Salam ziarahi semua.
Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan.
Tak lama lagi Bulan Ramadhan akan menjelma. bagi yang akan mulakan puasa, perbanyakanlah 'memanas injin' bagi warm up perut, kan tak pasal-pasal waktu tengahari tersilap pergi ke kedai.
Sebuat aje Ramadhan, letih, lembik, penat, nak membuta, itu saja yang Umat Islam kita terfikir. Walhal pada bulan ini Nabi Muhammad pergi berperang menentang musuh-musuh yang kekeyangan dan bersenjata canggih. Namun bagaimana kita ingin melihat Islam itu menang sekiranya keadaan kita sudah tidak dimotivasikan pada bulan ini.
Inlah satu bulan yang penuh modul datang dari Allah untuk menguji kekuatan iman dan Islam yang dianuti oleh umatnya.
MODUL PERTAMA-SAHUR
Setting minda bermula daripada Sahur , bangun awal pagi untuk mendapatkan berkat (walaupun sahur tak wajib). Sebelum ini manalah kita nak terkejut sebelum Subuh untuk bangun Qiamulail ke, kecuali Manchester United vs Chelsea itu memang tak payah pakai alarm semua tak tidur. Sebelum makan, kita dapat gerakkan jasad kita untuk bangun tahajud pagi tersebut, sekiranya 30 hari bangun , 30 kali tahajud. Wow hebatnya modul ini. Sahur pula untuk memberi tenaga pada kita untuk mengerah tenaga pada siang hari, "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.Amalan sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani
MODUL KEDUA-BERBUKA
ni lah orang kata, Bulan Ramadhan bulan penuh kerahmatan, anda biasa pulang waktu Maghrib dari mana-mana tempat di bulan ini, confirm senyap sunyi sepi jalanraya ketika itu, Mat Rempit pun tiada. Cubalah..lihat. Berbuka Puasa satu lagi amalan yang dilakukan setelah seseorang itu Berpuasa, itu beza kita dengan puasa agama lain. Bulan ini juga penuh dengan makanan 'FREE' pergilah masjid & surau pasti ada saja tawaran untuk anda berbuka di sana, jimatkan duit tu. Jangan berlebih-lebihan pulak ye...nanti tak sempat nak berterawih jadi berteleweh........
MODUL KETIGA- TERAWIH
Terawih adalah salah satu solat yang banyak rakaatnya, bayangkan anda mampu ke solat sunat di bulan lain sebanyak 8 @ 20 rakaat. Pasti tidak kan kecuali ibuayah sakit, sendiri sakit, hilang kereta, rumah terbakar, isteri dilarikan orang macam-macam lagi. Terawih juga satu manifestasi untuk semua umat Islam bersatu padu bagi menguatkan ukhuwah. Terpulan kat sesiapa yang hendak buat 8 @ 20 rakaat. Jangan tak buat sudah (walaupun tidak wajib) Terawih juga boleh memberi kita kesempatan untuk mengeuarkan makanan yang di'balun' semasa berbuka tadi bagi menguatkan tenaga kita di bulan Ramadhan ini.
Itu untuk permulaan Ramadhan ini, semoga madrasah bulan ini dapat memberi kita keberkatan untuk menjadi insan yang diterima Syurga Allah nanti.
0 komen:
Post a Comment