SALAM MAAL HIJRAH & SAMBUTAN KELAHIRAN




1 Muharam detik permulaan..
perkiraan tahun Islam hijrah

begitulah antara bait-bait lagu yang dinyayikan saban tahun bagi meraikan Tahun Baru Islam 1430H. Antara sambutan lain yang biasa dilakukan ialah bacaan Yasin & solat hajat bagi meraih keberkatan dari Sang Pencipta.

Sambutan Sendiri

Saya sebagaimana diketahui sambutan kali ni, driraikan dengan penuh bermakna. Apatah tidak dahulu seorang, kemudian berdua kini sudah menjelma manusia baru yang dipanggil anak.Pada malam tersebut bacaan yasin bersama anak amatlah mengujakan. Si kecil beradu di dalam pelukan ummi mendengar alunan suara walidnya.

Sebelum tu juga, hari lahir bagi saya yang ke 27 ( ye ke)...kejutan pada pukul 4 pagi diberikan hadiah oleh isteri tercinta. Dengan ucapan Selamat Hari Lahir. Walaupun simple tapi ianya penuh bermakna. Thank You Zaujati..moga Allah berikan kebahagian kepada kita hingga akhir hayat nanti.

Wallahualam..









MASA DEPAN TERENGGANU DITANGANMU



penat...letih...tidur tak cukup..namun semuanya terubat bila mendengar kata-kata janji setiap peserta kem WaJA yang ana handle. Semuanya bermaya pabila mendengar bait kata-kata adik peserta yang mahukan program ini diteruskan pada masa akan datang.

Ye itu janji saya, kita akan buat lebih baik dengan modul yang lebih berkesan kepada antum. Barsan bro n sister fasilitator yang akan terus menyumbang tenaga dan buah fikiran dari input ke output program.

Namun janji tidak akan dipenuhi sekiranya segala tunjukajar dulupakan dan ditinggalkan di dlama dewan dan fail dari program.

Bawalah kemana anda pergi moga segala ilmu itu dapat dipraktiskan dalam kehidupan sepanjang masa. Berhubunglah antara satu sama lain bagi meneruskan agenda mengubah sikap ke arah kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat nanti.

Kepentingan anda masih lagi untuk ters bersama kami bagi menjalankan misi menjadikan WaJA Waris Jatidiri Remaja.

Insya Allah lain waktu, lain masa kita diketemukan. Takbir untuk yang berjaya...

PS:/ gambar akan diupload kemudian.

khusus untk Kem WaJA Kuala Nerus & Mukhayam WaJA Dun Rhe Rendang aje...yang lain tanay ketua fasi anda le...

PENGALAMAN BARU



Salam...

pagi-pagi lagi saya dikejutkan dengan panggilan telefon sahabat, mengatakan bahawa perlu ke balai polis sekarang kerana ada kes. Terus ke satu balai polis dan disoal siasat kerana ada tangkapan terhadap peserta program. So pengajaran yang dapat lepas ni...

1-Polis charged atas keselamatan kawasan kerana tidak membritahu atau maklum pada mereka berkaitan dengan program.

2-sekiranya modul berjalan sebelah pagi, beri penenrangan keselamtan kepada peserta

3- Peguam juga memberitahu sedikit taklimat guaman perlu diadakan bagi mengenalpasti samada yang meminta itu polis atau tidak.

dalam proses siasatan( macam lakukan kes jenayah besar lak).....saya ditelefon oleh seorang perempuan cina yang saya layak ke pertandingan Catur Bistari anjuran KFC..




Pertandingan akan diadakan pada 20/12, di Grand Continental. Bilik Lang Tengah pukul 9.00 pagi. Alamak saya bertembung dengan program waja k. Nerus tu...tapi takpe hari tu dah tiada apa-apa modul yang berat just pembenangan kertas kerja.

Tak pernah main pun..ni, tapi serve internet just macam main saidina je.. macam kena beli satu.

Bagaimana bermain Catur Bistari

Ada tiga jenis laluan dalam permainan Catur Bistari iaitu Laluan Makan Gaji, Laluan Tijarah dan Jihad Bisnes. Berbeza dengan Cashflow 101 yang mempunyai dua laluan.

Setiap peserta akan bermula di Laluan Makan Gaji. Untuk naik ke Laluan Tijarah, peserta perlu mempunyai sejumlah wang sebanyak RM30,000. Dan untuk naik ke Jihad Bisnes pula, peserta perlu mempunyai wang berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta.

Apabila seorang peserta naik ke Jihad Bisnes, duit yang ada di tangannya akan digandakan sekali. Bermakna jika dia ada RM2 juta, maka duitnya akan digandakan menjadi RM4 juta.

Tetapi dalam permainan Catur Bistari, untuk mendapatkan pendapatan di Laluan Tijarah, peserta perlu membuat pelaburan untuk syarikat yang dimilikinya.
Sebagai contoh, pelaburan seperti kursus motivasi untuk pekerja, membuat road show, sidang akhbar dan lain-lain lagi. Apabila prestasi syarikat tersebut meningkat, di situlah sumber pendapatan lain akan kita dapat. Kira macam bonuslah.





Semoga apa yang dihajati tercapai...selamat maju jaya.

PRK P.036


semua orang kini, sedang menegrumuni bandar Kuala Terengganu, bukan kerana pasar payangnye, bukan kerana monsoon cup nya..lagilah bukan keranan MB nya. Tapi kerana ingin merasa bahang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

selang beberapa bulan saja kita mengalami PRK Permatang Pauh, kini menjelma pula di bumi sendiri proses demokrasi untuk memilih calon ahli parlimen untuk membawa suara rakyat tempat mereka.

Kini proses melobi semakin menarik , hinggakan 5 penjuru. Di sebelah parti PAS sendiri banyak calon yang ingin diketengahkan


Prof Madya Dr Khazani Abdullah (Pensyarah UPM) - Muka Baru
Dr Syed Azman Syed Nawawi (ADUN BATU BURUK)
Mat Sabu ( pernah Bertanding)
Dato' Wan Mutalib( Bekas ADUN batu Buruk)

UMNO
Dato Wan Farid ( Senator & Timb Menteri Dalam negeri)
Datuk Roslan Chik ( Bendahari Umno)
Datuk Zubir Embong ( Ketua Penerangan UMNO)

BEBAS
Tok Mun
Parti AKIm
Parti Kepala Rimau
Hazlan Soccer

namun selagi proses penamaan calon belum berlaku, nama-nama ini boleh dijaja. Namun bagi seluruh 80,325 jumlah pengundi ianya terletak di tangan anda untuk memilih calon-calon yang benar berkelayakan.


P36 KUALA TERENGGANU

Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%

1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)

Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931

Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)

segala keputusan akan berlaku perubahan sekiranya pengundi memilih calon yang benar-benar berkelayakan.




EIDULADHA & PENGORBANAN

salam semua pengunjung...

tiada apa yang nak dicoretkan hanyalah salam eiduladha kepada semua. Semoga dengan pengorbanan yang dibuat dan dinilai oleh Allah hendaklah seikhlas mungkin. Walaupun kita dilanda pelbagai dugaan, seperti banjir, hujan lebat malahan tanah runtuh di sesuatu tempat itu hanyalah cebisan ujian bagi orang beriman, tiada yang selayaknya untuk difikirkan hanyalah itu merupakan peringatan dari Allah. S.W.T.




Cerita sambutan eiduladha di Kelantan, ana diamanahkan untuk membaca khutbah dan menjadi imam di satu surau di kampung mertua. Dalam teks khutbah yang ditulis oleh Dewan Ulama Pas Kelantan, menceritakan bagaimana pergorbanan itu hendaklah dilakukan kerana Allah.

Semoga dipermudahkan segalanya...tak sabar menunggu kepulangan putera syamil ke bumi Darul Iman.

CANDID MUHAMMAD SYAMIL AIMAN BIN MOHAMAD ASWADI


Muhammad Syamil Aiman Bin Mohamad Aswadi


Walid nak kiss sikit adik




teriak untuk meminta simpati dari ibunya



Alamak adik ada tambilah, ni ubat adik 'sedu'



Adik mandi



adik dah pandai peace, sesudah mandi



Sempat bertahnik bersama Dato Tuan Guru Nik Aziz



Jelingan minta simpati dari Umminya

SAMBUNGAN SI MUJAHID KECIL


Salam..Abang. Ayu rasa lain macam je ni. Kenapa? soal ku sewaktu menerima panggilan selepas solat subuh pagi jumaat tersebut. Entah pagi tadi air keluar banyak sangat, abang jangan bimbang ye.

Dalam hati ini, Allah saja yang tahu. apatah tidak tinggalkan isteri di Kelantan mengharungi saat-saat untuk melahirkan anak sulung kami, manakala aku pula terpaksa menunggu esok hari pulang ke sana kerana terpaksa menyelesaikan urusan penghantaran ayahanda ke Mekah.

Ketika aku bersiap ke mesyuarat Kelab pagi tu, sekali lagi ku menerima sms dari isteri mengatakan dia terasa sakit amat sangat. Sekali lagi dia menyatakan jangan bimbang tentang dirinya. Aku sekali lagi menjadi serba salah.

Mesyuarat berjalan seperti biasa, dengan sebilangan sahabat-sahabat yang ada aku mengambil peluang untuk menemukan mata-mata yang telah lama ditinggalkan sebelum ini kerana aku telah beberapa kali tidak menghadirkan diri dalam program. Sekali lagi panggilan diterima kali ini isteri ku sedang menunggu tok bidan untuk mengesahkan samada bayi telah turun ke bawah atau tidak. Hati ini mula menjadi tidak tenteram.

Lantas sesudah meeting, aku pulang dan memberitahu pada ibuku tentang keadaan isteriku, dalam masa yang sama waktu solat Jumaat sudah hampir tiba. Aku mengambil keputusan untuk solat Jumaat terlebih dahulu. Sewaktu khutbah dibaca beberapa sms ku terima dari isteriku menyatakan bahawa perutnya terlalu sakit. Aku berdoa pada Allah moga diberi keselamatan dan kemudahan pada dirinya. Mungkin Allah mendengar permintaan dariku, hari itu Khutbah yang disampaikan Oleh Ustaz Hamzah Ngah habis awal,sesuidah solat ku bangun mendirikan solat sunat 2 rakaat kemudian mendoakan agar dipernmudahkan urusan kami sekeluarga.

Sampai di rumah, hati semakin rungsing, berbelah bagi samada ingin terus stay di rumah untuk menunggu selesai menghantar ayah esok hari di airport atau balik ke Kelantan, ku menelefon sekali lagi untuk mengetahui keadaan. Sah isteri ku akan dihantar ke hospital bila-bila masa dari sekarang. Ku terus memberitahu pada ibu untuk meminta izin balik ke Kelantan, dan meminta maaf pada ayahhanda kerana tidak dapat menghantar pergi, mereka memahami, kedua-duanya amat penting, tapi mereka beri kelonggaran dan benarkan diriku pulang ke kelantan.

Dalam perjalan ke Kelantan, aku sentiasa berdoa dan membaca surah bagi memudahkan perjalananku, ku menelefon isteriku ketika itu juga dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas. Semuanya kehendak Allah selama ini perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari Marang ke Pasir Mas, hari itu Allah bantu sekali lagi dengan hanya 3 jam sahaja aku sampai ke Pasir Mas.

Sampai saja di Tanah Merah, isteriku sempat untuk men'order' Nasi Lemak Tok Wan Ali1 , bimbang dia tak bersalin lagi ingin memakan makanan kegemaran dia itu sebelum berpantang. sempat juga ku menghantar beberapa sms pada sahabat2 menanyakan doa2 yang patut dibaca ketika saat genting begini.

Sampai saja pukul 5.30 petang di Hospital Pasir Mas, aku terus ke Wad Bersalin ( di sini Wad Bersalin terletak di bangunan lain, iana tidak sama seperti Hospital Nur Zahirah dalam satu bangunan). Tanpa berlengah-lengah aku terus menyerbu pintu utama wad tersebut untuk mendapatkan isteriku yang telah diberitahu bahawa dia telah dibawa masuk ke labour room. Nak dijadikan cerita aku terpaksa di'keluarkan' kerana isteriku tidak bersalin lagi, dan aku masuk tanpa kebenaran mereka ( untuk panduan bagi si suami tolong ikut arahan yang diberikan). aku sempat mencium dahi siteriku yang ketika itu kelihatan menahan sakit yang amat sangat. Ku solat Asar di surau berdekatan kemudain meminta doa sekali lagi.

Lantas 6.30 petang, namaku dipanggil diminta kad pengenalan , memakai jubah doktor dan menandatangani satu surat perjanjian. Ketika itu isteriku sedang mengerang kesakitan, aku membaca beberapa ayat dan Al Fatah beberapa kali untuk menyejukan hati isteriku. Setiap minit berlalu seolah-olah ku beada di dalam dunia peperangan, menghadapi bila-bila masa sahaja sebutir bom akan meletup. Ku memanggil beberapa kali nurse untuk memastikan bahawa anakku dah nak keluar, namun nurse masih lagi tersenyum mengatakan bahawa belum tiba masa lagi.

Tiba waktu Maghrib, nurse memberitahu bahawa mereka perlu solat Maghrib dulu, ku berkira-kira bahawa mereka akan habiskan masa dalam 30 minit untuk bersolat. Manakala isteriku sedang terlantar begini, aku kesian dipautnya bajuku, lengan ku dipulas seolah-olah minta digantikan tempatnya. bersabarlah sayang....tiba-tiba isteriku meminta ku melihat keadaan baby, aku tak biasa dalam keadaan begini tapi untuk mengambil hati aku memeriksa, sah aku terlihat bahawa kulit kepala baby telah nampak. Aku memanggil nurse yang berada di situ.

Mereka bergegas, dan confirm bahawa anakku akan keluar sekarang. disediakan perlatan untuk menyambut kelahiran, isteriku diminta berselawat dan diajar cara meneran. aku hanya memaut tangannya untuk mengosok. Maka adegan pertarungan bermula,Beberapa kali hembusan dan tarikan nafas panjang terpaksa digunakan untuk mengumpul tenaga bagi mengeluarkan bayiku. Ku sedih dalam masa yang sama aku lihat dirinya sudah tidak bermaya, nurse bimbang berlaku kelemasan sekiranya bayi masih lagi berada di dalam sana. Kini 1/4 kepalanya sudah kelihatan, kali ni aku bisikan padanya bahawa dia pasti boleh, dengan nafas ynag bersungguh-sunguh, tepat jam 7.40 malam terdengarlah teriakan kecil Mujahid yang dikeluarkan dari perut ibunya dalam keadaan sihat dan selamat. Ku bersyukur.

dengan sujud syukur, ku terus menghubungi keluarga, sahabat untuk memaklumkan kelahiran tersebut. Kini ku telah menjadi seorang ayah pada seorang anak lelaki seberat 2.65 kg.

MUJAHID KECIL

Salam kemaafan untuk kali ni, tak sempat lagi nak story. Sibuk bangat..
lihat dulu pic Si Muhd Syamil Aiman, lepas ni saya cerita lak....insya Allah





SAJE_JE

serve-srve internet nampak lak sekeping gambor ni....
memang cantik dia punya shoot, and sapa yang dia shoot tu




Presiden PAS atau gelaran Ayoh Chik memang suka dengan dunia lautan, apatah lagi buka aje tingkap rumah nun di hadapan mata nampak pantai Rusila. Apalagi dengan jiwa nelayan yang lekat di jiwa Ayoh Chik. Pernah ada sahabat minta buat biodata Ayoh Chik dalam satu pamplet untuk PR baru-baru ni....



ingat nak buat juga buku Ayoh Chik ni...sedang kumpul album Ayoh Chik if ada sahabat-sahabat boleh sent kat ana


Heboh satu Malaysia, pabila Buletin utama menyiarkan ketidak puas hatisan sepasang ibubapa apabila anak mereka mengadu melihat video klip 'sajak kematian'.




pelbagai isu timbul, hinggalah pihak kementerian mengarahkan klip video ini disiasat.


Melihat pada polemik ini, ana rasakan Kelab Fasi telah biasa gunakan klip video ini semasa slot muhasabah, kebanyakan penerimaan peserta adalah amat baik malahan mereka rasa insaf dan ingin berubah. tayangan ini diselang seli dengan nasihat dan pesanan agar kita sentiasa perlu nilai dan hisab kehidupan kita sepanjang masa.

Begitu juga dengan kaedah ustaz abdullah khairi juga yang sentiasa bermain dengan tayangan multimedia dalam kaedah berdakwah turut memaparkan klip video ini. Kebanyakan budak-budak akan mula takut & menangis.





Asal-Usul
ana rasa Sajak Kematian ini ada salasilah dengan Rufaqa'
apabila melihat klip video tersebut, terdapat beberapa orang yang memakai serban ala-ala 'abuya' turut kelihatan.



dan lihat blog ini sajak kematian, ianya ada kaitan dengan kumpulan ini.



Wallhualam, pernah rterdengar satu kes dulu bahawa isu suara yang dirakamkan di dlama kubur haram. Watak malaikat soal siasat dalam kubur.

Isu Sebenarnya

Boleh ke budak umur yang muda menonton ' klip video' yang menakutkan ini. Bayangkan dengan tayangan cerita terbaru di TV3 sendiri Puaka Niyang Rapik .



Puaka Niyang Rapik mengisahkan misteri di sebuah perkampungan yang diberi nama Niyang Rapik. Penduduk kampung itu percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang mengerikan setiap kali tibanya Tahun Baru Islam.

perbezaan, antara menonton bersama anak-anak kecil malam khamis cerita seram yang sia-sia yang mengajar takut pada hantu, puaka dan jin,

tapi melihat klip video menakutkan ketika di alam kubur, menginsafkan hingga mengalir air mata. Yang mana lebih baik.

cuba fikir mengajar anak takut pada hantu yang menyebabkan mereka akan takut untuk keluar ke tandas pada waktu malam hingga menyusahkan kita, atau takut dengana zab Allah. ingatlah bahawa :"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya)

Mengapa bermula 7 tahun, sekolah pun baru darjah 1, Pesan Nabi: Budak-budak, start umur 7 tahun, mak bapak kena suruh sembahyang. Masuk 10 tahun, kalo suruh semayang, tanak semayang jugak, mak bapak boleh rotan anak.

itu kena ajar solat, solat tu untuk apa bukan ke untuk simpanan mati kelak, di tadika ana budak-budak 6 tahun dah mula bersoal jawab berkaitan agama. Itulah sebabnya pendedahan awal perlu dilakukan untuk didik anak anda semua menjadi sole solehah.


Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
BECivil, MCivilEng(UTM), PhD(UKM) , P.Eng, MIEM
(Transportation Management and Modeling)
Director of Centre for Academic Advancement, UKM



di dalam buku " Ke Arah Pembentukan Kanak-Kanak' yang dikarang oleh Ir Dr Riza Atiq Bin O.K. Rahmat
"Agaknya masih ramai lagi orang mengingati bagaimana dua kanak-kanak perempuan di India yang dinamakan Amala dan Kamala dididik dan dibesarkan oleh serigala. Kedua-duanya tidak boleh berjalan seperti manusia, tidak boleh bercakap dan tidak mahu memakan makanan yang dimasak. Kedua-duanya boleh berlari sangat pantas dengan merangkak dan boleh menghidu bau seperti serigala. Ketika ditemui, kedua-duanya berumur 8 dan 6 tahun, tetapi usaha mengajar mereka untuk menjadi seperti manusia normal adalah sia-sia belaka sehingga akhirnya kedua-duanya mati.




SEMOGA SELAMAT








Kita bukan lahir pandai terus, kita bukan dari keturunan genius. Ma & Abah bukan memiliki PHD apatah lagi mereka hanya tamat belajar di ekolah rendah kerana masalah kewangan. Tapi itu bukan alasan bagi kita untuk mengatakan kita dari keluarga tidak pandai, dia lain ayah dia guru, pengetua.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً (5)

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,(5)

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً (6)

sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.(6)

فَإِذا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7)

Maka apabila kamu telah selesai ( dari sesuatu urusan ), kerjakanlah dengan sungguh- sungguh ( urusan ) yang lain,(7)

وَ إِلى‏ رَبِّكَ فَارْغَبْ (8)

Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.(8)


sebahgain ayat dari surah Alam Nasyrah.

Moga kita diberkati tuhan samada di dalam peperiksaan di dunia & akhirat nanti. Wallhualam. Selamat berjaya adikku Nor Atiqah Mohd PMR 2008 dan Mohd Amerullah Mohamad SPM 2008.



ni doa menghadapi pepeperiksaan.

KERJA BERTAMBUN TAPI TERSUSUN



Program Konvokesyen Tadika Tahfiz Gemilang
Sabtu 15 November 2008 (5 hari lagi)

Ayahanda ke Mekah
Sabtu 22 November 2008 ( 12 hari lagi)

Dapat Baby
(anytime....)

emm......orang lain musti banyak jugak kerja kan..
okeylah saje je nak masukan entry ni. dah takde idea

SALAM KEMAAFAN





Untuk semua minta maaf dari zaujah ana Puan Nor Idayu Badrul, beliau mewakili pada saya untuk ucapkan pada semua mana-mana yang terasa hati, tersinggung. Beliau akan balik ke kampung di Kelantan untuk proses melahirkan putera sulung.

Minta doakan keselamatan dan mudah-mudahan Allah selamatkan kami untuk mendapat cahaya mata sulung.


CIRETERA

Ya Allah......

Terpanar rasanye pabila terpandang pada kereta, Ya Allah dugaan apa kalini. Terus teringat kat isteri minta maaf, tak dapat hantar balikkampung lagi minggu ni.

Semalam kereta ambe dilanggar orang, lihat pada keadaan kereta tak lah teruk sangat tapi boleh dikira kos untuk baikpulih tu tinggi jugak. Renung pada si brother yang melanggar kete tu sedih jugak, mampu ke dia bayar, tapi ambe mampu ke nak tanggung. So ambil keputusan mana-mana yang dia mampu bayar terima jelah...ambe ambik keputusan sama-sama tanggung.



Dari Abu Said al-Khudri, bahawa Rasulullah masuk ke dalam masjid dan mendapati ada seorang Ansar bernama Abu Umamah. Maka Rasulullah bertanya, "Wahai Abu Umamah, kenapa engkau berada di dalam masjid di luar waktu solat?"

Beliau menjawab, "Kerisauan dan hutang, ya Rasulullah."

Baginda bersabda, "Mahu aku ajarkan engkau satu doa, jika engkau membacanya akan hilang risaumu dan tertunai hutangmu?"

Jawabnya, "Tentu sekali."

Sabda Baginda, "Bacalah 'Allahumma innii a'udzubika...sehingga tamat."

Kata Abu Umamah, "Aku pun membaca doa itu dan hilang kerisauanku dan tertunai hutangku."

(Hadith riwayat Abu Daud)

PENANTIAN MENUNGGUMU




SENYUM TAWA MENGIRINGI DIRI
MANAKAH TIDAK MELIHAT IBUMU TERSENYUM
MENDENGAR JAWAPAN DOKTOR MENGESAHKANYA
MENUNGGUMU BERAPA LAMA
SETELAH ABANGMU PERGI DULU
SEBELUM MELIHAT DUNIA INI
SAAT ITU IBUMU MENANGIS MENGENANGKANNYA

MENANTIMU SEOLAH-OLAH PENYEKSAAN BAGI IBUMU
DIKANDUNG KEHULU HILIR TANPA PENAT LELAH
DIJAGAMU DIBELAIMU MENYAYANGIMU
HINGGAKAN AYAHMU TIDAK DIPEDULI
TAPI AYAHMU MENGERTI DIRIMU
DIPERLUKAN KERANA LAMA DINANTI IBUMU

DIBELI MAKANANMU YANG TERBAIK
PAKAIANMU YANG TERCANTIK
MEMILIH NAMAMU YANG TERINDAH
AGAR LAHIRMU DISAMBUT MERIAH
TANPA GUNDAH

MOGA NALURI IBUMU KINI
SEIRING DENGAN KEREDHAAN ILLAHI
DOA AYAHMU MOHON KESELAMATAN
DIRIMU YANG DINANTI
IBUMU YANG DIKASIHI
KEDUA-DUANYA DALAM LIMPAHAN ILLAHI
AMEEN...KAU YANG DINANTI DIRINDUI




IN THE MAKING OF UMMI & WALID




" dijangka anak awak lelaki," tersenyum sinis saje je isteriku memandangku. Dr Ummi pun turut tersenyum. Aku duk merenung bakal-bakal nama, patah lagi before this duk planning nama anak perempuan je. Thanks Dr Ummi saje je gi scann kat klinik dr coz nak kenal jugak sape Dr ni, yang rajin ber'blog' dulu time alahan teruk pergi kat Klnik Ummi di Manir kenal dengan zaujun dr. hensem....

Okey apa persediaan aku lepas ni? nak jadi walid kena banyak persediaan nak kena khatam dulu buku



atau buku-buku lain kalau ada cadangan. semalam pergi rumah terbuka sahabat amdang, memang sedap soto tu (first taster) terpandang satu buku panduan mendidik anak mengikuit kaedah Islam (kalau tak silap). Rasanye boleh buat koleksi. Atau maybe nak cadang pada Dr ummi karang satu buku panduan menjadi super Walid & Super Ummi, based pada pengalaman Dr mendidik anak-anak, saya boleh design mana-mana yang patut. ke guane Dr?.....

okey senarai nama anak dibuka sekarang untuk percalonan. Sila hantar sebelum due ye..


CIRETERA




Semalaman sakit, mengadu kat zaujah. Katanya "cabut je bang, habis citer" ingat senang, habis cabut gigi ni teringat peristiwa dicabut gigi oleh ' Doktor Kampung' punya lama di cabut habis berpeluh dia. Habis tu nak buat camner...cabut je lah.

Lepas cabut rasa ringan je kepala ni, ye lah nak kerja lagi nak buat program lagi kepala kena ringan. Hasilnya gigi sekarang ada lebih kurang 30 batang rasanya. Tak caya marilah rumah kira berapa batang yang ada.

Okeylah isteri ada kat sebelah tak boleh citer lebih-lebih, nanti dia pulak yang lebih-lebih citer....Wallahualam.

BUKU INI HARAM : PELIK TAPI BENAR




Salam Syawal
maaf saya tak baca lagi buku ini, tapi pelik kenapa buku ini diharamkan oleh KDN. refer ini.http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_bfda5cbe-c0a85062-16ab2e80-d566da54

saya tak tahu nak komen kesalahan yang dikeluarkan oleh KDNtapi bila refer internet Dr Mufti Perlis kata begini ...

“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu

Saya bersetuju mungkin ada buku yang boleh diharamkan, tetapi kemukakan alasan ilmiah, baru ia diharamkan. Jika jelas buku itu berdusta atas nama Allah dan rasulNya, maka boleh diharamkan. Namun itu memerlukan bukti ilmiah”.

Ustaz Zahazan Mohamed (UIA)
Minta doakan kepada Allah supaya diberi keselamatan kepada umat ini daripada perasaan hasad.Ia lebih kepada tindakan terburu-buru yang tidak dibincangkan. Pihak yang berkenaan pula tidak bersedia untuk bermuzakarah.

Wallahualam..

UPDATE DIRI


Salam Aidilfitri lagi...

JEMAAH

Pose 6
emm....sahabat-sahabat tentu dah habis kan, ana baru bnak mula arap-arap dapat habiskan. Ye lah tiap2 hari turun rumah ke rumah promosi. ( alasan je) Nabi dulu pun pergi perang.

Liqa' Aidilfitri Fasi
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun kehadiran agak kurang dari penyertaan sahabat hardcore (Sukeri zaujah sakit, duan ada kursus, madi, pijo, yus, zali & friends semua duk luar negara, Zaidan adA KENDURI KOT) namun ianya agak meriah dengan ketibaan 3 figure parti. refer sini kelab fasi. dengan kesungguhan dari sahabat-sahabat banyak juga sumbangan tempohari. Syukran jazilan atas semua moga Allah permudahkan urusan antum.

Dalam ucapan perasmian & tazkirah dari pengasas & penasihat Cg Mad bahawa kami merupakan bayangan untuk kepimpinan akan datang samada kami mampu atau tidak inilah barisan pelapis yang akan mewarisi kerja yang akan ditinggalkan oleh pimpinan sekarang.

Ijtima' Aidilfitri

Juga sempat menghadiri majlis bersama pimpinan pada raya ke 4 bertembung dengan perkahwinan Zainudin, bertemu sahabat lama (ghazali, nik anuar, ustaz Azam, Cik As & ramai lagi), dengar ucapan pimpinan berkaitan isu semasa menjadikan diri kita ini sebagai duta untuk menjelaskan kesalahfahaman sahabat-sahabat mengenai perjuangan di Terengganu.

Kerjaya

PTG
masih di PTG walaupun time interview dulu rasa-rasa nak setahun je, last2 dah nak masuk 3 tahun. Zaujah pun dah nak boleh baby pun. Rasanya tahun hadapan ana perlu agresif cari rezeki untuk tampung keluarga. yelah mana tahu sebarang kemungkinan akan berlaku, pasti insurans or simpanan untuk isteri dan anak perlu ada bagi harta untuk mereka.



RUMAHTANGGA

Rumah dalam impian nak cari supaya mudah sikit pengurusan diri, sekarang duk menyewa RM 200 sebulan, + minyak kete, installment kete , makan minum + fun & hiburan sikit2. rasa2 kena bukak bisnes sendiri sambilan. Zaujah nak mintak KPLI insya Allah jikalau terpilih maybe ada perubahan dalam hidup ini.

Baby dijangka keluar nak lihat muka walid 7 ummi 25 November 2008 ni, dalam sebulan lebih lagi. nama-nama sedang diteliti, jikalau sahabat ada permohonan untuk memberi nama dialu-alukan sekarang sebelum tarikh tutup.

Raya ke 3 baru-baru ni kami telah buat majlis doa selamat untuk bakal Ummi bagi memudahkan dan selamat dalam kehidupan.


GERAKAN PELAJAR & KELAB FASI

NGO istilah popular yang tidak perlu diterjemahkan lagi. Ia dalam konteks Jamaah dianggap sebagai wajah (wajihah) kepada tanzim Jamaah yang tidak boleh dimunculkan sepenuhnya. Saya mengkategorikan parti politik juga sebagai NGO.


GERAKAN PELAJAR-KUDQI 9 OKT 208

- TUJUAN PENUBUHAN
o Menjadi platform awal kepada bekas mahasiswa @ mahasiswa sebelum terjun ke dunia organisasi di kawasan,dun @ cawangan
o Membantu organisasi jemaah dalam menganjurkan, memberi idea & tenaga dalam program
o Thinktank kepada program berbentuk keremajaan
o Membantu program jemaah yang lebih dinamik

LATARBELAKANG KELAB
- apabila wujud idealisme pelbagai golongan yang telah keluar dari kokongan auku dan penjara universiti, keterlibatan kami terhad dalam proses pengasimilisasikan pembaikan dan penubuhan umat terbaik (khaira ummah)
- Proses kewujudan kelab ini untuk menyelamatkan akidah kefahaman mereka berkaitan jemaah di kampus tidak hilang begitu sahaja. Bagi mereka yang gerund lagi untuk terikat dengan mana-mana jawatan di dalam organisasi J.
- Hadir dalam usia masih lagi keanak-anakan dalam dunia politik dan persatuan di Terengganu, namun semakin hari semakin diterima apatah lagi dengan kewujudan Skuad WaJA yang diiktiraf oleh Pusat atas usaha ilham PEMUDA Terengganu.
- Kadang-kadang program penubuhan ini sebagai serampang dua mata menyuburkan ahli di kampus bagi menkaderkan seramai boleh ahli yang berkepakaran
- Kami membina jatidiri di kalangan peserta melalui program motivasi, menjadi role model bagi anak remaja apa yang baik perlu diikuti( kadang-kadang kelas secara percuma untuk anak-anak ahli yang memerlukan pengajaran)

PERMASALAHAN
- maybe akan berlaku pertembungan kerja & program apabila mengkoordinat dua organisasi antara J & NGO
- ini memerlukan kekuatan dalaman dan anjakan paradigma. ( Almarhum Ustaz Fadhil menjadi tokoh pengerak Parti & GERAK.
- Kadang-kadang terfikir mereka yang sering menyalahkan antara organisasi asyik menundung jari tapi kerja mereka tidak nampak sekali pun
-
LATARBELAKANG DIRI
- Berlatarbelakang sekolah agama, SPM di ambang zaman reformasi, ketika itu ketokohan abang-abang yang berdemontsrasi begitu merangsang sekali.
- Padahal ketika itu keluarga pun belum mengerti perjuangan berparti walaupun ayah pengundi tegar PAS ibu pula tidak menyebelahi mana-mana pihak.
- Bermula memegang tampuk kepimpinan di Matrik N9 selaku pres MPP, kesedaran ber’jemaah’ diperlukan apatah lagi usrah sebagai nadi kehidupan seorang ahli J.
- Berpengalaman dalam berpesatuan dalam pelagai NGO banyak melihat peluang dan ruang bagi menyampaikan dakwah. Pernah satu ketika menyertai program berbentuk fasilitator mengajar kita erti kehidupan yang reality daripada teori di alam kampus.

CABARAN ANTUM
- menghilangkan rasa fobia orang terhadap ‘radikal’ orang beragama.
- Memulihkan semangat ‘berjuang hingga akhir hayat’ apabila berada di padang sebenar. (especially muslimah)
- Jangan Takut. Kembali kepada perasaan takut ini. Perasaan ini membuatkan orang yang cerdik kelihatan bodoh. Saya yakin siswa yang terlibat dalam dunia jemaah lebih cerdik jika dibandingkan dengan mereka yang tidak terlibat dengan usrah, seminar, kolokium dan lainnya.
- Membudayakan ilmu kepada masyarakat (sedekahkan apa yang telah dipelajari dengan menjadikan masyarakat kampung berada dalam suasana sosial yang bermutu)
- Melahirkan @menjadi intelektual di kalangan masyarakat untuk menjadi pakar rujuk sebarang permasalahan akhir zaman


PERINGATAN & KESIMPULAN

dari zaharuddin .net
Bahkan berjuang Islam melalui politik kepartian itu sendiri amat luas skopnya, dan bukan hanya dengan berterus terang sebagai ahli atau pimpinan parti tertentu. Berceramah di musim pilihanraya atas pentas, berdemontrasi aman, menyerah memorandum, mengulas isu politik kapartian dengan terus terang dan lain-lain atas nama parti. Inilah sahaja yang dikategorikan 'berani' dan 'berjuang Islam' oleh segelintir mereka.

Kita dapat lihat di zaman ini, begitu ramai ulama berperanan walaupun tanpa komit dengan parti politik kepartian tertentu. Seperti Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli, Dr Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi. Buku tulisan mereka, kertas kerja pembetangan mereka tersebar seluruh dunia dan dimanfaatkan oleh kawan dan lawan, berparti dan tidak berparti.

Tidak dinafikan ramai juga yang mengambil jalan politik kepartian seperti Syeikh Dr. Abdullah Azzam, Dr Muhd Abu Faris, Syeikh Dr Hammam Sa'id dan lain-lain. Justeru kedua-duanya cara dan kaedah punyai faedah dan kelebihan masing-masing, menafikan usahakan kedua-dua cara adalah KEJAHILAN yang menyedihkan.

Apa yang penting untuk difahami, biarlah setiap orang berjuang dengan cara mereka. Anda tidak tahu manakah yang lebih utama, berjasa dan lebih ikhlas di sisi Allah swt. Ada yang berjuang Islam melalui politik, teruskan. Ada mengambil jalan akademik, ada yang ikuti jalan NGO, korporat, motivasi, sekolah, tadika, menyediakan perniagaan dan makanan halal dan lain-lain. Setiap satu melengkapi antara satu sama lain. Mana yang terbaik di sisi Allah?, ia bergantung kepada dalaman, usaha bersungguh dan keikhlasan si pendakwah.

Allah swt berfirman :-
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً
Ertinya : Katakanlah: ""Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing"". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" ( Al-Isra : 84 )

imanulnaim@yahoo.com | http://aimanulnaim.blogspot.com
8 oktober 2008


KESAN EKONOMI AMERIKA PADA ISLAM



Salam for everybody,

Pada 4 Oktober lalu, saya sempat menonton filem di RTM 2 Fun with Dick & Jane.

Rezeki mereka nampak gayanya bertambah apabila Dick dinaikkan pangkat sbg vice president of communication utk Sykt Enron tempat dia bekerja. Kedua2 pasangan ni very excited sampai isterinya Jane, berhenti kerja semata2 fikir bahawa Jack boleh support semua family/household expenses. Suddenly Dick ditugaskan utk appear dlm siaran business talk show sbg jurucakap syarikatnya. Dlm rancangan inilah dia dianiaya dan dpt tau bahawa company dia bankrap dan tujuan dia dilantik adalah sbg “scapegoat” oleh CEOnya Jack.

Dick jatuh bankrap, saving habis, bekalan air/elektrik dipotong, segala household semua kena angkut termasuklah LCD TV mereka. Dick & Jane become desperate. Mereka start to rompak kedai dan ATM machine. Lama2 dah jadi expert pulak dan mula menjalankan rompakan yg lebih besar termasuklah bank. Setelah jack dpt tau yg dia also dituduh di mahkamah, dia dan isterinya nekad utk mengenakan balik bekas bosnya, Jack, seterusnya mendapatkan kembali harta2nya.

oleh itu sedikit sinopsis untuk kaitkan dengan ekonomi amerika yang semakin tenat sekarang.





Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.

Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.

Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..

Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.



FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU

Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut "peluang kedua pinjaman".

Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna miskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai ‘credit rating' yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :-

mereka yang mempunyai pendapatan rendah,
mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau ‘rekod merah'.
mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan pendapatannya,
para spekulator yang tiada mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.
Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman.

Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin.

Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba ‘interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.

Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA. [1]

Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian.

Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk.

Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut ‘defaulters' menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.

APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?

Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan ‘bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.

Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan. [2]

Secara ringkasnya isunya adalah :-

a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.

b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.

c) Sebahagian pakar ekonomi menamkannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh.

Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion adalah sama dengan USD 1. [3]

d) Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.

e) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.

f) Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion. [4]

231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :-

"Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. [...] The government can ensure a well-functioning financial industry [...] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise." [5]

PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM

Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . ‘Mortgage-backed Securities' ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham.




Rajah : Proses MBS. [6]

Sila lihat kepada pulangan riba ‘expected return' yang dijanjikan kepada pelabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal ditepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka.

Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini?

Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage Backed Securities.

Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya.

Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang disandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah dibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan ‘investment banks' yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat keempat tersebar di Bursa Wall Street.

Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan ‘debt trading' atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal hutang (secara diskaun).

Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-

Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David.

Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.

(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)

Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.

Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.

Encik David tetap perlu membayar seperti biasa.

Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.

Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-

Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat

Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation

Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.

Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.

Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku.



Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.

KESAN TERBARU DI WALL STREET

Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai nilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga mempunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah trading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and private equity. Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba ‘debt trading'.

Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya. Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion.



Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%.

Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11 [8], ketika itu statistik mencatakan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. [9]

Pada 22 September 2008 mereka telah ‘ditelan' atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion) [10]. Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain. Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion. Bayangkan..

Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya.

Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. [11] Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba.

Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar. Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion.

Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US. Namun akhirnya, mereka turut ‘gulung tikar' dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US.[12]

Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear Stearns, Goldman Sachs, dan Morgan Stanley terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya.



KESAN KEPADA ANDA?

Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang berniali billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives.

Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung.

Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.

Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai pelabur dan penyimpan. Semua bank-bank ini akan turut merasa kepanasannya.

Telah saya nyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG juga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di seluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan memburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini.

Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga mendapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal gagal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, terutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagl memberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang arami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan ‘bungkus' juga.

Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya terdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA, simpanan yang terjamin selamat hanyalah £ 50,000 sahaja. Demikian tegas The Financial Services Authority (FSA). [13] Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak £ 120,000, kemudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang kecuali £ 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan.

Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member kesan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, termasuk Malaysia.

Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat betapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga.



PANDANGAN ISLAM

Saya ringkaskan begini :-

1) Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang seperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang kebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. Keadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum.



2) Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan peruamhan kepada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula, Ia memang kelihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak akan mampu dibayar.





3) Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.



Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.



Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.



Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:-

Two main points are essential in this regards: elimination of debt trading in the Islamic econo-finance system is important. This is an essential result of the prohibition of Riba.

Once debts are no more discounted and traded, the financial market cannot be stretched beyond what the real sector can bear. In fact financing shall always be less that real market transaction because financial institutions require that certain portion of the transaction be financed by the parties themselves from equity.

This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a major cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. The second lesson is never finance non- real transactions. that is eliminating most of the derivatives and their transactions that are essentially speculative and do not add value to the economy.

Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, but that is a little remote from the finance mentality and it is long term by definition and nature.



4) Sistem Islam, tidak membenarkan pelaburan dengan janji pulangan tetap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun padaawalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji itu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother.



Namun Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu. Sistem Islam hanya membenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya punyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, dan ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan riba yang menimpa USA. Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana seperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. (Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu dengan terperinci dalam tulisan ini).



Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia di dasari oleh aqad Musharakah, Mudarabah, Ijarah dan lain-lain.



5) Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, iaitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan.Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran. Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haramdi sisi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia, namun ia dibenarkan di Wall Street. Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah mereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short selling terhadap 799 saham di Wall Street. Ini mewujudkan lebih ramai spekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. Hasilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator.

ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN

Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan pengaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang dunia.? Bagaimana dengan negara umat Islam.?

Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada ekonomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak berurusan dengan bank-bank US. Namun negara-negara Arab mungkin sedikit berbeza. Dr Monzer berkata :-

Although many Arab countries tie their currencies to the US$ but their economies are not in fact largely dependent on the American economy. They depend largely on their own resources and the momentum of domestic infrastructure and construction sector.

Further, I don't think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey and other Arab countries are dependent on the American financial market, I think whatever these emerging markets are facing now is caused by local policy and construction rather than on the effect of the American finance sector, especially a good proportion of the banking system in the Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact shielded it from the current credit crisis that is basically a debt and mortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. [14]

Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari bergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita pasti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA.

Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan sedikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis ekonomi USA tahun 2008 ini.

Sekian

SELAMAT HARI RAYA


Salam kemaafan untuk semua, andai kata terguris, tersalah terkata semoga diri kalian didalam keredhaan Illahi setelah bertarung selama 30 hari di dalam Ramadhan.

Jangan lupa terhadap ibadat puasa enam pula untuk menambahkan lagi kecintaan kita kepada Illahi. Jangan lupa ziarahi kepada mereka yang tiada, kekurangan harta benda juga kesepiaan adanya.

Kirim salam kepada keluarga kalian semua, jangan lupa program kita pada 10 haribulan bersamaan 10 syawal. Moga kita dipermudahkan untuk bertemu semua pada hari tersebut bagi meningkatkan ukhuwah Fillah Abad' Abada'...Wallhua'alam

Dari Saya Aeman & Puan Idayu sekeluarga.

SALAM AIDILFITRI





Qari muda harumkan nama Malaysia di Dubai




MUHAMMAD Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin.

Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.

Syabas adikku, tokoh macam ni yang kita nak.


MINDA RAKYAT TERENGGANU


entah kebelakangan ini ingin berbicara berkaitan minda, bermula program Makan Malam PTG bersama Pengarah JKM baru, En Zuhami, beliau berkata perbezaan ketara antara pusat asuhan kanak-kanak di terengganu than lembah kelang jauh , dari segi premis, budaya kerja dan tahap pendidikan ini beza minda katanya. BERSAMA program mampat, seorang dekan fakulti di UM, Dr Muhammad Bakar kata minda orang terengganu ni susah sikit nak bentuk, bila di Universiti masih lagi terbawa-bawa perangai budak dulu.

Tadi selesai satu program bersama Jabatan pendidikan Negeri, berkaitan jadual waktu kelas di tadika, tercetus lagi satu penyataan dari penolong pengarah pendidikan swasta, bahawa minda orang Terengganu susah nak ubah.

so dicadangkan oleh mantan MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusuh tubuhkan satu pusat minda di dunia iaitu MINDSET, bagus juga tubuhkan pusat ini untuk merealisasikan rakyat Terengganu terbaik seluruh dunia.




Insya Allah.

tapi betulke minda rakyat terengganu sedemikian rupa beza dengan negeri lain samada dari segi politik, budaya, sukan, pendidikan dan ekonomi. Lepas ni saya akan tulis nak cari bahan dulu...(sape-sape nak tolong boleh)

KEBIMBANGAN BERLAKU





Seorang YB, seorang Wartawan, Seorang Blogger ditahan semalam...
mengikut maklumat penahanan mereka disebabkan isu perkauman..

Pusat Wartawan Bebas (CIJ) berkata "operasi penahanan tersebut mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987 kerana ianya ada kaitan dengan krisis politik yang melanda Umno, tetapi dimanifestasikan oleh kerajaan sebagai dakwaan ketegangan kaum,". Reaksi dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pastinya senada dengan CIJ.

Janganlah teradi sekali lagi ops Lalang, akan berlaku 13 Mei sekali lagi membimbangkan seluruh negara.

HARGA KUIH NAIK MENDADAK



Semalam turun ke pasar batu 6, untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa. Maklumlah isteri sedang sarat mengandung, nak masak pun tak larat. Saya suka makan kuih puding gula hangus walaupun isteri pandai buat tapi tak larat nak masak tu jadi masalah.

Dalam sibuk round2 terpandang kuih tersebut di satu gerai


ini hanya hiasan

tanya harga satu RM 1, Ha.....terlopong menganga. tu kalau dalam bekas RM 2. seingat tahun lepas RM0.50 sepotong. Kalau begitu melampau harganya...
pergi satu gerai lagi nak beli lauk, satu senduk kecil RM 2, waduh.............lagi lah melampau. Tak boleh jadi kena report kat KPDNHEP ni.



BERSEDIAKAH KITA






wait n see

BAJET 2009



Hari Jumaat dalam sesi perbentangan Bajet 2009, tak sempat nak tengok coz ada sesi persiapan untuk program hari sukan syarikat keesokan harinya. So ini sedikit perkongsian bagi intipati bajet 2009.

- Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

semoga tema ini dapat dipraktikan kepada sejagat, banteras rasuah dan jenayah kolar putih yang sering berlaku, lahirkan good governance.

-Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

jangan lupa pada pesara kakitangan tentera & keselamatan.

-Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

Kecuali bil elektrik RM20

- Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

sangat baik bagi yang bujang dan bekerluarga kecil seperti saya, tapi jangan naikkan tarif eletrik pula selepas ini.

Orang Kurang Upaya (OKU)

- Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

- Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

- Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

dibimbangi ketirisan akan berlaku, seperti yang berlaku kepada sahabat saya kerana berfahaman ideologi politik yang berbeza pengerusi JKKK telah menidakkan hak beliau.

Nelayan dan petani

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

-Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

-Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

- Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak

sangat baik bagi golongan seperti bapa mertua saya yang pening meikirkan harga baja dan racun yang naik mendadak selepas pengumuman harga minyak naik.

Harapan terakhir jangan memandang perbentangan bajet ini sekadar omongan saja atau ucapan saja laksanakan dengan amanah dan telus.











BERKENAAN HADIS PALSU BERKAITAN RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.



semalam baca buku Nur , artikel ustaz Firdaus Al Hafiz berkaitan hadis palsu yang disampaikan pada setiap kali Ramadhan, terbaca

Ini kerana Rasulullah salallahualaihi wasalam telah bersabda;

من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار...(الحديث)

[ Barangsiapa melakukan dusta ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di dalam neraka ] [19]

[19] Sahih Muslim no:4.Bab:تغليظ الكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم


so bimbang juga kita baca dan pendengarkan tazkirah berkaitan hadis palsu pada orang awam berkaitan Ramadhan ini.

copy paste ustaz.blogspot.com

Antaranya yang ana dapati ialah seperti berikut :

Pertama

“Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…”

Hukumnya ialah hadith Palsu, hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886 dan Ibn Jauzi meletakkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhu’at m/s 188-189 Jilid 2 dan Abu ya’la dalam Musnadnya.

Diriwayatkan hadith di atas daripada Jarir ibn Ayub dari Sya’bi dari Nafi’ bin burdah dari Abi Mas’ud al-ghifari.

Hadith ini palsu dan disebut oleh Ibn Hajar ra (Lihat Lisan Mizan m/s 101 Jilid 2) bahawa ianya (Jarir ibn Ayub) ialah seorang dhaif dan juga disebut oleh Abu Nu’aim bahawa dianya pereka hadith dan berkata Bukhari dirinya ialah Mungkar hadith dan berkata Nasaie dirinya ialah matruk (ditinggalkan hadithnya).

Kedua

“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu sebuah bulan yang agung, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan Allah menjadikan puasa padanya suatu yang fardhu dan mendirikan malamnya sebagai sunat dituntut dan barangsiapa yang mengerjakan sunat pada bulan tersebut maka ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan fardhu …dan itulah bulan yang awalnya ialah rahmat dan pertengahannya ialah pengampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan dari api neraka”


Hukum hadith ini ialah dhaif, hadith ini sangat panjang dan diringkaskan sekadar mendapat pemahaman. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1887 dari riwayat Ali ibn Yazid dari Said ibn Musaiyib dari Salman.

Hadith ini dhaif kerana Ali Ibn Yazid itu dhaif dan tidak dikehendaki hadithnya seperti kata Ibn Saad dan berkata Ahmad ibn hambal ra dirinya bukanlah kuat, dan ibn Ma’in mengatakan dhaif dan demikian oleh ibn Khuzaimah sendiri mengatakan dirinya lemah ingatan dan tidak dikehendaki hadithnya juga oleh Ibn Abi Hatim dari bapanya dalam Ilal Abi Hatim m/s 249 Jilid 1 bahawa ini ialah hadith mungkar.


Ketiga

“Berpuasalah kamu maka nescaya kamu sihat”

Hukum hadith ini ialah dhaif, ianya ialah potongan hadith dari apa yang diriwayatkan ibn adi dalam Al-Ka’mil no. 2521 Jilid 7 dari Nahsyal dari dha’hak dari ibn Abbas ra.

Nahsyal ialah matruk hadithnya (tidak diterima) kerana berdusta dan Dhahak pula tida pernah mendengar hadith dari Ibn Abbas ra.

Diriwayatkan juga oleh Tibrani dalam Al-Aushat, Abu Nu’aim dari riwayat lain iaitu dari Muhammad ibn Sulaiman ibn Abi Daud dari Zuhair ibn Muhammad dari Suhail ibn Abi Soleh dari Abu Hurairah ra.

Sanad ini dhaif dan hadithnya mungkar.

Keempat

“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan tanpa sakit maka tidak tergantilah puasanya sepanjang masa sekalipun ianya berpuasa”

Hukum hadith ini ialah dhaif dan ianya terdapat dalam sahih Bukhari secara tergantung tanpa sanad. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dalam sahihnya no. 1987 dan Tirmidzi no. 723 dan Abu Daud no. 2397 dan Ibn Majah no. 1672 dan Nasaie , Baihaqi dan Ibn hajar dari jalan Abi Muthawis dari bapanya dari Abu Hurairah ra.

Permasalahan hadith ini mengandungi kegoncangan, keraguan dan kejahilan perawi bernama Abu Muthaiws ini dan keraguan mengenai benarkah mendengar bapanya dari Abu Hurairah.

Berkata Ibn Khuzaimah ra, sekiranya benar khabar ini maka aku sendiri tidak mengetahui siapakah dia ini dan bapanya.

ni tambahan

1. "Bulan ramadan itu permulannya bulan rahmat, pertengahannya bulan maghrifah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka"
Hadis ini berstatus hadis mungkar. Diriwayatkan oleh Al U'qaili dalam Adh Dhu'afa (172), Ibnu Adi (1/165), Al Khatib dalam Al Muwadhadhih (2/77), Ad Dailami (1/1/10-11), Ibnu 'Asakir (8/506/1), dari jalan Sallam Bin Siwar dari Maslamah b Ash Shalt dari Az Zuhri dari Abu SAlamah dari Abu Hurairah secara marfu'.

2. “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.
Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam.
(Sila lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if , m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)


Wallahualam

Sebagai kesimpulannya hendaklah kita mengawasi dari mengatakan sesuatu terhadap agama dan menyampaikannya kepada manusia melainkan yang telah terbukti sahih dan diyakini selamat dan benar.

Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).



MOTIVASI PMR- MTT Tok Jiring





Salam pada adik-adik PMR 2008 MTT Tok Jiring, best tak tadi ustaz bagi motivasi. Tu le sape suruh pergi motivasi kan dah di motivasikan oleh ustaz.

Okey firstly ambil kata-kata hikmat dulu " Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu " kata-kata Saidina Umar R.A.

Tips RESQ [1]BERSEDIA
Semalam dapat arahan dari boss untuk mengantikan tempat beliau bagi ceramah motivasi di MTT, apalagi nak menolak rasa rugi tapi dalam hati macamana nak perfom okey bahan maklumat tak cukup ni. Tapi akhirnya bersetuju juga coz dah lama tak buta program sebegini.

Tips RESQ [2] CARI IDEA DENGAN BERKONGSI MAKLUMAT AUDIEN
dah tak tahu apa yang nak dicakapkan walaupun banyak cakap, saya kongsi idea dengan si Naim ( anak Ustaz ABC), MUslimah ( Maggi), Otak-otak (Kelantan), dan semua yang terlibat sori pada semua ye...Anak Ust Bob(dah besar ye awak).

Tips RESQ [3] DATANG AWAL SETTING AWAL
Tadi berlaku problem Laptop tidak detect dengan LCD, nasib baik dah standby dengan LCD ofis, kena datang awal baru boleh prepare awal. Tak ke kelam kabut tadi ye adik-adik

Tips RESQ [4] IKRAR & RESOLUSI
adik Naim diberi penghargaan mengetuai ikrar untuk menjadi pelajar cemerlang (walaupun Negaraku ala-ala nasyid) Aku Mahu Jadi pelajar Cemerlang. semua adik-adik yang menjadi harapan berikirar untuk majukan diri demi bonda, ayahnda, gurunda, sekolahnda dan nda..nda lagi.

Pesanan untuk adik semoga berjaya ye. "make your schoool proud and your sucess is your resposinbility" ingat tak semua orang agama di jaga agama mereka.






PILIHANRAYA PERMATANG PAUH




"Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu (Muhammad), mereka berkata, 'Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.' ..... dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta." (63:1)

"Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai selimut, kemudian mereka menghalangi daripada jalan Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang mereka buat" (63:2)


PILIHANRAKYAT

kini 3 orang calon akan bertanding merebut kerusi Permatang Pauh.
Datuk Ariff Shah- BN
Datuk Seri Anwar Ibrahim- PKR
Hanafi Mamat-AKIM

hari ini 26 Ogos rakyat akan menyerbu dan menonton siri pengeledahan maklumat, rahsia peribadi untuk sesi serang-menyerang. Kata-kata politikus adalah untuk menyelamatkan karier politik masing-masing akan kedengaran.

Bagi pengundi Permatang Pauh berfikirlah secara rasional, di mana satu pilihan kalbu (bak kata P Ramlee) untuk melantik wakil anda di parlimen kelak.

Semoga berjaya semua.




CERITERA DARI OLIMPIK




Perenang Iran, Mohammad Ali Rezaei, telah membatalkan penampilannya dalam acara 100 meter gaya kuak dada di Sukan Olimpik Beijing 2008 setelah diundi untuk bertanding dengan perenang Israel, Tom Beeri.

Keputusan membatalkan penyertaan Ali Rezaei berlaku hanya beberapa minit sebelum acara tersebut bermula. Lorong pertama yang sepatutnya diduduki oleh Ali Rezaei kosong ketika acara dimulakan.

Atlet-atlet sukan Iran selama ini sering menolak setiap pertandingan yang membabitkan atlet-atlet sukan dari Israel sebagai lambang perpaduan terhadap perjuangan bangsa Palestin. Akibat penarikan diri dalam pelbagai acara sukan antarabangsa itu, para atlet Iran sering menghadapi pelbagai sekatan. Meskipun demikian, pasukan Iran menyatakan pembatalan penyertaan Ali Rezaei adalah disebabkan perenang itu sakit dan perlu dibawa segera ke hospital.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Iran, 'Ali Kafashian menegaskan bahawa tidak ada masalah untuk atlet Iran tampil dalam acara renang tersebut kerana beliau tidak berada dalam posisi "berhadapan satu lawan satu" dengan perenang Israel. Ali Rezaei sepatutnya berada di lorong pertama sementara perenang Israel Tom Beeri berada di lorong ke tujuh.

"Ali Rezaei berenang di lorong pertama dan wakil negara regim zionis itu berada di lorong ke tujuh. Jadi, mereka tidak berhadapan antara satu sama lain," tegas Kafashian. Ali Rezaei adalah perenang pertama Iran yang layak ke Sukan Olimpik.
Pada Sukan Olimpik di Athen pada tahun 2004, seorang atlet Judo Iran yang memegang status juara dunia ketika itu, Arash Miresmaeili telah menolak untuk bertanding menentang peserta Judo dari Israel, Ehud Vaks pada pusingan yang pertama. Penolakan itu dilakukan sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada bangsa Palestin yang hingga ke saat ini masih terus berada di bawah cengkaman Zionis Israel.

Demi perpaduan yang ditunjukkan itu, Iran rela kehilangan potensi untuk meraih pingat emas yang menjadi idaman setiap atlet di Sukan Olimpik termasuk Arash Miresmaeili. Allahu Akbar !


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.