Manhaj Nabi SAW fi Ad Dakwah


Oleh : abufFateh

Kupasan atau olahan daripada kitab ‘min Khilali as-Sirah as-Sohihah’ – Manhaj Nabi saw dalam Dakwah Berpandukan Sirah yang Benar, tulisan Ustaz Dr. Muhammad Amakhzun

Dalam menyampaikan dakwah perlu di sedari bahawa terdapat 2 aspek yang menuntut faham para pendokong harakah islamiyyah, manhaj dan uslub.

Manhaj para nabi as dalam menyampaikan dakwah merupakan perkara yang bersifat taufiqi yang mana ianya merupakan perkara yang tidak boleh dikompromikan. Justeru manhaj merupakan asas yang tidak dibuka padanya pintu ijtihad.

Manhaj para anbiya dalam menyampaikan dakwah adalah tetap dan tidak berubah hingga qiamat menjengah, sebagai contohnya seperti kemestian menerapkan aqidah pada permulaan dakwah, menanggalkan daki syirik yang pelbagai, berlepas diri daripada musuh agama dan sebagainya. Semua ‘isi’ dakwah ini merupakan perkara yang tetap dan tidak menerima sebarang pindaan. Ianya merupakan perkara yang mesti! Tuntas para daie mestilah tegas lagi teguh dalam pelaksanaan tuntut ini.

Manakala uslub dakwah merupakan perkara yang bersifat ijtihadiyyah dan boleh berubah mengikut kesesuaian masa, tempat dan skop madue’. Uslub atau wasilah merupakan cara bagaimana dakwah mampu disampaikan kepada sasarannya. Contoh mudahnya tv, radio dan internet sebagai agen penyampai maklumat, mendirikan sekolah, pepustakaan, yayasan kebajikan, NGO dan sebagainya sebagai pemangkin wasliah. Usrah, tamrin, mukhayyam, khatibah, kuliah umum dan variasi dalam dakwah fardiyyah juga antara cara bagaimana dakwah mampu tersalur.

Keperluan kepada pemilihan wasilah ini bergantung kepada skop madue’, adat masyarakat, masa, keadaan dan sebagainya. Perkataan lainnya ialah fahami waqie’ (keadaan). Perkara ijtihdiyyah ini bukanlah sebab untuk para daie’ dalam harakah islamiyyah bercakaran sesama sendiri. Tuntasnya, jemaah yang unggul mampu menyediakan penggerak dawkah yang mampu membaca waqie’, bukannya statik dan kaku dalam penyebaran Islam. Wasilah perlu kepada perancangan strategik yang teratur bagi menjamin keberhasilannya.

Kecelaruan dalam memahami antara manhaj dan uslub ini akhirnya melahirkan banyak penyelewangan dalam gerakah Islam. Percakaran antara jemaah yang merugikan pelbagai pihak malah melambatkan kemenangan Islam antara impak yang terpaksa ditanggung ummah.

Kecelaruan ini juga melahirkan jemaah yang hanya mementingkan aspek-aspek tertentu dalam dakwah dan mengetepikan aspek yang lain. Ada jemaah yang mengutamakan tarbiah semata-mata tanpa menghiraukan politik, ada juga yang memperjuangkan politik tanpa tarbiyyah diambil peduli, ada yang mengutamakan kebajikan tanpa menitik beratkan skop ‘isi’ islam yang lainnya.

Islam merupakan sistem lengkap dalam mentadbir kehidupan manusia, bermula daripada tarbiyyah pembentukan diri, keluarga dan masyarakat sehinggalah pembinaan negara yang adil berasaskan hukum Allah Ta’ala. Syumulnya Islam hinggakan tidak ada sedikir pun elemen kehidupan manusai tidak disentuh.

Pengkajian dan pemahaman sirah Rasulullah saw dalam kehidupan para daie’ merupakan ilmu penting untuk memastikan dakwah mencapai hadfnya dan tiada penyelewangan yang berlaku sepanjang jalan dakwah ditempuhi.


0 komen:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.