HERO BUKIT GANTANG

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu, Sesunguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (An Nisaa:58)”

itulah antara ayat bacaan yang dibaca oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang sebelum mengumumumkan siapa calon PAS untuk Bukit Gantang.


" Mengundi adalah satu amanah untuk memilih pemimpin, mengundi dalam negara demokrasi ialah untuk memberi peluang pada rakyat untuk memilih poemimpinnya."


"sekiranya rakyat bukit gantang memberi kepercayaa kepada PAS , yang menunjukkan wakil rakyat yang istiqamah konsisiten dalam memperjuangakan rakyat"


"Pilihanraya ini memberi mesej kepada masyarakat majmuk untuk memilih Pakatan rakyat"


"Bagi menunaikan amanah & tanggungjawab yang dibebankan oleh rakyat kepada kita dengan ini saya mengumunmkan dan mengisytiharkan calon PAs yang mewakilirakyat di dalam P059 YB Nizar Jamaludiin.



Biodata Calon PAS P059Nama : Ir. Muhammad Nizar Bin Jamaluddin

Umur : 52 Tahun

Tarikh Lahir : 17 Mac 1957

Tempat Lahir : Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak
KeluargaIsteri : Fatimah Binti Taat

Anak : 8 Orang - Anaknya yang pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut’ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut’ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Taraf Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di Kampar.
Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.
Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.
Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Pengalaman Kerja
Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari.
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus).
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Perunding (M/E) Mecs Engineer.

Jawatan Dalam Parti
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Yang Di Pertua (YDP) PAS Kampar.

Keistimewaan
Selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.
Walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. Malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban

0 komen:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.