Terpanar rasanye pabila terpandang pada kereta, Ya Allah dugaan apa kalini. Terus teringat kat isteri minta maaf, tak dapat hantar balikkampung lagi minggu ni.
Semalam kereta ambe dilanggar orang, lihat pada keadaan kereta tak lah teruk sangat tapi boleh dikira kos untuk baikpulih tu tinggi jugak. Renung pada si brother yang melanggar kete tu sedih jugak, mampu ke dia bayar, tapi ambe mampu ke nak tanggung. So ambil keputusan mana-mana yang dia mampu bayar terima jelah...ambe ambik keputusan sama-sama tanggung.
Dari Abu Said al-Khudri, bahawa Rasulullah masuk ke dalam masjid dan mendapati ada seorang Ansar bernama Abu Umamah. Maka Rasulullah bertanya, "Wahai Abu Umamah, kenapa engkau berada di dalam masjid di luar waktu solat?"
Beliau menjawab, "Kerisauan dan hutang, ya Rasulullah."
Baginda bersabda, "Mahu aku ajarkan engkau satu doa, jika engkau membacanya akan hilang risaumu dan tertunai hutangmu?"
Jawabnya, "Tentu sekali."
Sabda Baginda, "Bacalah 'Allahumma innii a'udzubika...sehingga tamat."
Kata Abu Umamah, "Aku pun membaca doa itu dan hilang kerisauanku dan tertunai hutangku."
(Hadith riwayat Abu Daud)
2 komen:
Innalillahiwainnailaihiraaji'un. Bukan sebab kematian tetapi atas sebab musibah yang menimpa.
Aeman,takziah dari Kak Ummi.Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.Mungkin musibah tu berlaku untuk halang dari musibah yang lebih besar.Hanya Allah jua yang mengetahui..
thanks dr ummi, untuk dapatkan seuatu yang terbaik kita perlu berkorban yang terbaik juga...betul tak
Post a Comment