BERHIJRAHLAH KE ARAH KEBAIKAN


“Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara: Cintakan Allah, 
Cintakan Rasulullah s.a.w. dan Cinta Membaca Al-Quran”. Rasulullah SAW

Dalam mengejar kemewahan hidup, jangan lupa kepada kebahagiaan. Renungkanlah wajah-wajah bersih ini jangan biarkan mereka hanyut dan leka, ayuh wahai daie dan petugas agama sekelian capai mereka lekas kejar mereka sebelum kalian akan lihat generasi yang semakin menduga kita. 

Pada 29 April lepas, saya telah dijemput Ustaz Sidiq, guru JQAF di SK Beladau Kolam untuk melaksanakan aktiviti LDK bagi program jatidiri 20 orang pelajar yang 'terpilih'. Seronok dan memang   memerlukan tahap kawalan tinggi tatkala mengawal sebilangan kecil mereka dalam kumpulan ( bagaimana kalau guru mengawal 30 satu kelas setiap hari).   

 Ujian dalam kehidupan belum lagi mereka tempuhi, namun pelbagai dugaan sudah dilalui. Ada yang malu mengaku ayahnya bekerja sebagai Penjual Ikan, ada yang kematian ibu, ada yang hanya tinggal dengan datuk mereka. Malahan usia sebesar mereka terlalu mentah didedahlan dengan pelbagai ganguan sosial seperti sudah pandai mencuri, menghisap rokok, malahan ada yang melakukan aktiviti ******.

Aduh adakah dunia ini sudah ketinggalan zaman dengan kejadian sedemikian rupa. Maka kami mengambil penekanan dalam aktiviti tersebut biarkan mereka mengenal Allah, bersyukur atas nikmat yang diberikan kemudian bagaimana untuk menjadi anak yang soleh.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Ustaz Sidiq walaupun masa yang singkat tapi memori bersama kalian akan diabadikan untuk tatapan generasi akan datang. Kepada adindaku moga kalian berhijrah kearah kebaikan demi untuk diri, keluarga dan Islam. 

RUNTUH LAGI....




PENTINGNYA MENEROKA MINDA






SUATU hari, ketika berada di dalam tren di kota London, Tony Buzan terdengar perbualan seorang kanak-kanak perempuan dengan ibunya. Tren yang dinaiki pada pagi itu bergerak pada kadar kelajuan luar biasa.

"Jadi, saya rasa si ibu tadi tidak patut menyerang anaknya. Sebaik-baiknya, si anak harus digalakkan meluahkan khayalan itu dan lakarkan sebuah peta minda mengenainya," katanya kepada ratusan audiens pada ceramah di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands baru-baru ini.

Memiliki lebih tiga dekad pengalaman dalam mengkaji potensi dan fungsi otak, Buzan mendapati otak sebenarnya bersifat sinergetik. Maksudnya, kedua-dua belah otak perlu bekerjasama bagi memperoleh keberkesanan maksimum. Percaya bahawa potensi setiap orang untuk mahir dan maju dalam semua bidang, segala-galanya berkemungkinan jika seseorang mengikut formula yang betul.

Malangnya, manusia telah menggunakan pendekatan yang salah dengan mengehadkan daya imaginasi dan keupayaan mereka untuk mengaitkan banyak perkara.

Lelaki berusia 68 tahun itu juga pernah berkata: "Semakin penyayang, baik hati, terpelajar ataupun berwawasan seseorang itu, semakin cepat dia 'jatuh' jika mengikut formula yang salah."





Pemikiran linear

Kata-kata beliau itu bukan tidak berasas. Sambil menyifatkan sistem pendidikan di kebanyakan negara telah mengunakan formula yang salah, beliau sendiri mengakui situasi sama turut melanda negara kelahirannya, Britain.

"Hampir 80 peratus daripada warga Britain telah menggunakan formula yang salah khasnya golongan kanak-kanak.


CONTOH Peta Minda yang dipraktiskan oleh individu ilham Tony Buzan.

"Malangnya, sistem pendidikan yang diikuti oleh kebanyakan orang telah membentuk pemikiran manusia yang lebih linear dan bukannya kreatif ataupun inovatif. Pemikiran linear itu hanya membolehkan manusia berfikir tentang satu siri perkara tunggal dalam satu arah," katanya sambil memberitahu satu-satunya jalan penyelesaian sekarang adalah beralih kepada pendekatan yang lebih efektif.

Pernah sekali, Buzan menyaksikan sekitar 50,000 orang kanak-kanak yang menonton konsert The Beatles mampu mendendangkan lagu-lagu tersebut walaupun selepas konsert itu tamat.

Kejadian itu nyata cukup terkesan di dalam mindanya. Sebabnya, beliau yakin pendedahan dan pembelajaran menyeronokkan seperti konsert itu sebenarnya mampu mempertingkatkan memori seseorang kanak-kanak.

Populariti Buzan mula meletup sekitar 1970-an selepas beliau memperkenalkan teknik Peta Minda menerusi buku pertamanya, Use Your Head. Hakikatnya, Peta Minda lahir daripada pengalaman peribadinya.

Cara otak berfungsi

Sewaktu berada di universiti pada lingkungan usia 20-an, Buzan mendapati tahap pembelajaran dan memorinya bertambah teruk biarpun lambakan nota yang diperlukan telah disalin.

Namun, klimaks pencarian jawapan untuk masalahnya itu berlaku apabila beliau cuba mendapatkan bahan bacaan mengenai fungsi otak di perpustakaan. Sayang sekali, bahan-bahan yang dicari itu tiada dan Buzan sebaliknya diarahkan ke bahagian psikologi oleh pustakawan.

Sedar akan ketiadaan bahan bacaan seperti itu dan gagal mengenal pasti punca kepada masalahnya, dia mula mengkaji cara otak berfungsi. Pada ketika itulah baru beliau nampak satu masalah besar pada nota-nota tersebut.

"Nota-nota saya nampak tidak berwarna-warni dan bosan! Patutlah saya tidak ingat!" ceritanya kepada Kosmo! sambil mengakui beliau memasang impian untuk menjadi orang yang bijak.

Malah, satu statistik ringkas juga pernah mendedahkan manusia melupakan 80 peratus daripada maklumat terperinci bahan yang dipelajari dalam tempoh 24 jam.

Buzan kemudiannya bereksperimen dengan ringkasan dan memadatkan nota-nota ke dalam kata kunci utama serta konsep. Ringkasan bergelar Peta Minda yang pada asalnya direka untuk membantu memperbaiki tahap memori diri itu kini menjadi antara peralatan paling popular dalam kalangan golongan pendidik.

Teknik pembelajaran Peta Minda membolehkan kita melihat imej dan jalinan-jalinan pengetahuan secara serentak. Rangkaian imej dan jalinan kaitan di antaranya sekali gus memudahkan pembaca mengingati sejumlah maklumat dalam masa yang singkat.



Nota Peta Minda

Peta Minda lazimnya bermula dengan satu imej di tengah-tengah kertas sama ada menggunakan lakaran tangan mahupun perisian komputer. Daripada imej tengah atau konsep pusat, ia memancar keluar seakan-akan cabang-cabang pokok ataupun urat-urat darah yang mengalir dari jantung. Cabang-cabang atau urat-urat itu melambangkan apa yang terkandung di dalam fikiran anda.

"Saya dapati daya ingatan bertambah baik apabila pelbagai warna dan imej digunakan untuk mencatatkan nota pada Peta Minda," tambahnya.


KONSEP, warna dan imej dapat membantu meningkatkan keupayaan fungsi otak. - Gambar hiasan

Tidak hanya terhad kepada satu-satu subjek pembelajaran, Peta Minda sesuai diaplikasikan dalam apa juga bidang, baik untuk matematik, geografi, sejarah mahupun bagi tujuan menilai sesuatu situasi dan masalah.

Selain diaplikasikan oleh golongan masyarakat normal, Buzan turut menyarankan agar teknik Peta Minda diperkenalkan kepada kelompok masyarakat istimewa. Golongan yang mengalami masalah pembelajaran seperti disleksia dan autistik didapati lebih mudah menyerap sesuatu tugasan setelah didedahkan kepada teknik tersebut. Lebih-lebih lagi dalam membuka fungsi kedua-dua belah otak mereka.

Seorang pensyarah kanan di IAB, Audrey Lim Bee Yoke yang ditemui Kosmo! berkata, beliau telah mencuba sebahagian daripada aspek integrasi fungsi kedua-dua belah otak anak autistiknya.

"Saya gunakan konsep, warna dan imej seperti yang disarankan oleh Buzan kerana saya percaya otak seharusnya berfungsi secara sinergetik dan bukan hanya tertumpu kepada sebelah otak. Memang dia memberi tindak balas terhadap warna yang digunakan," katanya sambil memberitahu usaha tersebut adalah sebahagian daripada beberapa intervensi untuk anaknya.

Buzan yang dilantik sebagai Resident Thinker di Kolej Wellington, Britain, memberitahu, Peta Minda boleh diperkenalkan kepada anak seawal usia setahun. Malah, teknik tersebut dikatakan telah dipraktikkan oleh si kecil sejak dalam kandungan ibu.

Hari ini, teknik tersebut digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat di serata dunia termasuk syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500. Dengan 98 buah buku nukilannya yang mencecah jualan jutaan naskhah di seluruh dunia, Buzan kini boleh tersenyum puas.

Menerusi kejayaan bukunya yang diterbitkan di lebih 150 buah negara dan diterjemahkan ke dalam 30 bahasa, siapa lagi yang layak digelar guru pembangunan otak dan kreativiti jika bukan Buzan.


Tony Buzan

Kehadirannya di Malaysia kali ini sebenarnya bersebab. Buku Panduan Kemahiran Belajar Buzan dalam versi Bahasa Malaysia yang pertama dilancarkan sempena program Meneroka Minda-Minda Hebat anjuran IAB.

Ia merupakan satu siri daripada empat buah buku Buzan terbitan Utusan Publications & Distributors (UP&D) Sdn. Bhd. yang akan dilancarkan pada tahun ini. Tiga buah buku yang lain ialah Buku Memori, buku Peta Minda dan Peta Minda untuk Bisnes.

Belum bercadang untuk meninggalkan dunia penyelidikan fungsi otak, Buzan ingin terus memberi inspirasi bahawa dengan formula yang betul, bahawa imaginasi juga boleh menjadi realiti.
"Mak, alangkah baiknya kalau tren ini boleh bergerak pantas sehingga masuk ke hari esok bukan?" tanya anak kecil itu dengan seronok.

Imaginasi luar biasa anak berusia empat tahun itu bagaimanapun dibalas dengan teguran dan pukulan oleh ibunya. "Jangan fikir yang bukan-bukan!" tegur si ibu.

Senario itu bagi Buzan, jelas merupakan satu contoh klasik bagaimana masyarakat umum mentakrif khayalan sebagai sesuatu yang tidak bagus, sekali gus menolak tabiat itu mentah-mentah.

Pengasas teknik pembelajaran terkemuka, Peta Minda itu sebaliknya kagum dengan kredibiliti khayalan si kecil tersebut. Sebabnya, beliau percaya setiap anak memiliki kebijaksanaan kreatif yang boleh diasah dan kreativiti itu lazimnya bermula dengan khayalan.

"Khayalan atau imaginasi itu penting. Setiap genius juga berkhayal. Malah, saintis terkemuka, Albert Einstein sendiri pernah mengakui imaginasi adalah elemen penting di sebalik kebanyakan kejayaan penemuan sainsnya.

ISU ROYALTI VS WANG EHSAN



Dulu Tun Razak cuba nak tambahkan ekuiti ekonomi kat orang-orang Melayu, datang anak dia si Najib pula cuba mansuhkan ekuiti Malayu tu. Dulu Tun Razak buat undang-undang baru untuk mebolehkan mana-mana kerajaan negeri yang bersetuju menyerahkan kuasa perlesenan mereka kepada Petronas dapat 5% royalty minyak tetapi hari ni anak dia si Najib pula cakap putar-belit sengaja timbulkan isu tiga batu nautika untuk mengelakkan duit royalty minyak itu dari diserahkan kepada kerajaan negeri berkenaan, ternyata sikap Bapa dan Anak jauh sekali berbeza.

JOM PAKAT GI RAMAI2..

SYUKUR KE HADRAT ILLAHI




SEMOGA KAMI DIBERI REZEKI UNTUK JADI CIKGU...
AEMAN boleh ke jadi cikgu...kih2....

PERMAINAN FOTO + TEKNOLOGI





JUST TO SHOW EVRYONE HOW ONE PICTURE CAN GIVE IN ANOTHER MOODS. ENJOY...

KUATKANLAH IKATANNYA JAUHILAH LARANGANYA

atas permintaan adik farhaah....

........Alhamdulillah berjaya juga menghabiskan program yang besar minggu lepas. Barangkali memerlukan kesungguhan dan kekuatan tenaga dan idea bagi menjalankan program sebegini.

Kem Perkaderan Remaja Islam (KADER 2010) Zon B, ini merupakan 1st time ana menjadi Ketua Fasi as content provider. Mujurlah sahabat-sahabat turun membantu pada asalnya bimbang jugak takut tak boleh cover. thanks Syuk, Din, Afnan, Harun, Duan, Sfwn & others muslimat termasuk Zaujah tercinta.

1st day (Jumaat), kedatangan peserta disambut oleh sebahagian urusetia. Pada asalnya kedengaran bahawa peserta yang akan datang seramai 100 lebih, namun tepat 5.30 petang program bermula hanyalah seramai 50 orang yang berjaya. Ana mengucapkan syukur dah bereh 1 kerja untuk fasi. Taklimat, ice breaking masuk dalam modul Pembahagian kumpulan. Diberi keratan gambar pimpinan (tujuan nak beri kenal pimpinan), terbentuklah 4 Group boys & 4 group Girls. Ditanya siapa pimpinan tersebut termanggu-manggu jugak peserta nak jawab.

Malam hari dirasmikan oleh YDP Besut, namun beliau terkejut kerana peserta yang hadir tiada disertai dari kawasan beliau sendiri. Ana ingat ustaz nak buat gimik datang perasmian dengan membawa peserta sekaligus 1 bas..ana bergurau dengan beliau. Kemudian slot LDK kenali hidupku..ada satu peserta memilih Tun Dr Mahathir sebagai idola..wah..ini betul2 mengujakan katanya Tun seorang yang berwawasan dan mempunyai prinsip...Fasi Din berinteraksi dengan peserta tersebut nampaknya ada pemikiran di luar kotak dimilikinya. Malam tersebut berakhir dengan bacaan Al mulk oleh Akhi Ridhwan.

Keesokan harinya seusai solat subuh & tazkirah, pasukan msulimin bertempur di padang kerana Unit Amal tidak hadri untuk latihan kawad, apa lagi Ketua Fasi berjaya mengalahkan adik-adik dengan 2 gol. Muslimat main bola beracun habis bola itu diracunnya. Disambung pula selepas itu Motivasi ustaz Bukhari , best bangat ada sentuh bab Ultraman, bab Superman apa lagi adik-adik pecah perut menahan ketawa dengan gaya dan humor yang dibuat oleh ustaz.

LDK seterusnya disambung dengan matlamat & cita-cita peserta, ada yang nak jadi arkitek, doktor, askar di Palestine, bisnes dan pelbagai lagi. Ana sempat muncul dalam group dan berbincang adakah kita mahu jadi seperti doktor biasa-biasa saja, askar biasa-biasa saja, dah ramai kat luar sana, kita harus mempunyai pelbagai kemahiran doktor yang pandai baca kitab, bisnes yang pandai buat program motivasi untuk kebaikan agama dan negara.

Sebelah petang pula diteruskan dengan adegan EXPLORACE, betul-betul seronok bila melihat mereka bertarung idea, tenaga, dan semangat berpasukan. Melalui 4 checkpoint dalam setiap laluan perlu melakukan aktiviti tertentu. Semoga mereka menjadi lebih berterima kasih dengan kejadian yang diberikan oleh Allah. Ada games si buta mencari hidup, Terima Kasih tuhan, Indahnya Hidup Bersahabat & La Tahzan.

Sebelah malam terdapat forum bersama jemputan luar, ada yang bertanyakan berkenaan Cinta (biaselah jiwa remaja), selepas program tersebut..ana panggil 1 nama iaitu HASANAH, ana provoke suruh mengaku apakah kesalahan yang telah dilakukan hari tersebut sebelum ana tayangkan gambar kesalahan dia..semua orang sedang mengelilingi dia..dalam diam. tiba-tiba....Allah Selamatkan Kamu....Allah Selamatkan Kamu....kih2 saja untuk raikan hari lahir dia. Selamat Hari Lahir Hasanah. Sejurus tersebut saya pasangan video muhasabah untuk bagi dilenturkan hati-hati yang akan menghadapi ujian hidup selepas ini. Malam tersebut juga terdapat sorang peserta yang mengadu bahawa diri dia ingin berubah, dia buat salah, lari dari rumah kerana ayahandanya sangat garang. Dia ingin ke pondok untuk mendalami ilmu agama. Mudah-mudahan dirimu diberikan kekuatan Illahi...mudahnya air mata ini berlinang...

Hari Terakhir ukhuwah semakin terasa, lagu rabithah hati terus dinyanyikan oleh mereka. Rasa tak ingin berpisah namun apakah daya semoga Ukuhuwah kita terus kekal di dalam hati sahabat-sahabiah sekelian. Tahniah pada Abu Bakar & Siti Sarah kerana anda telah menjadi Hero & Heroin dalam program ini. Jangan persiakan umur anda, jangan persiakan lagi nafas yang diberikan Illahi.

Ya Rabbi bimbinglah kami..Takbir....






KENYATAAN SUDAH PASTI

9 februari 2010. Sedang online bersama anilnetto, wak banjar untuk mengetahui keputusan Mahkamah mengenai kes MB Perak yang sah.



keputusannya memihak kepada Zambry 5-0, Hakim menyatakan

Court rules affirmative to question 1 n no need house vote to question 2 meaning sultans action to deem nizar’s post vacant is valid. For question 3, court agrees that sultan may remove MB n appoint new MB who commands confidence of majority of members.

Kuasa sultan mengatasi segalanya dalam perundangan negeri. Semoga Allah gantikan yang lebih baik selepas ini. kerja kuat wahai pemimpin-pemimpin rakyat sekelian.

Tq mr Anilnetto & Wak Banjar.

Sekitar perbicaraan berlangsung



PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM



semoga Allah beri petunjuk kepada kedua-dua pihak tertuduh dan penuduh.

HIDUPKANLAH JIWA AL FATEH DALAM DIRIMU

22 JAN 2010 | Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah Tok Jiring

Anda perlu rasa hebat kerana anda merupakan pimimpin yang terpilih dalam 600 pelajar di sini. Jangan rasa rendah diri, jangan cuai dalam melaksanakan amanah kerana Allah akan soal balik setiap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Abu Bakar membela yang lemah ketika ucapan pertama dilantik menjadi Khalifah. Kita jangan bongkak dan terlalu bangga dengan diri apabila terpilih menjadi pimpinan.

Begitulah antara intipati ucapan kepada adik-adik pemimpin sekolah di sini. Keperluan persediaan dari segi masa, susunan gerak kerja, tenaga kerana jika kita menjadi pemimpin kita perlu melebihi dari orang biasa, jika orang biasa solat 5 kali semalam kita perlu tambah dengan amalan sunat. Jikalau orang lain tidur 8 jam sehari, kita perlu kurang untuk fikirkan diri.

Ditanya idola pemimpin masing-masing rata-rata adik-adik memilih pemimpin parti Islam Osama Laden, Tg Haji Hadi, TG Nik Aziz, Abd Aziz Rantisi, Mohd Sabu dan pelbagai lagi. Apabila kita menyebut nama pimpinan kita perlu meladani mereka.

Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk menayang filem 1453H Costantinople untuk melihat kekuatan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad Al FAteh menawan kota Istanbul tersebut.



Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Begitulah kehebatan baginda yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW, semoga diri kalian dapat mencontohi baginda...



Gets ready to conquer the world

Thanks guru-guru yang membantu tayangan

Adik-adik banat yang hilang idea

Anak Naqib Ustaz Bob yang pemalu

Kumpulan 1: yang sentiasa dibuli & membuli

REHAT DIRI KERAH MINDA

15 & 16 jAN 2010 , Kami sekeluarga telah ke D' Teratai Rantau Abang, mengambil peluang bercuti sekeluarga sambil saya ke Program Skuad WaJA anjuran JPR.

Sambil saya mengerah minda zaujah bersama Syamil menghirup angin pantai, namun nasib kami tak seberapa baik kerana angin ketika itu sangat kencang. Tak boleh nak mandi pantai. Semoga percutian kali ini dapat merelease perasaan umi dan anak buat seketika...

Umi & Syamil ketika di pantai

Syamil seronok bermain tayar

Team Skuad WaJA Negeri & Kawasan lepas main bola & tarik tali..penat wo..
tapi team kami menang.


Nak bertolak balik dah ni..makan nasi minyak dulu..emmm.best sangat

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH.



Berikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS;



ADA MEREKA PEDULI TAK?

TAPI KRISTIAN TERUS BEKERJA.

ARTWORK



Emmmm.............nak design kartun banyak kerenahnya ni....ish2

SELAMAT TAHUN BARU & HARI LAHIR AEMAN



Hati seorang lelaki…
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki…
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pesti lurus perananmu sebagai LELAKI!

Lelaki.. sama ada seorang anak, ayah, suami mahupun seorang dai’e, mereka tetap seorang lelaki. Mereka mengasihi dan ingin dikasihi. Memberi bukan untuk menerima. Memimpin dan dipimpin.

Mereka adalah satu golongan yang mendapat peranan yang penting, memainkan peranan itu dan menjadi orang yang penting di dunia.


Jika mampu, jadilah pohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput tapi jadilah rumput yang paling hijau I muka bumi.

Gunakanlah prinsip: Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.

Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertamu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia.

Semua itulah yang terpapar melalui kisah dan peristiwa yang ditulis begitu menarik, jelas dan indah dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki ini. Membacanya, seolah-olah melalui lembaran-lembaran kehidupan dengan sorotan mata hati yang seni dan murni.

Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah yang mana orang, situasi dan kondisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita. Sentiasa ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripada semua itu. Inilah inti pati daripada buku Nota Hati Seorang Lelaki yang sedang anda tatap ini.

Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan. Carilah kebaikan itu. Dan inilah yang cuba dipandu oleh penulis menerusi kata-katanya yang bersahaja tetapi dalam maknanya.

Jangan mengeluh, kenapa anda tidak berjaya seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi. Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!
Jangan memberontak, asyik mempersoalkan mengapa dan kenapa? Justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti. Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya, ya itu telah berlaku, ya itulah keadaannya … tak kira bagaimana keadaannya sekalipun anda tetap hamba Allah. Jangan cuba jadi “Tuhan” walaupun pada kehidupan anda sendiri.

Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir. Jadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.

Seruan penulis, carilah kebaikan, milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang daripada racunnya.

Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan. Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri. Nikmatilah kisah-kisah menarik yang memaparkan hakikat ini nanti.

Berkali-kali penulis berpesan (menerusi anekdot-anekdot) agar kita menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan menjadi semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

Dan inilah maksud didikan Tuhan ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (“co-existence”) di atas dunia ini. Bukankah ini bererti seolah-olah Tuhan telah berpesan, belajarlah sesama insan nescaya kita akan terasa kesan didikan-Nya. Ya, inilah yang anda akan fahami, hayati dan rasai apabila mula membaca Nota Hati Seorang Lelaki… Selamat membaca.

SEMINAR KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Fuh.. semalam dapat dengar penjelasan Kurikulum peringkat Prasekolah yang akan diaplikasi kepada Tadika Swasta berkuatkuasa 2010.

1. Peperiksaan 'DIHARAMKAN' kepada students tadika
2. Komponen ditukarkan ke Tunjang
3. Masa belajar sehari kepada 4 jam Solid
4. Pengenalan kepada kaedah yang sistematik berasaskan Standard seluruh kanak-kanak 4-6 tahun
5. Kanak-kanak Tadika Swasta akan cepat bosan apabila meningkat ke darjah 2, kerana pelajaran mereka lebih advance berbanding Prasekolah

satu lagi , ada sorang Pegawai dari Kementerian bahagian kurikulum beritahu dia jemput juga PASTI untuk beri taklimat berkenaan program ini tapi tidak dapat nombor perhubungan. (Ye Ke????)

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA MUHD SYAMIL



21 November 2009, genap setahun Muhd Syamil di atas muka bumi ini, menghirup udara atas nikmat Illahi, dikurniakan kudrat untuk berlari, namun dirinya belum tumbuh gigi, semoga dikau menjadi insan yang dikasihi.

Dalam mengejar program Konvokesyen anak anak TTG, kami sekeluarga terpaksa berpisah seketika bersama anakanda tercinta walaupun kasihan melihat dirinya yang masih kecil terpaksa berpisah dengan uminya tapi apakah daya, itu saja yang mampu untuk dilakukan ketika ini.

Selepas selesai program syarikat, kami berehat seketika bagi melepaskan keletihan namun kek yang dibeli sudah disediakan. Tersedar dari tidur ketika itu keletihan masih lagi menyelubungi diri namun untuk meraikan anakanda terpaksa kami gagahi.

Sampai sahaja di rumah bonda, anakanda sudah bersedia. Tangisan di hati kecil menyambut dengan pelukan anakanda yang terpisah buat seketika. 'Ya Allah terima kasih ke atas kurniaanMu, memberikan kami anak yang sihat dan ceria, semoga dirinya menjadi insan yang soleh'

Seusai ayahanda pulang dari kedai, disambut kelahiran bersama ayahanda yang selang sehari. Mencari hadiah untuk ayahanda tapi kedai yang menjual pakaian memberitahu tida menjual baju mekayu untuk Raya...pelik Raya Aidiladha tidak perlu memakai baju raya jugak ke???

Akhirnya kami menyambut dengan penuh sederhana dengan ahli keluarga, terima kasih kepada Mak Teh yang membuta air, Mak Ngah yang mengambil gambar dan juga Pok Su yang menjaga si kecil Syamil.

" Ya Allah lanjutkan usia kami untuk terus beribadat kepadamu..Amin'

TAHNIAH ANDA SUDAH DEWASA.




Semoga dengan kehadiran anda pada tahun 2010 dapat menjamin generasi Berilmu , Beriman & Beramal yang dapat berbakti kepada umat di bumi Allah ini.

TAZKIRAH UNTUK BLOGGER


Menyebar maklumat bohong ke neraka

(Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun Jabatan IT PAS Pusat)

Oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat.

Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.

Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai.

Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.

Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.

Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.

Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam.

Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.

Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT.

Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.

Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar.

Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.

Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.

Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita.

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.

Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.

Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.

Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.

Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat .

Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.

Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.

Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.

Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar.

Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.

Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.

Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.

Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda.

Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.

Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.

Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.

Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita.

Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.

Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.

Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia
Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.

Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.

Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.

Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT.

Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.

Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.

Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.

Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini.

Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.

Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.
Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”. Kita rasmikan majlis ini.

Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt

MOTIVASI : MENGAPA HARUS TENSION




Salam pertemuan,

Gembirakan orang lain, nescaya Allah akan gantikan kegembiraan orang itu kepadamu

Atas jemputan sahabat, saya dijemput untuk menyampaikan talk kepada anak murid SMA Kg Laut di Tmn Rekreasi Kuala Ibai. Tajuknya ialah Remaja Muslim, tapi saya specifik pada Bagaimana Harus Ceria, memandangkan keletihan baru sahaj habis satu program himpunan.

Rata-rata pelajar yang agak keletihan & kelaparan dalam program ini, namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk mendengar dan menghayati. Saya tidak banyak bercakap keseorangan saya kongsi bersama-sama adik-adik.

Bagaimana pun setelah disoaljawab, kebanyakan mereka masih lagi belum berseronok dengan sekolah mereka, itu antara sebab membuatkan mereka tidak ceria. Alasan tidak suka sekolah ini.

Diceritakan bagaimana kepayahan seorang ibu mencari rezeki, untuk melihat seorang anak berjaya bukan sekadar di dalam peperiksaan tetapi paling penting kehidupan. Memang kepayahan pada mulanya namun akhirnya pelangi indah akan mengiringi kita.

Berusahalah adik-adikku untuk mengapai cita-citamu (membantu Islam, menginfakan diri untuk Islam, mati dalam iman dan sebagainya) semoga Allah bantu kamu dan tercapai cita-citamu.

Fastaqim Kama Unmirta.

BALOH ORANG ALIM



Terkejut jugak pabila melihat di dalam blog tok guru Nik Aziz yang menceritakan permasalahan dalaman yang semakin membarah di dalam PAS.

pelbagai kata-kata dikeluarkan para Bloggers, termasuk daripada pimpinan PAS sendiri. Semoga perbalahan fikrah ini tidak dicelarukan oleh Makhluk yang Berkepentingan.

Hati siapa yang tak gundah,
2 Tok Guru dilihat berbalah,
Semoga Rabu 10 Zulkaedah,
Diakhiri dengan hari yang indah.

untuk lebih memahami silalah baca blog nikabduh
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.