Pasukan khas pantau kampus UUM
Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.bakar@kosmo.com.my
AHLI pasukan pemantau (dari kiri) Yau Vi Vien, Putri Amira Shahnaz dan Ku Nor Zawani menunjukkan bekas makanan 'Eco Pack' dari sisa kelapa sawit di UUM semalam.
SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) menubuhkan pasukan khas pemantau kebersihan kampus dan kafetaria sebagai tindakan susulan membebaskan persekitaran mereka daripada penggunaan polisterina dan beg plastik.
Skuad itu akan ditempatkan di setiap kafeteria dewan penginapan pelajar (DPP) dan kolej akademik sebagai pemerhati dan pemberi maklumat kepada pihak universiti terhadap pengusaha kafeteria yang melanggar peraturan.
Pengarah Jabatan Canselori UUM, Mohd. Zaini Nasri memberitahu, seramai 14 pelajar dilantik oleh universiti sebagai pemantau dan diberikan kad kuasa.
"Kumpulan itu akan ditambah sehingga menjadi 60 ahli.
"Mereka ini akan diberikan kuasa untuk menegur dan mengambil gambar pengusaha kafeteria dan pelajar yang melanggar peraturan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak universiti," kata Mohd. Zaini pada pelancaran Kempen Eco-Friendly di sini semalam.
ini sudah bagus, zaman saya dulu macam-macam sampah jika lihat dalam tasik Guthrie tu, hingga nak pancing ikan (amalan senior) pun tak lalu. Moga bukan setakat cantik tukang pemantau je....
0 komen:
Post a Comment