah bersiap untuk solat jumaat, aku terlena keletihan.

Tiba-tiba aku dipukul dengan tali pinggang bertalu-talu mengerakkan diri ini untuk pergi solat Jumaat, aku mengelak dikejar keliling bilik....kemudian ibuku datang apabila mendengar kecoh di dalam bilik,aku menangis lantas memeluk ibuku. Dalam kemarahan ayahku belum reda ibuku membawa lari diriku ke tandas dan membersihkan diriku. Setelah kelibat ayahku tiada, ibuku menasihati agar diriku berehat dan dalam melihat kehibaan ibu meletakkan ubat pada luka di badanku yang tersiat. Begitulah kenangan yang masih lagi bermain ketika teringat waktu kecil dulu. ( Siap anakku lepas ni kih....)

Terima kasih ayahku, kerana dirimu kini aku berbangga dengan memilikimu aku dapat menjadi sebegini. Kini aku sudah mampu menjadi imam bermakmumkan ayahanda sendiri. Setiap kali doa aku sering bacakan doa untuk mereka berdua .

Moga dengan sambutan Hari Bapa ini dapat mengeratkan hubungan selama-lamanya.

Hayatilah...

CUKUP..................


bingung dengan pelbagai kejadian berlaku di dalam suasana Jemaah kini, timbul isu Team TGHH & TGNA pulak.

Pelbagai ucapan, nasihat malahan teguran namun masih lagi berterusan agenda memburukkan kedua-dua pimpinan Islam ini. Berlapang dadalah sesama kita. Jangan membiarkan pencuri lalu depan rumah sambil mencuri telur ayam kita tanpa diketahui.

Kedua-dua pimpinan ini menjadi tanggungjawab kita untuk membentengi mereka, walaupun sekeras mana ancaman dari musuh. Walaupun pedih hulu hati menerima tausiyah & pandangan mereka yang tidak sealiran dengan fahaman 'cetek' kita biarkan ia menjadi tanggungjawab pimpinan kerana mereka membuat keputusan bukan sekadar keluar dari bibir sahaja, mereka lebih arif akibat dan kesan yang dibuat.

mohon semua cukuplah...

MAMPUKAH REAL MADRID JADI JUARA EROPAH TAHUN DEPAN?




PERPINDAHAN KAKA KE REAL MADRID


Kaka menjadi permain ke 2 termahal selepas Zinedine Zidane di Real Madrid. Milan mengatakan bahawa kerana duit tiada untuk menampung gaji dan perbelanjaan kelab oleh itu mereka menjual ' Pemain Kesayangan' mereka.

Hebatlah Real Madrid, banyak sangat duit diorang kot..tak terkesan oleh kelembapan ekonomi dunia ke? Teringat dulu dengan himpunan pemain terbaik dunia David Beckham, Ronaldo, Raul, Figo dan others player tapi nak juarai liga pun payah, kerana masing-masing nak tunjuk skill peribadi tiada kesatuan fikrah & jamaie.

Kadang-kadang nak himpunkan semua pemain terbaik dunia memerlukan kepakaran analisis & pakar strategis mengatur kemampuan masing-masing. Orang paling layak memegang jawatan jurulatih Real Madrid ialah Arsene Wenger dia merupakan pakar mengembangkan bakat seseorang itu menjadi terbaik.

STADIUM OH STADIUM

Tiap-tiap petang, kiranya setiap hari pulang dari tempat kerja saya akan melalui dan melihat permandangan stadium Sultan Mizan yang berdiri gah di bumi Gong Badak. Dalam hati ini sering kali tertanya-tanya bila lagikah dapat masuk dan melihat permadangan dalaman stadium, walaupun tak sampai 5 minit untuk menjenguk dari kediaman.

Tiba-tiba, ketika bekursus di Hotel Grand Continental semalam, dapat mesej dari isteri bahawa stadium baru gong badak runtuh. Terkezut, dalam hati ingin melihat sendiri bagaimana keruntuhan itu berlaku.

Apabila sudah habis program dan melalui jalan di sbelah stadium untuk melihat kemusnahan tersebut, alangkah terkejutnya dengan keruntuhan yang berlaku.










RUJUK DISINI



WALAUPUN PELBAGAI ANDAIAN YANG DIBERIKAN, INI TIDAK BERMAKNA SETIAP PROJEK YANG DIJALANKAN BEGITU MUDAH ROSAK DAN MUSNAH.

SEBELUM INI BERLAKU KES RUNTUHAN BERLAKU, SEKOLAH MENENGAH WAKAF TAPAI, MARANG


BAYANGKAN KETIKA ITU DIADAKAN PERMAINAN ATAU SESUATU PERLAWANAN, BERAPA BANYAK KEMALANGAN JIWA BERLAKU YANG AKAN DITANGGUNG OLEH RAKYAT.

SEMOGA PANEL SIASATAN BEBAS MENYIASAT DENGAN TELUS DAN SAKSAMA. JANGAN BIAR SEMUA PROJEK DI TERENGGANU IBARAT TELUR DI HUJUNG TANDUK,

CERITERA TERKINI



PILIHANRAYA




Penanti, hari ni semau orang yang duk kat Penanti akan keluar mengundi, walaupun BN boikot kali ni. namun tanggungjawab tetap kena laksanakan.




Dalam duk melihat perkembangan pilihanraya ni, duk terpikiaq jugak semalam pengundi pos mengundi dalam 20 orang. Sapa yang diorang pilih ye? samada calon Bebas atau PKR. Tapi tak syok la...BN tak melawan.




Dalam lebih kurang 1bulan lagi, pilihanraya Manek Urai di Kelantan akan berlaku iaitu pada 14 Julai 2009. Yang ini UMNO katanya akan berhempas pulas. Sebab ore Kelate ni kuat melawan. Tengok bila lawan bola Kelate main je...penuh semangat The Red Warrior (kawe tahu kwe bini ore kelate).




MUKTAMAR PAS




Pemilihan akan berlaku pada kali ini bagi tempoh 2009-2011, Tuan Guru Presiden menang doh. Kira kami rakyat ganu berbangga lagi dengan kemenangan Ketua Dewan Ulama & Presiden kali ni.




Kerusi Timbalan Pengerusi Tetap, ambe sokong Cg Husin dari terengganu. Kepetahan berbicara dan kedinamikan berucap dalam mana-mana program menjanjikan dia pembantu pengerusi tetap dalam sidang muktamar.




Kerusi Timbalan Presiden menjadi rebutan 3 penjuru, penyandang Ustaz Nasa dengan 2 mantan Niab Pres Husam & Mat Sabu. Kalu ikut perkiraan Ustz Nasa mendahului melalui percalonan kawasan. Yang ini ambe turut mencadangkan Ustaz Nasa yang merupakan penyandang. Ustz Nasa walaupun nampak low profile merupakan gandingan yang baik dalam mendokong Ulama' dalam kepimpinan PAS. Ustaz Nasa jugak merupakan anak didik Almarhum ustaz Fadzil Nor.




Kerusi Naib Presiden pula menjadi rebutan 5 orang, semua penyandnag tidak mempertahankan kerusi masing-masing. 2 bekas Ketua Pemuda yang dikategorikan profesional , dan 3 yang dikategorikan Ulama' menawarkan diri. Ni pilihan hambe ialah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan pesuruhjaya PAS Pahang. First time bersama beliau ialah di Kuantan. Penuh syahdu ketika itu berucap dan menceritakan pengalaman beliau di'tamrin'kan.




Yang kedua pula ialah pilihan ambe Ustaz Nik Amar, bakal Menteri Besar Kelantan yang berperawakan ulama profesional. dan yang ketiga ialah ambe pilih Salahudin Ayub yang akan menuuti jejak Bekas Ketua Pemuda UMNO bertannding Kerusi Naib presiden Hishamudin.




semoga mereka akan bertanding kerana Allah. Teringat satu ucapan Ustaz Tuan Ibrahim dalam ceramahnya menceritakan' pada satu program semua ADUN-ADUN PAS termasuk AHLI PARLIMEN pada tahun 2001 dulu. Almarhum Ustaz Fadzil Nor menegaskan bahawa jangan kita berasa besar walaupun kita ada 2 Menteri Besar.




H1N1


kini penyakit ini semakin meruncing, inikah bala Allah untuk seluruh umatnya yang tidak mengendahkan laranganNya.




Ada orang buat gurauan dengan nama H1N1 iaitu Hishamudin 1, Najib 1. Tapi bagi ambe H1N1: Hadi 1 dan Najib 1, Hadi 1 Ummah, Najib 1 Malaysia. Hadi 1 Ummah iaitu PAS for All, semua orang akan mengikut dan menyokong tak kira lain agama, lain bangsa akan terus memberi sumbangan kepada Parti Islam Terbesar di Malaysia.




Najib 1 Malaysia hanyalah untuk kuatkan Barisan Nasional yang hilang pengaruh penyokongnya.




begitulah adat dunia. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. An Nisa1

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN



"Terimalah ana seadanya, ana ni bukan ada apa-apa pun, just nak bagitau ana ni kuat main games." Kataku dalam satu majlis Taaruf .


"ana tak kisah, ana harap ustaz mampu menjaga hubungan sepanjang kita berkenalan dan kita tidak tergolong di kalangan orang -orang yang timbulkan fitnah". Tegas di berprinsip.


" Satu lagi, ana terima taqdim ni dengan 3 syarat, ( biarkan rahsia).....


19 MEI 2006


Gembira bukan kepalang di dalam hati, betapa terharunya tatkala seusai menyebut " AKU TERIMA AKAN NIKAHNYA ......" mengalir air mata bersyukur betapa Allah mudahkan urusan kami hari Jumaat tersebut. Semua sahabat-sahabat yang hadir pada hari tersebut turut mengucapkan tahniah.


Dibawa bertemu dengan si Dia, berasa gugup di jantung bergegar. Menyarung cincin di jari yang berinai meruntun jiwa. Alangkah bahagia pasangan yang belum bercinta bertemu hanya di hari perkahwinan juga.


19 MEI 2009


itu cerita 3 tahun yang lalu, kini cerita sudah berbeza namun perasaan masih seperti baru berkahwin semalam. Dihadiri dengan Muhammad Syamil tercinta yang kini sangat menyukai menghisap jari kakinya.


dihadiahi dengan buku tokoh pujaan hati, moga menjadi seperti dirinya. Insya Allah akan dipermudahkan urusan segalanya.


Thanks buat Dr Ummi, kerana menghadiahi kami dengan buku menjadi pengantin baru setiap hari.





kini kita mampu berlari bersama-sama dalam meniti arus kehidupan untuk dipertemukan di Syurga sana.



SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN SAYANG. Meminjam kata dari buku Bidadari Dari Timur

Bidadari Dari Timur…

Seandainya direntasi laut segara,

Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,

Seandainya gunung dijadikan pasak,

Belum tentu seteguh setiamu,

Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,

Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

JUARA TETAP JUARA




Semalam 3 peristiwa berlaku serentak, Badminton Piala Sudirman ( ambe tengok tapi pasukan China still favourite) , Final Akademi Fantasia ( tertekan punat button 104), dan Live MU vs Arsenal.

KEJUARAAN KE 11, MU tetap gah walaupun seri dengan Arsenal semalam. Takpelah kekandaku Nik Abduh yang menyokong Liverpool, cuba lain kali ye...

antara interview dengan captain MU, Ryan Giggs

Most 35-year-olds still have decades of their working lives ahead of them, but footballers of that age are firmly placed in the ‘veteran’ bracket. Is it frustrating to think some people regard you as ‘old’?

Not really. I’ve been in the team since I was 17 and I think I first read about myself as a ‘veteran’ when I was about 28! I’m used to it now, though it’s hard to understand it sometimes because I feel young and I’m surrounded by young players. It’s a bit weird to be the old man in the team, but I just don’t see myself like that. I certainly don’t feel 35… except the day after a hard game. Then I definitely feel old!

walaupun dah tua, tapi semangat masih muda. Usaha terus berusaha. Cayalah satu lagi misi kita menawan LIGA JUARA lawan Barcelona.



KEMENANGAN KE 2 HJ NIZAR


Strategi Sabar & Terus Berusaha

Kemenangan bukan datang bergolek, bahgakan dipukul, dihambat keluar dewan, dihambur kata-kata kesat , dikurung di dalam stor.

Itulah kemanisan kemenangan, namun jangan mudah terleka. Musuh banyak cara helahnya. Cuma berharap kita terus memandu umat dengan penuh bijaksana.

TERKINI

Selasa [12 May 2009] 12:01AM
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah bersetuju untuk menerima menghadap Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. The Malaysian Insider melaporkan Mohammad Nizar akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi Selasa bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus memberi laluan kepada pilihanraya kecil negeri diadakan.

SEMOGA ALLAH BALAS USAHA MEREKA YANG BAIK DAN BURUK.

Kekandaku Nik Abduh


Salam Kuala Terengganu....


Gempar, Terasa hati, terkilan, dan pelabagai lagi perasaan yang kunjung tiba bagi mereka yang sudah membaca tulisan kekanda di dalam blog.


Hebat juga penangan anak Tok Guru ni, dengan bahasa kiasan dan lenggok tari ayat membuatkan siapa yang terasa semakin panas membara. Di Terengganu maybe isu ini kian dibincangkan setelah keluar di dalam artikel muka surat depan Utusan Malaysia. Kalau tak keluar rasanya takkan pakcik kat kedai kopi Joyah tu boleh tau.


Isu timbul pabila kekanda geram dengan gelagat 'Pembantu Ayahnadanya' membiarkan kedua-dua Tok Guru belaga angin berkaitan Kerajaan Perpaduan atau 'Unity Goverment'. Ramai orang yang membantah tulisan Kekanda ini, dan tak kurang juga yang menyokong sehinggakan ada yang memakai nama ' Nik Abduh Fan'


Mohon Sembah Derhaka, kekandaku Nik Abduh. Bagi saya masalah dan isu ini timbul dengan parah sekali. Ramai di kalangan orang-orang muda kini keliru dan kacau bilau apabila diajukan dengan isu yang berlaku sekarang. Apa taknya ada di kalangan sahabat-sahabat mencemuh keperibadian Nik Abduh dan sehinggakan ada yang mahu melondehkan ' peristiwa' yang berkaitan dengan kekanda.


Adinda menghormati ulamak yang ada di dalam PAS, adinda sering ikuti kuliah dan pengtarbiyahan dibuat oleh mereka. Kekadang adinda sedih pabila ada orang menghina ayahanda dan kawan-kawan beliau. Tapi adinda teringat satu ucapan ayahanda Allayarham Tuan Guru Hj Fadzil Nor yang terakhir di Muktamar PAS



Ulama mesti memimpin masyarakat agar dapat keluar daripada kemelut kehidupan ini, dengan keyakinan bahawa setiap apa yang kita lakukan adalah benar dan mendapat keredhaan Allah SWT.



bantulah kami dalam menghadapi situasi ini, agar kami dapat berlapang dada terhadap pimpinan kami, kepada Allah jualah yang mampu mengetahui bahawa hati-hati kami sedang diulit keresahan ketika ini.

BLOGAWAN TERENGGANU

Apa? Blogawan..amende tu? Angkasawan or blog yang berada di awang-awangan.

Ye...itu mungkin persoalan yang ditanya bagi sesiapa yang mendengar istilah baru yang direka amdang81 ni. Ianya merupakan komuniti baru yang akan ditubuhkan bagi mengumpul semua bloggers anak kelahiran bumi 'Ninja Turtle' dalam satu wadah. Seolah-olah Bloggers Network Malaysia. Tapi just untuk anak tranung je...

So bagi sesiapa yang ber'blog' dan mempunyai IC bernombor 11 di tengah boleh join , atau ada nombor lain boleh refer kat ajk penaja nanti.

Kemungkinan tertubuhnya komuniti ini dapatlah membantu anak seluruh daerah Terengganu menyebarkan maklumat kepada umum dengan telus dan berkesan. Dari rakyat untuk rakyat.

1 Terengganu : Bloggers Dicarikan, Maklumat Diutamakan


PM Turun Padang


wah...ambe nak ucapkan tahniah buat Datuk Seri kerana turun padang melihat rakyat marhean yang sering merungut dengan kesesakan lalulintas, LRT jem ( walaupun kat terengganu tiada LRT), perhentian bas yang daif.


Ubah gaya hidup anda. Teringat kat satu filem yang dilakonkan oleh Anil Kapoor watak Sivaji di dalam filem Nayak: The Real hero , yang mana satu scene Sivaji diberi tanggungjawab memberi kegembiraan kepada rakyat dalam masa satu hari. Walaupun mustahil namun jalan ceritanya memberi banyak makna.



apa khabar bekas BOS Malaysia sekarang, tentu tringat janji nak settlekan masalah pengangkutan awam kan. Ni naik orang baru janji baru pula. InsyaAllah moga Allah makbulkan niat untuk bawa kebaikan pada rakyat.

PERAYAAN DEMOKRASI




Hari ini 7 April 2009, sejarah bakal dilakarkan oleh rakyat Malaysia bagi memberi satu tunjuk sebab kepada PM baru kita YAB Datuk Seri Najib.




Pilihanraya ini berlaku serentak kerana kematian & pengunduran seorang YB di Bukit Selambau. Ini merupakan satu cara bagi rakyat memilih antara Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat.

Mengikut SPR pengumuman keputusan dijangka keluar pada pukul 9 malam ini. Semoga segala keputusan yang dikeluarkan dapat memberi satu petanda bagi kita Rakyat Malaysia.

lihat kata-kata setiap calon


"Jauh di lubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia' IR Nizar Calon PAS Bukit Gantang


"Dengan faktor-faktor yang ada kini, peluang BN untuk menang memang cerah sekali. Dan ikrar saya jika terpilih, pengundi akan saya jadikan saudara mara saya kerana sebagai anak tempatan saya mengetahui akan segala masalah luar dan dalam di Bukit Gantang ini," Ismail Safian Calon BN Bukit Gantang


“I was born at the Sungai Division Estate here and spent my school years here. As I was born here, I believe that I will get strong support from the local people" S Ganesan BN Bukit Selambau

"The other five pledges are to work with the police to reduce crime in the constituency; improve amenities; conduct people’s empowerment programmes; provide services to all constituents; and helping the underprivileged" S Manikumar Calon PKR Bkt Selambau

"PEOPLE OF LUBOK ANTU,
BEYOND ALL QUESTIONS PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
IS THE RIGHT PLATFORM FOR US. AFTER MORE THAN 35 YEARSOF SUFFERING & HUMILIATING UNDER BARISAN NASIONAL.DON’T WAIT FOR ANOTHER 35 YEARS, ONE THE SPUR OF THE MOMENT" Jawah Gerang Calon PKR Batang Ai

“I hope they will give me a chance even though I’m new in politics. But with over 20 years in government service, I don’t have problems in serving the farming community. I have experience in implementing projects throughout the state,” Malcom Mussen Lamoh Calon BN Batang Ai

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.