SATU MASA DI KUDQI

Alex Ferguson, manager of Manchester United F.C.Image via Wikipedia


SALAM....


waduh...sudah hebat bangat adik-adik di Kudqi kini. Mampu dah menjadi pengurus Manchester United & Persatuan Spa Islam Terengganu.


Walaupun pada permulaan kita memang belum mampu merancang dan mengurus sesuatu badan tersebut, lama-kelamaan pabila kita sudah berupaya mengenalpasti di mana kedudukan dan kemampuan kita pasti kita akan terus mengurus dengan penuh bijaksana.


Begitu juga dengan Alex ferguson yang mengurus Manchester United bukan mudah mengurus perangai Wayne rooney yang panas baran, Christian Ronalo yang agak sombong serta pemain veteran yang perlu dijaga hati mereka. Namun kecekalan dan kehormatan yang diberikan oleh anak buah memberikan satu pengalaman yang baik dalam mengurus organisasi tersebut.

Begitu juga dengan Rasulullah, mengurus sahabat seperti Saidina Umar yang 'bekeng' , Saidina ali yang muda remaja dan pelbagai lagi watak yang dikurniakan ALLAH untuk Nabi kita sentiasa mengurus sumber dengan penuh berhikmah.


Thanks adik-adik KUDQI yang sudi memberi peluang kepada abg Aeman untuk memberi penceritaan kepada kalian.



Reblog this post [with Zemanta]


gambar dicilok dari http://benkarem.blogspot.com

HERO BUKIT GANTANG

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu, Sesunguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (An Nisaa:58)”

itulah antara ayat bacaan yang dibaca oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang sebelum mengumumumkan siapa calon PAS untuk Bukit Gantang.


" Mengundi adalah satu amanah untuk memilih pemimpin, mengundi dalam negara demokrasi ialah untuk memberi peluang pada rakyat untuk memilih poemimpinnya."


"sekiranya rakyat bukit gantang memberi kepercayaa kepada PAS , yang menunjukkan wakil rakyat yang istiqamah konsisiten dalam memperjuangakan rakyat"


"Pilihanraya ini memberi mesej kepada masyarakat majmuk untuk memilih Pakatan rakyat"


"Bagi menunaikan amanah & tanggungjawab yang dibebankan oleh rakyat kepada kita dengan ini saya mengumunmkan dan mengisytiharkan calon PAs yang mewakilirakyat di dalam P059 YB Nizar Jamaludiin.



Biodata Calon PAS P059Nama : Ir. Muhammad Nizar Bin Jamaluddin

Umur : 52 Tahun

Tarikh Lahir : 17 Mac 1957

Tempat Lahir : Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak
KeluargaIsteri : Fatimah Binti Taat

Anak : 8 Orang - Anaknya yang pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Taraf Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di Kampar.
Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.
Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.
Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Pengalaman Kerja
Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari.
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus).
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Perunding (M/E) Mecs Engineer.

Jawatan Dalam Parti
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Yang Di Pertua (YDP) PAS Kampar.

Keistimewaan
Selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.
Walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. Malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban

TAG DARI KAWAN

Ni saje je...nak test jawab yang Sis Baity bagi ....




1. Are you single??
Not now....triple dah...




2. Are you happy??
still happy because Allah bagi peluang untuk beribadat lagi




3. Are you bored??
boring ni kerje orang yang takde wawasan




4. Are you fair??
fair ni maknenye adil kan...


5. Are you italian??
oh not..tapi ada beli barang itali


6. Are you intelligent??
Otak Fiqh


7. Are you honest??
Jujur pada tempat


8. Are you nice??
sesetengah sahabat ada sebut...sape?


9. Are you Irish??
ni soalan untuk sapa?


10. Are you Asian?
yes of course




TEN FACTS:

1. Full name?
Mohamad Aswadi Mohamad


2. Nicknames:
Aeman, Ustaz Aeman & Uncle Aeman

3. Birthplace:
Hospital Kuala Terengganu

4. Hair colour:
Hitam

5. Natural hair style:
Ikal bila pendek ada rupa mawi ( kui2)

6. Eye colour
mestinya nama ku (aswad)

7. Birthday:
ingat tak tarikh Tsunami yang melanda pada tahun 2004




8. Mood:
always happy because motivate pagi2 dengan ayat-ayat Allah


9. Favourite colour:
Hijau ( Allah suka )


10. One place you'd like to visit:-
Mekah, segitiga bermuda


SAWTEN THINGS ABOUR YOUR LOVE AND LIFE:

1. Have you ever be in love??
setiap masa untuk isteriku
2. Do you believe in love at first sight??
emmm....tanya zaujah
3. Do you currently have a crush??
whats?
4. Have you ever been hurt emotionally??
tak..biasenye sentiasa pendam
5. Have you ever broken someone's heart??
ada....( dah mintak maaf )
6. Have you ever had your heart broken??
ada jugak
7. Have you ever liked someone but never tell them??
ramai....
8. Are you afraid of commitment??-
berani buat berani tanggung ma..
9. Who was the last person you hugged??-
my baby - Muhd Syamil
10. Who was the last person you said I love you too??-
My Family
TEN THIS OR THAT:
1. Love or lost:
Love lah....
2. Hard liquor or beer:
Sapa yang tanya soalan ni
3. Cats or dogs:
catdog ...( tak mana2)
4. A few best friends or any regular friends:
sama belake
5. Creamy or crunchy:
Icecream & Chocolate Nips RM 2 ( crunchy)
6. Pencil or pen:
black ink pen
7. Wild night out or romantic night in:
musti romantic
8. Money or happiness:
hapiness make more money...( duit bukan segala2nya, tapi segala2nya duit)
9. Night or day:
day make jobs, night make jobless
10. IM or phone:
public phone ( lama dah tak guna)
TEN HAVE YOU EVER:
1. Been caught sneaking out??
-Not
2. Seen a polar bear??
-boleh gak..bila nak ajok
3. Done something you regret??
of course
4. Bungee jumped??
-boleh cuba
5. Eaten the food that fell on the floor??
-Lihat kalau lantai tu tercemar...
6. Finished an entire jaw breaker??
tak payah jawab le...
7. Been caught naked??
- kah...2 masa sekolah ( dirotan tapak kaki coz main bola kertas atas koridor kelas), Hostel ( warden asrama letak stokin busuk kat hidung time tidur masa prep tengahari)
8. Wanted an ex gf/bf back??
Masya Allah....yang penting dapat permision dulu (",)
9. Cried because you lost a pet??
- wonderpet
10. Wanted to disappear??
nak nak gi palestine nak tembak Israel nak rasa jadi pengundi hantu
TEN PREFERENCES IN A PARTNER:
1. Smile or eyes:
- 2 baik
2. Light or dark hair:
dah dapat bukan free hair
3. Hugs or kisses:
- malulah..
4. Shorter or taller:
-taller & shorter
5. Intelligence or attraction:
-ambik semua sekali lah..
6. Topman or Zara:
-tak layan
7. Funny or serious:-
make serious funny
8. Older or younger:
- younger
9. Outgoing or quiet:
outquiet
10. Sweet or bad:
-sweet forever
TEN HAVE YOU(S):
1. Ever performed in front of a large crowd??
-setiap kali program
2. Ever talked on the phone for longer than an hour??
-macam terkena je..
3. Ever tried walking on your hands??
-pernah dalam mimpi
4. Ever been to a rock concert??
-tengok dalam intenet je
5. Ever been on a cheerleading team??
-waduh....tukan sorak main bolasepak boleh terima ke
6.Ever been on a dance team??
-tiap-tiap hari dance jari atas keyboard..takde pekdah nak bentuk team dance
7. Ever been on a sports team??
-emmm...banyak sangat lah
8. Ever been in a drama/play production??
-pernah kat mana ntah..tapi penah lah
9. Ever owned a BMW, Mercedes Benz, Escalade, Hummer or Bentley??
-nak cuba gak
10. Ever been in a rap video??
-boleh tengok kumpulan rap dulu
TEN LASTS:
1. Last phone call u made:
-ofis PTG
2. Last person u hugged:
anak nak hantar ke Taska
3. Last person u hung out with:
-My family pergi Sekayu
4. Last time you worked:
-Ambik Buku di Kilang
5. Last person u talked to:
-Wife pasal keje
6. Last person u IM'd:
-My Bos
7. Last person u texted:
- Sabri pasal Muktamar Pemuda
8. Last person(s) u went to the movies with:
-takde kot
9.Last person/thing u missed:
- my friends at university
10. Last website visited:
-website ni lah...

DESIGNER 1

Ni antara artwork saya ketika mood sedang meningkat. Kiranya kalau nak lagi lawa kena tunggu mood sedang naik.


ni antara hadiah yang saya nak bagi kat wife lepas ni....thanks photoshoplady yang tunjuk ajar tutorial. Tapi kalau nak lagi cantik mcm vector kenapakai illustrator. Ni saya pakai Photoshop version cs aje.
Selamat Hari Lahir isteriku...nanti siap baru bagi hadiah ye..

TAG NARUMI



Mulut kadang-kadang bawa kebaikan untuk kita, kadang-kadang bawa keburukan. Kerana Mulut Badan Binasa.
ps:/ ni gambar just untuk pelajaran sains tadika kat hamba. So nak huraikan panjang pun antum tahu sendiri kan.
Okey Narumi anda telah di'challenge' ( rosak habis BM kesan PPSMI ni)



TEMPAHAN KERETA & HUKUMNYA

Memiliki sebuah kereta untuk kemudahan merupakan impian setiap manusia. Apatah tidaknya bagi seorang lelaki kereta yang paling pickup dan aksesori hebat memang menjadi igauan.

Bagi saya yang hanya memiliki sebuah kereta Proton Iswara 1.3 keluaran tahun 2000 , second hand sudah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan kudrat kereta ini, pelbagai program yang telah dilalui. Dengan kereta ini juga dan keredhaan Illahi membawa kami sekeluarga mencari rezeki Allah. Kini kami dalam proses untuk mencari sebuah kereta yang baru bagi menambahkan kemudahan untuk berjalan jauh.

Di sini juga sempat meneliti blog ustaz zaharudin dalam satu tajuk Proton MPV : Tempahan dan Ulasan Hukum.

Jelas dari berita di atas dan lain-lain berita yang boleh kita temui dari pelbagai web berIta nasional. Tempahan sudah dibuat sedangkan subject matter atau kereta itu masih belum diketahui bentuk sebenar luar dalam, harga tepat dan macam-macam lagi.

Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk dan ciri specific kereta tersebut. Pembelian ini boleh dikategorikan sebagai Istisna' iaitu pembelian sesuatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses perkilangan dan pembuatan.

Beirkut adalah beberapa syarat utama secara ringkas yang mesti dijaga dalam jual beli bentuk tempahan baranagn pembuatan ini :

1) Kemestian menjelaskan sifat-sifat barang yang diingini dengan jelas.

2) Menetapkan tempoh siap pembuatan sama ada panjang atau pendeknya. Kecuali mazhab Hanafi tidak mensyaratkan sebarang tempoh tertentu, kerana itu adalah syarat dalam jualan as-Salam. [1]

3) Sebelum pembuat memulakan kerja, status aqad adalah ghayru lazim ( boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain), namun setelah kerja tamat sebelum diberikan kepada penempah, aqad telah bertukar menjadi lazim (hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak). Adapun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim. [2]

4) Harus penempah (pembeli) mengenakan denda dalam bentuk kewangan ke atas pembuat sekiranya ia gagal menyerahkan barang yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan. [3]
Keperluan mengetahui dengan jelas harga, tempoh serahan dan lain-lainya diadaptasi dari hadis Nabi s.a.w dalam hal jualan as-salam


من أسلف فليسلف في كيل معلوم , أو وزن معلوم إلى أجل معلوم

Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Namun demikian, hukum mungkin berubah dalam beberapa keadaan tempahan, iaitu:-

1- Tempahan tanpa sebarang bayaran. Ia harus atau dibenarkan menurut hukum kerana ia ibarat janji satu pihak untuk memeterai kontrak istisna sahaja.

2- Tempahan dibuat dengan bayaran namun pembeli boleh menarik balik. Iaitu jika harga tepat dikeluarkan, pembeli boleh menarik balik tempahan tanpa denda jika mereka tidak selesa dengan kualiti, bentuk dan harga terakhir kereta itu. Jika tempahan yang dibuat dengan sifat sebegini, ia mungkin boleh menjadi harus akibat kuantiti gharar yang mengecil bagi pihak pembeli, manakala gharar yang berlaku di pihak Proton adalah masih kecil selagi mereka belum memulakan proses pembuatan.

3- Tempahan dibuat tetapi harga kereta diberikan secara range iaitu dari RM 70,000 ke RM 80,000. Ia masih dikira gharar yang besar. Justeru, ia masih jatuh dalam hokum haram kerana bercanggah dengan syarat istisna dan salam yang ditentukan oleh Nabi s.a.w.

Kesimpulan.

Sebaiknya pihak proton tidak terlalu tergesa-gesa untuk membuka tempahan kecuali setelah pelancaran mempamerkan kereta contoh di showroom proton edar dan harga tepat bagi setiap kapasiti enjin. Masalah semakin mendalam apabila gamabr yang disebarkan awam mempamerkan dua bentuk proton. Kita bimbang ada yang menyangka proton MPV dalam bentuk futuristik di atas tetapi apabila dilancarkan, bentuk pertama yang keluar.

Tanpa dipenuhi kedua syarat ini, pengurusan Proton dikira telah dan sedang melakukan penjualan kereta dengan kaedah dan cara yang bercanggah dengan Shariah. Kecualilah jika tempahan adalah dalam dua bentuk yang dijelaskan di atas. Apa yang jelas dari web proton, BOOKING FEE SEBANYAK RM 1000 adalah Non refundable ( tidak boleh dipulangkan kembali) dan dengan jelas juga dimaklumkan di dalam terms & conditions:
Accessories and packages are subject to change without prior notice.

Ertinya : Semua aksesori dan kackage kereta adalah tertakluk kepada perubahan TANPA SEBARANG NOTIS.


Jika inilah keadaannya, anadatentu dapat mengagak apa hukumnya?

ALI RUSTAM DIGANTUNG


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk neraka.” (Hadis riwayat at-Tarmizi)


KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin UMNO semalam memutuskan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bersalah atas tuduhan politik wang dan dilarang serta-merta daripada bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Kata putus itu diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di sini semalam.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, siasatan yang dijalankan mendapati Mohd. Ali melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

"Beliau didapati bersalah dan membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja yang merujuk kepada Fasal 20.9 (c) Perlembagaan UMNO,'' katanya.



















ITULAH TAHI AYAM JAUH KAT KAMPUNG ORANG KUAT BAUNYA TAHI SENDIRI DIDEPAN MATA BUAT-BUAT TAK BAU..BUSUKNYA BAU...

DITAHAN KERANA MENGHINA SULTAN

Suami isteri dituduh hina Sultan
Mar 16, 09 2:00pm

Pasangan suami isteri di Kuala Terengganu menyusul kes penghinaan terhadap Sultan Perak selepas enam orang dari tiga negeri dihadapkan ke mahkamah minggu lepas.


Ahli perniagaan Fuad Ariff Abdul Rashid dan isterinya Fatimah Maisurah Abdullah, seorang peguam, didakwa meninggalkan ulasan yang jelek terhadap Sultan Azlan Shah di satu laman web yang berhubung dengan tapak web rasmi baginda.

Mereka didakwa berbuat demikian di alamat No. 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga pada jam 7.57 pagi dan 8.01 pagi pada 14 Feb lalu.



Setiap kesalahan menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim menetapkan 20 April untuk sebutan dan membenarkan ikat jamin RM6,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-duanya.

Jumaat lepas, dua dihadapkan ke mahkamah Kuala Lumpur, dua lagi di Butterworth, masing-masing seorang di Kota Kinabalu dan Petaling Jaya dihadapkan atas kesalahan serupa.

dipetik dari Malaysiakini.com
UP: carian melalui alamat rumah then

MAI, LAMA TAK UPDATE FP EK? KAK MAI NAK JEMPUT MAI, HUBBY DAN ANAK-2 KE RUMAH KAK MAI PADA 28/6/2008 JAM 12 TENGAHARI UTK MAKAN-2 SKET SEMPENA MAJLIS AQIQAH ANAK KAK MAI-NISRYN AAESHA. MAI KENAL TAK RUMAH KAK MAI? ALAMAT KAK MAI: 1206 KAMPUNG TOK KAYA, 20050 KUALA TERENGGANU. KAT CHABANG 3, SEBERANG BARUH, RUMAH WARNA KUNING DALAM PAGAR.KAT BELAKANG RUMAH ADA GARAJ KERETA DAN SEBELAHNYA ADA TEMPAT BASUH KERETA. KAT DEPAN ADA DERETAN KEDAI TERMASUK KEDAI MAKAN DAN TYRE SILVERSTONE. KALAU TAK KENAL, BLEH CALL KAK MAI: 017-3280404 @ 09-6236875 ATAU TANYA KAK INA.JANGAN TAK DATANG TAU.
Mon 23-Jun-2008 05:42Posted by:mai-mama nureen&nisryn -
[Link]
asal posting ada gambar..tapi kena minta permision tuan punya badan dulu kot...

STRATEGI - ADIK MADIHAH 19A1 1A2






Adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal


Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan


KEPUTUSAN SPM 2008 : 19A1 & 1A2

1- Pengurusan sistem belajar
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.


2- Tidak mengeluh dengan kemiskinan
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.


3- Bertawakal dengan Allah
Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.


4- Amalan sunat tidak ditinggalkan
sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.


5- Berani berubah tanpa takut dengan risiko
"Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A"




DI ATAS NAMA UKHUWAH

...emmmmm

Lamanya tak menulis, asyik dikejar dengan program berturutan. Semalam baru aje abis satu program company Khemah Ibadat. hujung minggu ni ada program rehlah Kelab Fasi pulak. Semoga Allah kekalkan & berkati lagi kesihatan dan kelapangan masa yang ada.

Menyebut berkenaan ukhwah, Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)



Hujung minggu ni, merupakan hari untuk Allah eratkan hubungan yang terjalin lama. Kerana dulu perjuangan kita bukan kerana harta & kekayaan. Tapi kerana hebatnya katan ukhuwah sesama kita dalam mehnah kita terikat begini. Kini kita diuji lagi. Moga setiap perjalanan yang dilalui dalam kehidupan ini dapat kita temPuhi dengan baik.

Kepada sahabat-sahabat sekelian, gunakanlah kesempatan masa yang ada untuk kita bertemu bagi mengeratkan hati-hati ini dia atas nama Ilahhi.

Kepada yang lainnya, semoga ukhwah ini kekal selamanya. Ukhwah itu indah disulami cintaNya... Moga semua beroleh CINTA itu..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.