Adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan
KEPUTUSAN SPM 2008 : 19A1 & 1A2
1- Pengurusan sistem belajar
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
2- Tidak mengeluh dengan kemiskinan
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
3- Bertawakal dengan Allah
Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.
4- Amalan sunat tidak ditinggalkan
sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
5- Berani berubah tanpa takut dengan risiko
"Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A"
0 komen:
Post a Comment