Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

SELAMAT TAHUN BARU & HARI LAHIR AEMAN



Hati seorang lelaki…
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki…
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pesti lurus perananmu sebagai LELAKI!

Lelaki.. sama ada seorang anak, ayah, suami mahupun seorang dai’e, mereka tetap seorang lelaki. Mereka mengasihi dan ingin dikasihi. Memberi bukan untuk menerima. Memimpin dan dipimpin.

Mereka adalah satu golongan yang mendapat peranan yang penting, memainkan peranan itu dan menjadi orang yang penting di dunia.


Jika mampu, jadilah pohon di bukit yang tinggi. Jika tidak, cukuplah jadi rumput tapi jadilah rumput yang paling hijau I muka bumi.

Gunakanlah prinsip: Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.

Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertamu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia.

Semua itulah yang terpapar melalui kisah dan peristiwa yang ditulis begitu menarik, jelas dan indah dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki ini. Membacanya, seolah-olah melalui lembaran-lembaran kehidupan dengan sorotan mata hati yang seni dan murni.

Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah yang mana orang, situasi dan kondisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita. Sentiasa ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripada semua itu. Inilah inti pati daripada buku Nota Hati Seorang Lelaki yang sedang anda tatap ini.

Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan. Carilah kebaikan itu. Dan inilah yang cuba dipandu oleh penulis menerusi kata-katanya yang bersahaja tetapi dalam maknanya.

Jangan mengeluh, kenapa anda tidak berjaya seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi. Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!
Jangan memberontak, asyik mempersoalkan mengapa dan kenapa? Justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti. Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya, ya itu telah berlaku, ya itulah keadaannya … tak kira bagaimana keadaannya sekalipun anda tetap hamba Allah. Jangan cuba jadi “Tuhan” walaupun pada kehidupan anda sendiri.

Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir. Jadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.

Seruan penulis, carilah kebaikan, milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang daripada racunnya.

Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan. Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri. Nikmatilah kisah-kisah menarik yang memaparkan hakikat ini nanti.

Berkali-kali penulis berpesan (menerusi anekdot-anekdot) agar kita menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan menjadi semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

Dan inilah maksud didikan Tuhan ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (“co-existence”) di atas dunia ini. Bukankah ini bererti seolah-olah Tuhan telah berpesan, belajarlah sesama insan nescaya kita akan terasa kesan didikan-Nya. Ya, inilah yang anda akan fahami, hayati dan rasai apabila mula membaca Nota Hati Seorang Lelaki… Selamat membaca.

MEDAN DAKWAH FUTSAL TOK JEMBAL





Pemuda-pemuda terdiri daripada pelbagai peringkat.

MARHALAH PERTAMA
Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya

Buku Dakwah Fardhiah-Mustaffa Masyhur

Janganlah kerana mereka berkeadaan leka dan lalai kita biarkan mereka teruskann hanyut, sentuhan dari segi pemakaiaan dan adab-adab bermain berpasukan membibitkan rasa hormat pada kita seterusnya menaikkan semangat ukhuwah dalam permainan.

Begitulah antara realiti medan dakwah kita, segerombolan semalam kebanyakan pemuda-pemuda Islam yang masih kehilangan sentuhan dakwah. Jagalah mereka hiasilah mereka dengan nilai-nilai Islam agar nanti diberi mauizah dariNya.

BUKU INI HARAM : PELIK TAPI BENAR




Salam Syawal
maaf saya tak baca lagi buku ini, tapi pelik kenapa buku ini diharamkan oleh KDN. refer ini.http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_bfda5cbe-c0a85062-16ab2e80-d566da54

saya tak tahu nak komen kesalahan yang dikeluarkan oleh KDNtapi bila refer internet Dr Mufti Perlis kata begini ...

“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu

Saya bersetuju mungkin ada buku yang boleh diharamkan, tetapi kemukakan alasan ilmiah, baru ia diharamkan. Jika jelas buku itu berdusta atas nama Allah dan rasulNya, maka boleh diharamkan. Namun itu memerlukan bukti ilmiah”.

Ustaz Zahazan Mohamed (UIA)
Minta doakan kepada Allah supaya diberi keselamatan kepada umat ini daripada perasaan hasad.Ia lebih kepada tindakan terburu-buru yang tidak dibincangkan. Pihak yang berkenaan pula tidak bersedia untuk bermuzakarah.

Wallahualam..

Ilmu Yang Dicari


Kini Buku ini sudah saya miliki, ingat nak jadi bahan tazkirah bersama dengan zaujah selepas solat. Banyak benda yang baru diketahui umpamanya cara angkat takbir mengikut Sunnah, doa ambik wudhuk dan lain-lain lagi. Good luck for Ustaz Zaharudin (dulu Pres GAMIS). Saya sedang mencari mutiara ilmu untuk diisi di dlaam dada.

Semalam juga dengan siaran IKIM sambil tonton AQ, camner ye dua2 serentak nak concentreate, tapi banyak saya dengan kupasa buku terbaru Ust Zaharudin berkaitan Halal Haram Wang kita. Nak cari pulak buku ni nak buat bhn Usrah pulak sesama sahabat.



semalam juga Ustaz ada bagitau tentang insurans , menarik isu ini untuk dikupas.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.