PEMERGIANMU DITANGISI

Al-Fatihah

Lebanese cleric Fathi Yakan died, Islamic Action Front sayssources : http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=43301

Islamic Action Front leader Fathi Yakan died after he was hospitalized in
serious condition on Friday night, Lebanese media reported. Islamic Action Front
leader Fathi Yakan, an ifluenced cleric, died after he was hospitalized in
serious condition on Friday night, Lebanese media reported.Islamic Action Front
, who denied the reports earlier, confirmed on Saturday that its leader Yakan
had died, Naharnet news agency said.Voice of Lebanon radio said erlier that
Yakan died at Hotel Dieu Hospital where he was hospitalized the night
before.Also, media reports said that Yakan died.Sheikh Fathi Yakan, an Islamic
cleric, was born in 1933 in Tripoli. He held a seat in the parliament of Lebanon
in 1992.He became involved in Islamic work in Lebanon in the mid 1950s and was a
pioneer in the establishment of the Islamic Movement.
Yakan's body will be
moved to Tripoli on Sunday morning. The time and place of the funeral will be
announced at a later time, the statement added.

JIWA DAIE OTAK FIQH

albanna.jpg

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”

Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.

Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i.

Ketika seorang Arab badwi masuk ke masjid dan kencing ke dinding masjid, Baginda SAW menegah sahabat daripada bertindak ke atas Badwi itu. Dia datang dengan kesilapan adab, tetapi dengan niat mahu mempelajari Islam. Utamakan niat tersebut, dan teladan Nabawi ini saya simpulkan ia di bawah suatu sikap positif berbunyi, “Seek First to Understand, Then to be Understood“.

Kita perlu belajar untuk memahami mad’u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa.

Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da’i tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR.

Perbezaan pandangan tentang keutamaan di antara 8 atau 20 rakaat solat Sunat Tarawih itu sudah lama, seusia dengan umur umat ini. Namun ia tidak pernah menjadi racun yang membunuh kesatuan umat, sehinggalah persoalan hukum dikelabukan oleh permasalah yang lebih besar.

Masalah sikap.

Masalah akhlaq.

Hal seperti itu bukanlah masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka bosan dengan pendekatan para agamawan yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan ‘hukumnya ialah…”

DA’I HARUS LEBIH TINGGI UPAYA MEMAHAMI

Seorang Da’i yang berjiwa Da’i akan belajar untuk memahami mad’u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad’unya memahami dakwah yang dia bawa.

Mari kita semua bermenung di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan ‘usrah’ kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dialog saya bersamanya bermula dengan soalan yang sangat tidak dijangka. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us bald. I don’t want to wear scarf.

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tidak boleh bela anjing di rumah dan beberapa soalan lain, yang asalnya tidak terjangkau oleh fikiran saya ia akan ditanya oleh seorang Muslim.

Seandainya saya mengambil pendekatan ‘seorang ustaz’, mungkin saya akan leterkan beliau ayat-ayat al-Quran dan Hadith berkaitan kewajipan bertudung dengan panjang lebar dan penuh nota kaki. Akhirnya saya sahaja yang syok sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Gadis tersebut mungkin menguap dan menutup telinganya sambil menanti saya mengangkat punggung dan beredar.

Saya tidak punya pengalaman untuk mengendalikan keadaan seperti itu. Bekalan yang ada hanya sebuah sikap yang saya yakin penting. Tekan butang pause, bertenang, dan cuba untuk melihat apa yang tidak diperlihatkan. Persoalan sebenar berbanding persoalan yang ditanya. Apakah benar, tudung, solat dan bela anjing itu masalah sebenarnya, atau ada masalah lain yang lebih kritikal di sebalik semua itu.

“Saya tidak rasa itu patut jadi persoalan awalan kita. Mungkin elok kita bincang persoalan yang lebih perlu diselesaikan. Sesuatu yang lebih pokok,” saya memberanikan diri mencadang.

“Oh begitu. Baik, apa persoalan utama ustaz?” tanya gadis tadi.

“Apa tujuan hidup awak? Apa yang awak nak capai dalam hidup ini?” saya menyoal.

“Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?”, tanyanya lagi.

“Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?” saya menguji.

Silly game.. mengarut!” ujarnya sambil tersengih.

Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Betul tak?” saya menyoalnya.

Dia menggangguk.

“Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, adalah cara mudah untuk gagal dalam hidup. Awak setuju?” saya meneruskan perbualan.

“Ya, saya boleh bersetuju.” jawabnya.

“Jadi, apa tujuan hidup awak?” saya menyoal.

“Saya nak berjaya dalam kerjaya, ada firm sendiri dan dengan pendapatan jutaan Pound setahun!” katanya dengan yakin.

“Awak belum dapat berjuta Pound setahun. Ada orang dapat berjuta Pound sehari, tak bahagia pun. Tu si Donald Trumph, kaya raya. Tetapi dia tidak bahagia, ‘diceraikan’ oleh isterinya. Saya tidak rasa berjuta Pound itu tujuan hidup awak atau sesiapa” saya mengulas sedikit. Cuba melontar provokasi.

“Hmm…,” dia mengeluh. Sepi tanpa jawapan…

“Habis, apa tujuan hidup ustaz?” gadis itu bertanya kepada saya.

“Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tidak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama…” cakap saya terputus.

“Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?“, gadis tersebut memintas saya dengan soalannya.

“DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu. Surah al-Dzariyat ayat 56″ saya menjawab.

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:

“Seandainya saudari boleh menerima hakikat yang saudari perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Jika saudari boleh bersetuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Analoginya jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, dan itu haknya kerana dia ketua pemerintah negara. Maka apatah lagi untuk menghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tidak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat. Jangan salahkan Islam atas apa yang orang Melayu buat!” saya mengakhiri penerangan terhadap semua persoalan yang tertangguh.

PERCUBAAN

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami.

Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad’u saya dengan konsep Jiwa Da’i Otak Faqih dan tidak sebaliknya.

Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sinis, “inilah perangai bebudak sekarang!”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
23 Jun 2006

MAMPUKAH REAL MADRID JADI JUARA EROPAH TAHUN DEPAN?




PERPINDAHAN KAKA KE REAL MADRID


Kaka menjadi permain ke 2 termahal selepas Zinedine Zidane di Real Madrid. Milan mengatakan bahawa kerana duit tiada untuk menampung gaji dan perbelanjaan kelab oleh itu mereka menjual ' Pemain Kesayangan' mereka.

Hebatlah Real Madrid, banyak sangat duit diorang kot..tak terkesan oleh kelembapan ekonomi dunia ke? Teringat dulu dengan himpunan pemain terbaik dunia David Beckham, Ronaldo, Raul, Figo dan others player tapi nak juarai liga pun payah, kerana masing-masing nak tunjuk skill peribadi tiada kesatuan fikrah & jamaie.

Kadang-kadang nak himpunkan semua pemain terbaik dunia memerlukan kepakaran analisis & pakar strategis mengatur kemampuan masing-masing. Orang paling layak memegang jawatan jurulatih Real Madrid ialah Arsene Wenger dia merupakan pakar mengembangkan bakat seseorang itu menjadi terbaik.

STADIUM OH STADIUM

Tiap-tiap petang, kiranya setiap hari pulang dari tempat kerja saya akan melalui dan melihat permandangan stadium Sultan Mizan yang berdiri gah di bumi Gong Badak. Dalam hati ini sering kali tertanya-tanya bila lagikah dapat masuk dan melihat permadangan dalaman stadium, walaupun tak sampai 5 minit untuk menjenguk dari kediaman.

Tiba-tiba, ketika bekursus di Hotel Grand Continental semalam, dapat mesej dari isteri bahawa stadium baru gong badak runtuh. Terkezut, dalam hati ingin melihat sendiri bagaimana keruntuhan itu berlaku.

Apabila sudah habis program dan melalui jalan di sbelah stadium untuk melihat kemusnahan tersebut, alangkah terkejutnya dengan keruntuhan yang berlaku.










RUJUK DISINI



WALAUPUN PELBAGAI ANDAIAN YANG DIBERIKAN, INI TIDAK BERMAKNA SETIAP PROJEK YANG DIJALANKAN BEGITU MUDAH ROSAK DAN MUSNAH.

SEBELUM INI BERLAKU KES RUNTUHAN BERLAKU, SEKOLAH MENENGAH WAKAF TAPAI, MARANG


BAYANGKAN KETIKA ITU DIADAKAN PERMAINAN ATAU SESUATU PERLAWANAN, BERAPA BANYAK KEMALANGAN JIWA BERLAKU YANG AKAN DITANGGUNG OLEH RAKYAT.

SEMOGA PANEL SIASATAN BEBAS MENYIASAT DENGAN TELUS DAN SAKSAMA. JANGAN BIAR SEMUA PROJEK DI TERENGGANU IBARAT TELUR DI HUJUNG TANDUK,

CERITERA TERKINI



PILIHANRAYA




Penanti, hari ni semau orang yang duk kat Penanti akan keluar mengundi, walaupun BN boikot kali ni. namun tanggungjawab tetap kena laksanakan.




Dalam duk melihat perkembangan pilihanraya ni, duk terpikiaq jugak semalam pengundi pos mengundi dalam 20 orang. Sapa yang diorang pilih ye? samada calon Bebas atau PKR. Tapi tak syok la...BN tak melawan.




Dalam lebih kurang 1bulan lagi, pilihanraya Manek Urai di Kelantan akan berlaku iaitu pada 14 Julai 2009. Yang ini UMNO katanya akan berhempas pulas. Sebab ore Kelate ni kuat melawan. Tengok bila lawan bola Kelate main je...penuh semangat The Red Warrior (kawe tahu kwe bini ore kelate).




MUKTAMAR PAS




Pemilihan akan berlaku pada kali ini bagi tempoh 2009-2011, Tuan Guru Presiden menang doh. Kira kami rakyat ganu berbangga lagi dengan kemenangan Ketua Dewan Ulama & Presiden kali ni.




Kerusi Timbalan Pengerusi Tetap, ambe sokong Cg Husin dari terengganu. Kepetahan berbicara dan kedinamikan berucap dalam mana-mana program menjanjikan dia pembantu pengerusi tetap dalam sidang muktamar.




Kerusi Timbalan Presiden menjadi rebutan 3 penjuru, penyandang Ustaz Nasa dengan 2 mantan Niab Pres Husam & Mat Sabu. Kalu ikut perkiraan Ustz Nasa mendahului melalui percalonan kawasan. Yang ini ambe turut mencadangkan Ustaz Nasa yang merupakan penyandang. Ustz Nasa walaupun nampak low profile merupakan gandingan yang baik dalam mendokong Ulama' dalam kepimpinan PAS. Ustaz Nasa jugak merupakan anak didik Almarhum ustaz Fadzil Nor.




Kerusi Naib Presiden pula menjadi rebutan 5 orang, semua penyandnag tidak mempertahankan kerusi masing-masing. 2 bekas Ketua Pemuda yang dikategorikan profesional , dan 3 yang dikategorikan Ulama' menawarkan diri. Ni pilihan hambe ialah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan pesuruhjaya PAS Pahang. First time bersama beliau ialah di Kuantan. Penuh syahdu ketika itu berucap dan menceritakan pengalaman beliau di'tamrin'kan.




Yang kedua pula ialah pilihan ambe Ustaz Nik Amar, bakal Menteri Besar Kelantan yang berperawakan ulama profesional. dan yang ketiga ialah ambe pilih Salahudin Ayub yang akan menuuti jejak Bekas Ketua Pemuda UMNO bertannding Kerusi Naib presiden Hishamudin.




semoga mereka akan bertanding kerana Allah. Teringat satu ucapan Ustaz Tuan Ibrahim dalam ceramahnya menceritakan' pada satu program semua ADUN-ADUN PAS termasuk AHLI PARLIMEN pada tahun 2001 dulu. Almarhum Ustaz Fadzil Nor menegaskan bahawa jangan kita berasa besar walaupun kita ada 2 Menteri Besar.




H1N1


kini penyakit ini semakin meruncing, inikah bala Allah untuk seluruh umatnya yang tidak mengendahkan laranganNya.




Ada orang buat gurauan dengan nama H1N1 iaitu Hishamudin 1, Najib 1. Tapi bagi ambe H1N1: Hadi 1 dan Najib 1, Hadi 1 Ummah, Najib 1 Malaysia. Hadi 1 Ummah iaitu PAS for All, semua orang akan mengikut dan menyokong tak kira lain agama, lain bangsa akan terus memberi sumbangan kepada Parti Islam Terbesar di Malaysia.




Najib 1 Malaysia hanyalah untuk kuatkan Barisan Nasional yang hilang pengaruh penyokongnya.




begitulah adat dunia. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. An Nisa1

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN



"Terimalah ana seadanya, ana ni bukan ada apa-apa pun, just nak bagitau ana ni kuat main games." Kataku dalam satu majlis Taaruf .


"ana tak kisah, ana harap ustaz mampu menjaga hubungan sepanjang kita berkenalan dan kita tidak tergolong di kalangan orang -orang yang timbulkan fitnah". Tegas di berprinsip.


" Satu lagi, ana terima taqdim ni dengan 3 syarat, ( biarkan rahsia).....


19 MEI 2006


Gembira bukan kepalang di dalam hati, betapa terharunya tatkala seusai menyebut " AKU TERIMA AKAN NIKAHNYA ......" mengalir air mata bersyukur betapa Allah mudahkan urusan kami hari Jumaat tersebut. Semua sahabat-sahabat yang hadir pada hari tersebut turut mengucapkan tahniah.


Dibawa bertemu dengan si Dia, berasa gugup di jantung bergegar. Menyarung cincin di jari yang berinai meruntun jiwa. Alangkah bahagia pasangan yang belum bercinta bertemu hanya di hari perkahwinan juga.


19 MEI 2009


itu cerita 3 tahun yang lalu, kini cerita sudah berbeza namun perasaan masih seperti baru berkahwin semalam. Dihadiri dengan Muhammad Syamil tercinta yang kini sangat menyukai menghisap jari kakinya.


dihadiahi dengan buku tokoh pujaan hati, moga menjadi seperti dirinya. Insya Allah akan dipermudahkan urusan segalanya.


Thanks buat Dr Ummi, kerana menghadiahi kami dengan buku menjadi pengantin baru setiap hari.





kini kita mampu berlari bersama-sama dalam meniti arus kehidupan untuk dipertemukan di Syurga sana.



SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN SAYANG. Meminjam kata dari buku Bidadari Dari Timur

Bidadari Dari Timur…

Seandainya direntasi laut segara,

Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,

Seandainya gunung dijadikan pasak,

Belum tentu seteguh setiamu,

Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,

Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

JUARA TETAP JUARA




Semalam 3 peristiwa berlaku serentak, Badminton Piala Sudirman ( ambe tengok tapi pasukan China still favourite) , Final Akademi Fantasia ( tertekan punat button 104), dan Live MU vs Arsenal.

KEJUARAAN KE 11, MU tetap gah walaupun seri dengan Arsenal semalam. Takpelah kekandaku Nik Abduh yang menyokong Liverpool, cuba lain kali ye...

antara interview dengan captain MU, Ryan Giggs

Most 35-year-olds still have decades of their working lives ahead of them, but footballers of that age are firmly placed in the ‘veteran’ bracket. Is it frustrating to think some people regard you as ‘old’?

Not really. I’ve been in the team since I was 17 and I think I first read about myself as a ‘veteran’ when I was about 28! I’m used to it now, though it’s hard to understand it sometimes because I feel young and I’m surrounded by young players. It’s a bit weird to be the old man in the team, but I just don’t see myself like that. I certainly don’t feel 35… except the day after a hard game. Then I definitely feel old!

walaupun dah tua, tapi semangat masih muda. Usaha terus berusaha. Cayalah satu lagi misi kita menawan LIGA JUARA lawan Barcelona.



KEMENANGAN KE 2 HJ NIZAR


Strategi Sabar & Terus Berusaha

Kemenangan bukan datang bergolek, bahgakan dipukul, dihambat keluar dewan, dihambur kata-kata kesat , dikurung di dalam stor.

Itulah kemanisan kemenangan, namun jangan mudah terleka. Musuh banyak cara helahnya. Cuma berharap kita terus memandu umat dengan penuh bijaksana.

TERKINI

Selasa [12 May 2009] 12:01AM
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah bersetuju untuk menerima menghadap Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. The Malaysian Insider melaporkan Mohammad Nizar akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi Selasa bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus memberi laluan kepada pilihanraya kecil negeri diadakan.

SEMOGA ALLAH BALAS USAHA MEREKA YANG BAIK DAN BURUK.

SELAMAT HARI-HARI UMMI



3 Istilah berbeza namun definisi yang sama. Sorang ana panggil Mama, sorang ana panggil Umi, dan sorang lagi ana panggil Mek.


MAMA


Nama sebenar Puan Rohani Muda , berumur sekarang kat 38 tahun. mempunyai 7 orang anak , 4 Hero, 3 Heroin. Bekerjaya sebagai pembantu kepada ayahanda di Kedai Cermin Marang. Mempunyai kepakaran masakan Ikan Masak Tomato kegemaran ana.


Mama dirimu cukup bermakna dalam diriku ini, saat ketika ku bersedih kau menghampiriku memujukku, pernah diriku mengabaimu namun itu tidak pernah menjadi simpanan di dalam hatimu. Oh Mama.....ku ingati jasamu sampai bila-bila. Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku.


Seamat Hari Mama


UMI


Gelaran diberikan kepada ibu Muhd Syamil Aiman. Berkenalan di UUM selama 3 tahun (lamanya bercinta ), kemudian mengikat tali pernikahan pada 2006. Sepanjang 2 tahun bersama barulah dikurniakan anak. Mendidik mengasuh dan paling tersiksa ketika saat melihat dirimu melahirkan permata hati di hadapan mata, betapa linangan airmata mengalir kegembiraan menyambut teriakan sang putera kecil ketika itu.


Kini putera kecil sudah menjangkau 5 bulan, betapa keletahnya dia ketika ini seolah-olah mewarisi sifat dadynya. Bersedialah wahai umi untuk merasai kehebatan kenakalan perangai anakandamu itu hasil tarbiah dari ayahandanya.


Selamat hari Umi.


MEK


panggilan untuk ibu mertuaku, yang menjaga isteriku yang paling bongsu di dalam keluarga, betapa naluri keibuanmu terserlah dalam keperibadian dirimu mek. Mendidik keluarga dalam kesusahan hinggakan anak membesar di hadapan mata dalam keadaan bahagia dan mesra.


Mek TQ very much, kerana membenarkan anakandamu dicuri oleh diriku untuk menjadi sebahagian dalam diriku. Walaupun dirimu menangis kerana terpaksa berpisah namun ku berjanji agar dapat mendidik anakandamu dalam meniti kehidupan dengan penuh ketaqwaan.


Selama Hari Mek

Kekandaku Nik Abduh


Salam Kuala Terengganu....


Gempar, Terasa hati, terkilan, dan pelabagai lagi perasaan yang kunjung tiba bagi mereka yang sudah membaca tulisan kekanda di dalam blog.


Hebat juga penangan anak Tok Guru ni, dengan bahasa kiasan dan lenggok tari ayat membuatkan siapa yang terasa semakin panas membara. Di Terengganu maybe isu ini kian dibincangkan setelah keluar di dalam artikel muka surat depan Utusan Malaysia. Kalau tak keluar rasanya takkan pakcik kat kedai kopi Joyah tu boleh tau.


Isu timbul pabila kekanda geram dengan gelagat 'Pembantu Ayahnadanya' membiarkan kedua-dua Tok Guru belaga angin berkaitan Kerajaan Perpaduan atau 'Unity Goverment'. Ramai orang yang membantah tulisan Kekanda ini, dan tak kurang juga yang menyokong sehinggakan ada yang memakai nama ' Nik Abduh Fan'


Mohon Sembah Derhaka, kekandaku Nik Abduh. Bagi saya masalah dan isu ini timbul dengan parah sekali. Ramai di kalangan orang-orang muda kini keliru dan kacau bilau apabila diajukan dengan isu yang berlaku sekarang. Apa taknya ada di kalangan sahabat-sahabat mencemuh keperibadian Nik Abduh dan sehinggakan ada yang mahu melondehkan ' peristiwa' yang berkaitan dengan kekanda.


Adinda menghormati ulamak yang ada di dalam PAS, adinda sering ikuti kuliah dan pengtarbiyahan dibuat oleh mereka. Kekadang adinda sedih pabila ada orang menghina ayahanda dan kawan-kawan beliau. Tapi adinda teringat satu ucapan ayahanda Allayarham Tuan Guru Hj Fadzil Nor yang terakhir di Muktamar PAS



Ulama mesti memimpin masyarakat agar dapat keluar daripada kemelut kehidupan ini, dengan keyakinan bahawa setiap apa yang kita lakukan adalah benar dan mendapat keredhaan Allah SWT.



bantulah kami dalam menghadapi situasi ini, agar kami dapat berlapang dada terhadap pimpinan kami, kepada Allah jualah yang mampu mengetahui bahawa hati-hati kami sedang diulit keresahan ketika ini.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.