SAMBUNGAN SI MUJAHID KECIL
Salam..Abang. Ayu rasa lain macam je ni. Kenapa? soal ku sewaktu menerima panggilan selepas solat subuh pagi jumaat tersebut. Entah pagi tadi air keluar banyak sangat, abang jangan bimbang ye.
Dalam hati ini, Allah saja yang tahu. apatah tidak tinggalkan isteri di Kelantan mengharungi saat-saat untuk melahirkan anak sulung kami, manakala aku pula terpaksa menunggu esok hari pulang ke sana kerana terpaksa menyelesaikan urusan penghantaran ayahanda ke Mekah.
Ketika aku bersiap ke mesyuarat Kelab pagi tu, sekali lagi ku menerima sms dari isteri mengatakan dia terasa sakit amat sangat. Sekali lagi dia menyatakan jangan bimbang tentang dirinya. Aku sekali lagi menjadi serba salah.
Mesyuarat berjalan seperti biasa, dengan sebilangan sahabat-sahabat yang ada aku mengambil peluang untuk menemukan mata-mata yang telah lama ditinggalkan sebelum ini kerana aku telah beberapa kali tidak menghadirkan diri dalam program. Sekali lagi panggilan diterima kali ini isteri ku sedang menunggu tok bidan untuk mengesahkan samada bayi telah turun ke bawah atau tidak. Hati ini mula menjadi tidak tenteram.
Lantas sesudah meeting, aku pulang dan memberitahu pada ibuku tentang keadaan isteriku, dalam masa yang sama waktu solat Jumaat sudah hampir tiba. Aku mengambil keputusan untuk solat Jumaat terlebih dahulu. Sewaktu khutbah dibaca beberapa sms ku terima dari isteriku menyatakan bahawa perutnya terlalu sakit. Aku berdoa pada Allah moga diberi keselamatan dan kemudahan pada dirinya. Mungkin Allah mendengar permintaan dariku, hari itu Khutbah yang disampaikan Oleh Ustaz Hamzah Ngah habis awal,sesuidah solat ku bangun mendirikan solat sunat 2 rakaat kemudian mendoakan agar dipernmudahkan urusan kami sekeluarga.
Sampai di rumah, hati semakin rungsing, berbelah bagi samada ingin terus stay di rumah untuk menunggu selesai menghantar ayah esok hari di airport atau balik ke Kelantan, ku menelefon sekali lagi untuk mengetahui keadaan. Sah isteri ku akan dihantar ke hospital bila-bila masa dari sekarang. Ku terus memberitahu pada ibu untuk meminta izin balik ke Kelantan, dan meminta maaf pada ayahhanda kerana tidak dapat menghantar pergi, mereka memahami, kedua-duanya amat penting, tapi mereka beri kelonggaran dan benarkan diriku pulang ke kelantan.
Dalam perjalan ke Kelantan, aku sentiasa berdoa dan membaca surah bagi memudahkan perjalananku, ku menelefon isteriku ketika itu juga dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas. Semuanya kehendak Allah selama ini perjalanan yang mengambil masa 4 jam dari Marang ke Pasir Mas, hari itu Allah bantu sekali lagi dengan hanya 3 jam sahaja aku sampai ke Pasir Mas.
Sampai saja di Tanah Merah, isteriku sempat untuk men'order' Nasi Lemak Tok Wan Ali1 , bimbang dia tak bersalin lagi ingin memakan makanan kegemaran dia itu sebelum berpantang. sempat juga ku menghantar beberapa sms pada sahabat2 menanyakan doa2 yang patut dibaca ketika saat genting begini.
Sampai saja pukul 5.30 petang di Hospital Pasir Mas, aku terus ke Wad Bersalin ( di sini Wad Bersalin terletak di bangunan lain, iana tidak sama seperti Hospital Nur Zahirah dalam satu bangunan). Tanpa berlengah-lengah aku terus menyerbu pintu utama wad tersebut untuk mendapatkan isteriku yang telah diberitahu bahawa dia telah dibawa masuk ke labour room. Nak dijadikan cerita aku terpaksa di'keluarkan' kerana isteriku tidak bersalin lagi, dan aku masuk tanpa kebenaran mereka ( untuk panduan bagi si suami tolong ikut arahan yang diberikan). aku sempat mencium dahi siteriku yang ketika itu kelihatan menahan sakit yang amat sangat. Ku solat Asar di surau berdekatan kemudain meminta doa sekali lagi.
Lantas 6.30 petang, namaku dipanggil diminta kad pengenalan , memakai jubah doktor dan menandatangani satu surat perjanjian. Ketika itu isteriku sedang mengerang kesakitan, aku membaca beberapa ayat dan Al Fatah beberapa kali untuk menyejukan hati isteriku. Setiap minit berlalu seolah-olah ku beada di dalam dunia peperangan, menghadapi bila-bila masa sahaja sebutir bom akan meletup. Ku memanggil beberapa kali nurse untuk memastikan bahawa anakku dah nak keluar, namun nurse masih lagi tersenyum mengatakan bahawa belum tiba masa lagi.
Tiba waktu Maghrib, nurse memberitahu bahawa mereka perlu solat Maghrib dulu, ku berkira-kira bahawa mereka akan habiskan masa dalam 30 minit untuk bersolat. Manakala isteriku sedang terlantar begini, aku kesian dipautnya bajuku, lengan ku dipulas seolah-olah minta digantikan tempatnya. bersabarlah sayang....tiba-tiba isteriku meminta ku melihat keadaan baby, aku tak biasa dalam keadaan begini tapi untuk mengambil hati aku memeriksa, sah aku terlihat bahawa kulit kepala baby telah nampak. Aku memanggil nurse yang berada di situ.
Mereka bergegas, dan confirm bahawa anakku akan keluar sekarang. disediakan perlatan untuk menyambut kelahiran, isteriku diminta berselawat dan diajar cara meneran. aku hanya memaut tangannya untuk mengosok. Maka adegan pertarungan bermula,Beberapa kali hembusan dan tarikan nafas panjang terpaksa digunakan untuk mengumpul tenaga bagi mengeluarkan bayiku. Ku sedih dalam masa yang sama aku lihat dirinya sudah tidak bermaya, nurse bimbang berlaku kelemasan sekiranya bayi masih lagi berada di dalam sana. Kini 1/4 kepalanya sudah kelihatan, kali ni aku bisikan padanya bahawa dia pasti boleh, dengan nafas ynag bersungguh-sunguh, tepat jam 7.40 malam terdengarlah teriakan kecil Mujahid yang dikeluarkan dari perut ibunya dalam keadaan sihat dan selamat. Ku bersyukur.
dengan sujud syukur, ku terus menghubungi keluarga, sahabat untuk memaklumkan kelahiran tersebut. Kini ku telah menjadi seorang ayah pada seorang anak lelaki seberat 2.65 kg.
0 komen:
Post a Comment