“Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara: Cintakan Allah,
Cintakan Rasulullah s.a.w. dan Cinta Membaca Al-Quran”. Rasulullah SAW
Dalam mengejar kemewahan hidup, jangan lupa kepada kebahagiaan. Renungkanlah wajah-wajah bersih ini jangan biarkan mereka hanyut dan leka, ayuh wahai daie dan petugas agama sekelian capai mereka lekas kejar mereka sebelum kalian akan lihat generasi yang semakin menduga kita.
Pada 29 April lepas, saya telah dijemput Ustaz Sidiq, guru JQAF di SK Beladau Kolam untuk melaksanakan aktiviti LDK bagi program jatidiri 20 orang pelajar yang 'terpilih'. Seronok dan memang memerlukan tahap kawalan tinggi tatkala mengawal sebilangan kecil mereka dalam kumpulan ( bagaimana kalau guru mengawal 30 satu kelas setiap hari).
Ujian dalam kehidupan belum lagi mereka tempuhi, namun pelbagai dugaan sudah dilalui. Ada yang malu mengaku ayahnya bekerja sebagai Penjual Ikan, ada yang kematian ibu, ada yang hanya tinggal dengan datuk mereka. Malahan usia sebesar mereka terlalu mentah didedahlan dengan pelbagai ganguan sosial seperti sudah pandai mencuri, menghisap rokok, malahan ada yang melakukan aktiviti ******.
Aduh adakah dunia ini sudah ketinggalan zaman dengan kejadian sedemikian rupa. Maka kami mengambil penekanan dalam aktiviti tersebut biarkan mereka mengenal Allah, bersyukur atas nikmat yang diberikan kemudian bagaimana untuk menjadi anak yang soleh.
Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Ustaz Sidiq walaupun masa yang singkat tapi memori bersama kalian akan diabadikan untuk tatapan generasi akan datang. Kepada adindaku moga kalian berhijrah kearah kebaikan demi untuk diri, keluarga dan Islam.