Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

BUKU INI HARAM : PELIK TAPI BENAR




Salam Syawal
maaf saya tak baca lagi buku ini, tapi pelik kenapa buku ini diharamkan oleh KDN. refer ini.http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_bfda5cbe-c0a85062-16ab2e80-d566da54

saya tak tahu nak komen kesalahan yang dikeluarkan oleh KDNtapi bila refer internet Dr Mufti Perlis kata begini ...

“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu

Saya bersetuju mungkin ada buku yang boleh diharamkan, tetapi kemukakan alasan ilmiah, baru ia diharamkan. Jika jelas buku itu berdusta atas nama Allah dan rasulNya, maka boleh diharamkan. Namun itu memerlukan bukti ilmiah”.

Ustaz Zahazan Mohamed (UIA)
Minta doakan kepada Allah supaya diberi keselamatan kepada umat ini daripada perasaan hasad.Ia lebih kepada tindakan terburu-buru yang tidak dibincangkan. Pihak yang berkenaan pula tidak bersedia untuk bermuzakarah.

Wallahualam..

MINDA RAKYAT TERENGGANU


entah kebelakangan ini ingin berbicara berkaitan minda, bermula program Makan Malam PTG bersama Pengarah JKM baru, En Zuhami, beliau berkata perbezaan ketara antara pusat asuhan kanak-kanak di terengganu than lembah kelang jauh , dari segi premis, budaya kerja dan tahap pendidikan ini beza minda katanya. BERSAMA program mampat, seorang dekan fakulti di UM, Dr Muhammad Bakar kata minda orang terengganu ni susah sikit nak bentuk, bila di Universiti masih lagi terbawa-bawa perangai budak dulu.

Tadi selesai satu program bersama Jabatan pendidikan Negeri, berkaitan jadual waktu kelas di tadika, tercetus lagi satu penyataan dari penolong pengarah pendidikan swasta, bahawa minda orang Terengganu susah nak ubah.

so dicadangkan oleh mantan MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusuh tubuhkan satu pusat minda di dunia iaitu MINDSET, bagus juga tubuhkan pusat ini untuk merealisasikan rakyat Terengganu terbaik seluruh dunia.




Insya Allah.

tapi betulke minda rakyat terengganu sedemikian rupa beza dengan negeri lain samada dari segi politik, budaya, sukan, pendidikan dan ekonomi. Lepas ni saya akan tulis nak cari bahan dulu...(sape-sape nak tolong boleh)

BERKENAAN HADIS PALSU BERKAITAN RAMADHAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.



semalam baca buku Nur , artikel ustaz Firdaus Al Hafiz berkaitan hadis palsu yang disampaikan pada setiap kali Ramadhan, terbaca

Ini kerana Rasulullah salallahualaihi wasalam telah bersabda;

من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار...(الحديث)

[ Barangsiapa melakukan dusta ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di dalam neraka ] [19]

[19] Sahih Muslim no:4.Bab:تغليظ الكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم


so bimbang juga kita baca dan pendengarkan tazkirah berkaitan hadis palsu pada orang awam berkaitan Ramadhan ini.

copy paste ustaz.blogspot.com

Antaranya yang ana dapati ialah seperti berikut :

Pertama

“Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…”

Hukumnya ialah hadith Palsu, hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886 dan Ibn Jauzi meletakkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhu’at m/s 188-189 Jilid 2 dan Abu ya’la dalam Musnadnya.

Diriwayatkan hadith di atas daripada Jarir ibn Ayub dari Sya’bi dari Nafi’ bin burdah dari Abi Mas’ud al-ghifari.

Hadith ini palsu dan disebut oleh Ibn Hajar ra (Lihat Lisan Mizan m/s 101 Jilid 2) bahawa ianya (Jarir ibn Ayub) ialah seorang dhaif dan juga disebut oleh Abu Nu’aim bahawa dianya pereka hadith dan berkata Bukhari dirinya ialah Mungkar hadith dan berkata Nasaie dirinya ialah matruk (ditinggalkan hadithnya).

Kedua

“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu sebuah bulan yang agung, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan Allah menjadikan puasa padanya suatu yang fardhu dan mendirikan malamnya sebagai sunat dituntut dan barangsiapa yang mengerjakan sunat pada bulan tersebut maka ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan fardhu …dan itulah bulan yang awalnya ialah rahmat dan pertengahannya ialah pengampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan dari api neraka”


Hukum hadith ini ialah dhaif, hadith ini sangat panjang dan diringkaskan sekadar mendapat pemahaman. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1887 dari riwayat Ali ibn Yazid dari Said ibn Musaiyib dari Salman.

Hadith ini dhaif kerana Ali Ibn Yazid itu dhaif dan tidak dikehendaki hadithnya seperti kata Ibn Saad dan berkata Ahmad ibn hambal ra dirinya bukanlah kuat, dan ibn Ma’in mengatakan dhaif dan demikian oleh ibn Khuzaimah sendiri mengatakan dirinya lemah ingatan dan tidak dikehendaki hadithnya juga oleh Ibn Abi Hatim dari bapanya dalam Ilal Abi Hatim m/s 249 Jilid 1 bahawa ini ialah hadith mungkar.


Ketiga

“Berpuasalah kamu maka nescaya kamu sihat”

Hukum hadith ini ialah dhaif, ianya ialah potongan hadith dari apa yang diriwayatkan ibn adi dalam Al-Ka’mil no. 2521 Jilid 7 dari Nahsyal dari dha’hak dari ibn Abbas ra.

Nahsyal ialah matruk hadithnya (tidak diterima) kerana berdusta dan Dhahak pula tida pernah mendengar hadith dari Ibn Abbas ra.

Diriwayatkan juga oleh Tibrani dalam Al-Aushat, Abu Nu’aim dari riwayat lain iaitu dari Muhammad ibn Sulaiman ibn Abi Daud dari Zuhair ibn Muhammad dari Suhail ibn Abi Soleh dari Abu Hurairah ra.

Sanad ini dhaif dan hadithnya mungkar.

Keempat

“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan tanpa sakit maka tidak tergantilah puasanya sepanjang masa sekalipun ianya berpuasa”

Hukum hadith ini ialah dhaif dan ianya terdapat dalam sahih Bukhari secara tergantung tanpa sanad. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dalam sahihnya no. 1987 dan Tirmidzi no. 723 dan Abu Daud no. 2397 dan Ibn Majah no. 1672 dan Nasaie , Baihaqi dan Ibn hajar dari jalan Abi Muthawis dari bapanya dari Abu Hurairah ra.

Permasalahan hadith ini mengandungi kegoncangan, keraguan dan kejahilan perawi bernama Abu Muthaiws ini dan keraguan mengenai benarkah mendengar bapanya dari Abu Hurairah.

Berkata Ibn Khuzaimah ra, sekiranya benar khabar ini maka aku sendiri tidak mengetahui siapakah dia ini dan bapanya.

ni tambahan

1. "Bulan ramadan itu permulannya bulan rahmat, pertengahannya bulan maghrifah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka"
Hadis ini berstatus hadis mungkar. Diriwayatkan oleh Al U'qaili dalam Adh Dhu'afa (172), Ibnu Adi (1/165), Al Khatib dalam Al Muwadhadhih (2/77), Ad Dailami (1/1/10-11), Ibnu 'Asakir (8/506/1), dari jalan Sallam Bin Siwar dari Maslamah b Ash Shalt dari Az Zuhri dari Abu SAlamah dari Abu Hurairah secara marfu'.

2. “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.
Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam.
(Sila lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if , m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)


Wallahualam

Sebagai kesimpulannya hendaklah kita mengawasi dari mengatakan sesuatu terhadap agama dan menyampaikannya kepada manusia melainkan yang telah terbukti sahih dan diyakini selamat dan benar.

Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).



MOTIVASI PMR- MTT Tok Jiring





Salam pada adik-adik PMR 2008 MTT Tok Jiring, best tak tadi ustaz bagi motivasi. Tu le sape suruh pergi motivasi kan dah di motivasikan oleh ustaz.

Okey firstly ambil kata-kata hikmat dulu " Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu " kata-kata Saidina Umar R.A.

Tips RESQ [1]BERSEDIA
Semalam dapat arahan dari boss untuk mengantikan tempat beliau bagi ceramah motivasi di MTT, apalagi nak menolak rasa rugi tapi dalam hati macamana nak perfom okey bahan maklumat tak cukup ni. Tapi akhirnya bersetuju juga coz dah lama tak buta program sebegini.

Tips RESQ [2] CARI IDEA DENGAN BERKONGSI MAKLUMAT AUDIEN
dah tak tahu apa yang nak dicakapkan walaupun banyak cakap, saya kongsi idea dengan si Naim ( anak Ustaz ABC), MUslimah ( Maggi), Otak-otak (Kelantan), dan semua yang terlibat sori pada semua ye...Anak Ust Bob(dah besar ye awak).

Tips RESQ [3] DATANG AWAL SETTING AWAL
Tadi berlaku problem Laptop tidak detect dengan LCD, nasib baik dah standby dengan LCD ofis, kena datang awal baru boleh prepare awal. Tak ke kelam kabut tadi ye adik-adik

Tips RESQ [4] IKRAR & RESOLUSI
adik Naim diberi penghargaan mengetuai ikrar untuk menjadi pelajar cemerlang (walaupun Negaraku ala-ala nasyid) Aku Mahu Jadi pelajar Cemerlang. semua adik-adik yang menjadi harapan berikirar untuk majukan diri demi bonda, ayahnda, gurunda, sekolahnda dan nda..nda lagi.

Pesanan untuk adik semoga berjaya ye. "make your schoool proud and your sucess is your resposinbility" ingat tak semua orang agama di jaga agama mereka.






Nak dapatkan Illustrator CS3 percuma...




senang ana dah gunakan, cepat dan senang untuk designer bagi bantu Islam je.....
untuk bisnes sila beli okey...

Klik here

KEHEBATAN MASJID RUSILA

Perihal Masjid Rusila dan kehebatan pengasasnya
Roslan Shahir
Mon | May 26, 08 | 10:56:48 am MYT



Artikel Prof Dr Mohamad Tajuddin "A tale of three mosques" dalam ruangan mingguannya "Architecture inside out" dalam The Sunday Star baru-baru ini sungguh unik dan menarik atas beberapa sebab. Profesor pensyarah senibina Universti Teknologi Malasia (UTM) ini telah membuat perbandingan antara 3 buah masjid di Malaysia dengan menggambarkan bahasa senibina yang terkandung dalam binaan masing-masing masjid.

Dan bayangkan di antara banyak-banyak masjid di Malaysia yang boleh beliau buatkan perbandingan, Profesor ini telah memilih Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Rusila di Marang.

Ya, siapakah yang pernah terfikir bahawa Masjid Rusila yang mana Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memimpin kuliah pengajiannya serta tinggal pula diperkarangannya boleh menjadi bahan perbandingan, dibandingkan pula dengan dua ikon negara yang tentunya hebat dan megah itu.

Kehebatan dan kemegahan Masjid Negara dan Masjid Putra sudah tidak perlu disentuh dan dijelaskan lagi kerana ia sudah sememangnya menjadi pengetahuan umum. Tetapi Masjid Rusila, saya pasti selain daripada orang-orang PAS dan beberapa kerat daripada Umno, yang lainnya pasti tidak kenal atau tidak pernah mendengar berkenaannya.

Prof Tajuddin menulis bahawa Masjid Rusila bukanlah sebuah masjid yang telah dirancang dan direka pembinaannya, sebaliknya ia tumbuh dengan sendiri daripada sebuah bangunan asal berstrukturkan kayu kepada sebuah bangunan 4 tingkat. Tambah beliau Masjid Rusila memiliki kekuatan tersendiri dari sudut lokasi serta lanskapnya. Ia adalah sebuah masjid dan juga madrasah ilmu menempatkan para pelajar di tingkat-tingkat atasnya.

Masjid ini terletak di kawasan yang tidak berpagar dan dikelilingi oleh rumah-rumah tanpa sempadan khusus. Dan lanskapnya pula terdiri daripada pasir laut yang dibawa oleh Laut China Selatan yang sekadar 60 meter jaraknya dari masjid berkenaan.

Dan yang paling menarik dari pemerhatian Prof Tajuddin adalah apabila beliau menyebut yang Masjid Rusila ini bukan sebuah monumen simbolik (sebagaimana masjid-masjid lain) tetapi ianya sebuah pusat kegiatan masyarakat. Masjid-masjid lain tambah beliau yang seratus kali lebih mahal kosnya dari Masjid Rusila tidak mampu menjadi pusat masyarakat seperti ini.

Abdul Hadi menurut Tajuddin memiliki fahaman politik Islam yang berpegang teguh dengan tradisi sebenar agama itu. Sebagai seorang ulamak beliau melibatkan diri di dalam PAS dengan tujuan membentuk dan melahirkan sebuah generasi yang tidak memisahkan antara agama dan dunia dalam penghidupan mereka. Kata beliau lagi mudahnya seseorang memasuki masjid ini dan berjumpa dengan pengasasnya (Haji Hadi) adalah selaras dengan amalan rendah diri Rasulullah s.a.w di dalam masjid Baginda.

Saya sendiri pertama kali menjejakkan kaki ke masjid ini sekitar tahun 1983-84 apabila berada di tahun akhir di ITM (sekarang UITM). Ketika itu Tuan Guru baru berada di penggal pertamanya sebagai Adun setelah memenangi kerusi dalam PRU ke-6 tahun 1982. Pada ketika itu lagi perkarangan masjid ini sudah dibanjiri manusia pada pagi Jumaat bagi mendengar kuliah pengajian Tuan Guru dan kemudiannya khutbah Jumaat beliau, dan kebanjiran manusia itu terus konsisten sehingga kini sebagaimana yang diakui oleh Tajuddin sendiri.

Begitulah kehebatan Masjid Rusila dan Tuan Guru. Beliau akan seboleh mungkin mengelakkan sebarang program parti pada hari Jumaat bagi memberi ruang kepadanya untuk terus memimpin pengajian dan berkhutbah di Rusila. Semasa saya pertama berada di situ kira-kira 24 tahun dahulu saya duduk mengikuti kuliah pengajian Tuan Guru dengan seorang tua yang tidak saya kenali berada di sebelah saya. Tuan Guru ketika menyampaikan kuliah tafsirnya pagi itu sebak ketika menterjemahkan sepotong ayat, ramailah yang hadir turut sebak termasuk orang tua tadi. Apabila dia perasan yang saya memerhatikannya, lalu ia berbisik kepada saya, Tuan Guru adalah kurnia Allah kepada penduduk tempatan di Rusila. Sebagaimana Tajuddin yang mengakui kehebatan Tuan Guru, saya sendiri tidak dapat menafikan kenyataan orang tua itu.

Terbukti hari ini, pemimpin PAS dari Rusila ini telah membawa partinya dari kemenangan beliau pada tahun 1982 jauh ke hadapan. Beliau kini kekal sebagai Adun di kerusi yang sama dan malah juga sebagai ahli parlimen serta menerajui pula kemenangan partinya memegang tampuk Menteri Besar di 3 buah negeri, bersama membentuk kerajaan di 5 buah negeri dengan 83 kerusi Dun serta 23 wakil di parlimen. Sebagaimana hebatnya Masjid Ruslia begitulah hebat juga pemimpinnya dan mereka yang terus konsisten menjunjung perjuangan Islam yang suci ini.


Manhaj Nabi SAW fi Ad Dakwah


Oleh : abufFateh

Kupasan atau olahan daripada kitab ‘min Khilali as-Sirah as-Sohihah’ – Manhaj Nabi saw dalam Dakwah Berpandukan Sirah yang Benar, tulisan Ustaz Dr. Muhammad Amakhzun

Dalam menyampaikan dakwah perlu di sedari bahawa terdapat 2 aspek yang menuntut faham para pendokong harakah islamiyyah, manhaj dan uslub.

Manhaj para nabi as dalam menyampaikan dakwah merupakan perkara yang bersifat taufiqi yang mana ianya merupakan perkara yang tidak boleh dikompromikan. Justeru manhaj merupakan asas yang tidak dibuka padanya pintu ijtihad.

Manhaj para anbiya dalam menyampaikan dakwah adalah tetap dan tidak berubah hingga qiamat menjengah, sebagai contohnya seperti kemestian menerapkan aqidah pada permulaan dakwah, menanggalkan daki syirik yang pelbagai, berlepas diri daripada musuh agama dan sebagainya. Semua ‘isi’ dakwah ini merupakan perkara yang tetap dan tidak menerima sebarang pindaan. Ianya merupakan perkara yang mesti! Tuntas para daie mestilah tegas lagi teguh dalam pelaksanaan tuntut ini.

Manakala uslub dakwah merupakan perkara yang bersifat ijtihadiyyah dan boleh berubah mengikut kesesuaian masa, tempat dan skop madue’. Uslub atau wasilah merupakan cara bagaimana dakwah mampu disampaikan kepada sasarannya. Contoh mudahnya tv, radio dan internet sebagai agen penyampai maklumat, mendirikan sekolah, pepustakaan, yayasan kebajikan, NGO dan sebagainya sebagai pemangkin wasliah. Usrah, tamrin, mukhayyam, khatibah, kuliah umum dan variasi dalam dakwah fardiyyah juga antara cara bagaimana dakwah mampu tersalur.

Keperluan kepada pemilihan wasilah ini bergantung kepada skop madue’, adat masyarakat, masa, keadaan dan sebagainya. Perkataan lainnya ialah fahami waqie’ (keadaan). Perkara ijtihdiyyah ini bukanlah sebab untuk para daie’ dalam harakah islamiyyah bercakaran sesama sendiri. Tuntasnya, jemaah yang unggul mampu menyediakan penggerak dawkah yang mampu membaca waqie’, bukannya statik dan kaku dalam penyebaran Islam. Wasilah perlu kepada perancangan strategik yang teratur bagi menjamin keberhasilannya.

Kecelaruan dalam memahami antara manhaj dan uslub ini akhirnya melahirkan banyak penyelewangan dalam gerakah Islam. Percakaran antara jemaah yang merugikan pelbagai pihak malah melambatkan kemenangan Islam antara impak yang terpaksa ditanggung ummah.

Kecelaruan ini juga melahirkan jemaah yang hanya mementingkan aspek-aspek tertentu dalam dakwah dan mengetepikan aspek yang lain. Ada jemaah yang mengutamakan tarbiah semata-mata tanpa menghiraukan politik, ada juga yang memperjuangkan politik tanpa tarbiyyah diambil peduli, ada yang mengutamakan kebajikan tanpa menitik beratkan skop ‘isi’ islam yang lainnya.

Islam merupakan sistem lengkap dalam mentadbir kehidupan manusia, bermula daripada tarbiyyah pembentukan diri, keluarga dan masyarakat sehinggalah pembinaan negara yang adil berasaskan hukum Allah Ta’ala. Syumulnya Islam hinggakan tidak ada sedikir pun elemen kehidupan manusai tidak disentuh.

Pengkajian dan pemahaman sirah Rasulullah saw dalam kehidupan para daie’ merupakan ilmu penting untuk memastikan dakwah mencapai hadfnya dan tiada penyelewangan yang berlaku sepanjang jalan dakwah ditempuhi.


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 JIWA DAIE OTAK FIQH |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.